Pegawai perubatan dan pempengaruh, Dr. Alep Zaki tampil mengulas isu mengenai ada segelintir pempengaruh media sosial yang menganggap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekolah tiada nilai lagi.
Menurut Dr. Alep Zaki yang juga dikenali Alpha Zaki, institusi persekolahan adalah amat penting bagi mereka yang ingin menggapai cita-cita selain meneruskan kehidupan yang lebih baik.
“Kita kena lihat siapa yang berkata itu, yang berkata itu pula datangnya daripada latar belakang keluarga kaya.
Ads
“Jadi, jika dia tidak ke sekolah sekali pun, ‘tidak mengapalah bapa aku boleh beri sesuatu dan sediakan apa-apa untuk aku.
“Tetapi, kita ambil orang marhaen seperti kita ini, tidak ke sekolah, kita nak makan apa? Nak kerja apa kan? Jadi bagi saya, yang mana rasa sekolah itu tidak penting, sedar diri dululah,” katanya kepada Remaja.
Sehubungan itu, dia menegaskan kepada remaja di luar sana agar hadir ke sekolah untuk berjaya dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih cerah.
Ads
“Misal kata harta ibu bapa kita tujuh keturunan pun tidak akan habis, kemudian teruskan kalau tidak mahu ke sekolah pun.
“Tetapi, kalau kita makan pagi sahaja dan menunggu gaji di hujung bulan, pergi sahaja sekolah adik. Belajar sungguh-sungguh. Nak berjaya pun kena ada ilmu,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi diadakan sidang media khas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diadakan di seluruh negara kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.
Terkini, empat negeri iaitu Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu sudah ditamatkan PKPB mulai Ahad ini dan rakyat bebas untuk bergerak ke mana-mana destinasi di nyatakan di atas tanpa memerlukan surat dari polis selepas menunjukkan penurunan bilangan mereka yang dijangkiti COVID-19.
Dalam sidang media tersebut, Menteri Kanan Pertahanan itu memaklumkan, buat masa ini negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain masih dikenakan sekatan perjalanan iaitu PKPB yang masih belum ditarik balik kerana jumlah mereka yang dijangkiti masih lagi menunjukkan bilangan yang agak tingi.
Apa yang menariknya, bagi negeri-negeri yang sudah diisytihar sebagai hijau, penduduknya bebas untuk bergerak ke negeri yang juga zon hijau tanpa memerlukan surat kebenaran rentas negeri seperti sebelum ini.
Bagaimana pun, dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa mana-mana individu yang ingin merentas negeri tapi perlu melalui negeri yang masih di dalam PKPB, surat polis diperlukan untuk melintas negeri yang masih dalam zon PKPB.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan juga pelakon, Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee diberitakan meninggal dunia akibat kanser. Setelah sekian lama bertarung untuk memastikan dirinya bebas dari kanser, akhirnya Allah lebih menyayangi penyanyi kecil molek ini.
Perkongsian mengenai pemergiannya dikongsikan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin dalam fbnya.
LAMA dia menderita. Ketika kanser menyerang batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil membuat rawatan hingga ke negara China. Sebentar tadi khabar duka. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meninggalkan kita. Al fatihah. Damailah kau di alam sana dik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Myanaliza binti Ruslee atau turut dikenali sebagai Maya Matahari ialah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor.
Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul “Matahari” dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.
Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.
Beliau pernah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.[5]
Pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.
Sumber : Tengku Khalidah Tengku Bidin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Anhar al-Deek telah hangat diperkatakan sejak semalam berikutan rasa simpati orang ramai terhadap wanita yang sedang hamil sembilan bulan itu.
Ini setelah umum mendapat tahu bahawa Anhar, 25 masih menjadi tahanan rejim Israel biarpun dia sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anaknya itu pada bila-bila masa saja dari sekarang.
Terdahulu, Anhar telah ditahan oleh tentera Israel ketika kandungannya berusia lima bulan setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel.
Dia kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.
Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.
Anhar juga memiliki seorang lagi anak perempuan berusia 20 bulan. Sumber Foto : Middle East Monitor
Hasilnya, beberapa pertubuhan dunia seperti Liga Arab dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) telah mendesak agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak bersifat kejam terhadap golongan lemah seperti ibu hamil.
Terbaru pada hari ini, tentera Israel telah bertindak membebaskan Anhar al-Deek dari penjara dan kini boleh menjalani pembedahan bagi melahirkan anak.
Namun dia tetap dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel atau kira-kira RM51,790. Bukan itu saja, Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia kini dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes meningkam anggota rejim pada hari Ahad ini.
*
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah koresponden rasmi saluran TV3 di London, Haliza Hashim Doyle yang turun berprotes selama hampir lima jam demi keamanan bumi Palestin.
Aaron Chia-Aaron Tai muncul naib juara Terbuka Taiwan 2026 selepas tewas kepada pasangan Indonesia pada aksi final, namun mempamerkan perkembangan positif sebagai gandingan baharu.