Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…
Begitulah perumpamaan yang boleh disamakan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi Turkiye yang bergelut dengan situasi kehilangan insan tersayang, tempat tinggal dan situasi cuaca yang buruk di negara yang dilanda bencana itu.
Sering Mengalami Gegaran Kecil
Salah seorang pelajar Malaysia dan juga mangsa gempa bumi berkenaan, Zahirul Amin Mohamad, 21, mahasiswa Universiti Gaziantep, telah berkongsi detik-detik cemas ketika dia dan pelajar yang lain berhadapan dengan situasi tersebut di sana.
Mengimbau detik sebelum gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin lepas, Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di universiti berkenaan berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.
Kedua-dua Zahirul (kiri) dan Wan Isyraf telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan kini ditempatkan di sana. – Foto Twitter BERNAMA
“Kami sering mengalami gegaran kecil di sini (Gaziantep), sekali sekala. Jadi, saya tidak ambil kisah pada mulanya. Tapi pada Isnin, selepas beberapa gegaran kecil, ia berlainan sekali. Kami betul-betul bergoncang (gegaran yang sangat kuat).
“Pada mulanya, saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Asrama saya di tingkat lima dan bila saya lihat rakan di aras sama berlari turun. Saya pun ikut berbuat demikian. Bekalan elektrik juga terputus. Saya tinggalkan bilik sehelai sepinggang, saya hanya sempat mengambil telefon bimbit supaya saya boleh menghubungi keluarga di kampung,” katanya menurut laporan Bernama.
Ads
Gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras di tenggara Turkiye, kira-kira 78 kilometer dari Gaziantep dikatakan gempa paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun dan setakat ini telah mengorbankan lebih 12,000 orang di Turkiye dan Syria.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin lepas
Selum gegaran susulan, Zahirul, pelajar tahun dua di universiti itu berkata dia dan rakan lain termasuk seorang lagi pelajar Malaysia Wan Isyraf Wan Haziq, 19, yang baru empat bulan mengikuti pengajian Bahasa Turki di universiti sama, telah pulang ke bilik masing-masing untuk mendapatkan barangan keperluan.
Terima Kasih Kepada Kedutaan Malaysia dan Indonesia
Menurutnya, walaupun bangunan asrama didiaminya tidak terjejas, namun gempa bumi itu telah mengakibatkan berlakunya retakan dan menyebabkannya tidak selamat untuk diduduki.
“Pada hari pertama, kami tinggal di masjid berhampiran yang kemudiannya menjadi sesak. Pada hari kedua, kami dapat maklumat universiti juga menyediakan penginapan, jadi kami kembali ke sana,” katanya.
Ads
Kedua-dua pelajar Malaysia itu kemudiannya telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan mereka kini ditempatkan di sana.
“Kami amat berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia dan Indonesia di sini,” katanya sambil menambah fokus utama adalah untuk meninggalkan Gaziantep dan pergi ke tempat lebih selamat.
“Malah sehingga sekarang, gegaran masih dirasai di Gaziantep setiap tiga jam. Pada hari pertama kami dapat rasai gegaran setiap jam,” katanya.
“Ketika ini, kami masih dalam cuti semester dan tamat pada 20 Feb. Jika selamat untuk kembali ke universiti, saya akan balik tapi jika universiti mahu mengadakan pengajian secara maya, saya mungkin memilih untuk kembali ke Malaysia dan mengikuti pengajian secara maya dari rumah,” katanya.
Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata pihak kedutaan sedia membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi itu. Malaysia adalah antara negara pertama bertindak balas terhadap bencana melanda Turkiye, dengan pengumuman sumbangan US$1 juta untuk membantu mangsa gempa bumi dan telah mengerahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua ke negara itu.
Ads
Mengenai penghantaran pasukan SMART kedua, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dilakukan berikutan keberkesanan pasukan SMART pertama iaitu di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah berlepas ke Turkiye pada Isnin lepas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang dah bersedia untuk menyambut kehadiran Blackpink di Stadium Malawati Shah Alam, hujung minggu ini?!
Khabarnya, Jisoo, Jennie, Lisa dan Rosé sudahpun tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk bersiap sedia bagi konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur. Selain itu, sumber juga mengatakan mereka akan merekod satu episod Blackpink Diaries di sini. Tak sabarnya nak tonton!
Seperti kebiasaan di konsert grup K-Pop, para peminat tegar mereka sudah bersiap-sedia dengan perancangan ‘Fans Support’ di dalam stadium sewaktu konsert berlangsung.
Oleh itu, agar korang yang bertuah (!) dapat menghadiri konsert Blackpink pada hari esok dan lusa, why not korang hadam apa yang BLINKS di Malaysia sudah rancangkan terlebih dahulu. Tak adalah krik-krik nanti hehe..
Sebelum Show Di Backstage
Menghantar kek khas untuk menyambut Blackpink.
Menghantar flower stand.
Sediakan kain rentang untuk ditanda tangani oleh peminat yang hadir, ia akan dihantar ke backstage.
Di Atas Pentas
Mereka akan sediakan kek khas untuk menyambut hari kelahiran Rosé pada 11 Februari lepas. Menariknya, tiga anggota Blackpink yang lain juga menyambut hari kelahiran masing-masing pada bulan Januari – Mac. Boleh lah sambut sekali.
Sediakan snek tradisional Malaysia.
Sebaik saja tamat konsert, mereka akan menghadiahkan 4 set Baju Kurung kepada anggota Blackpink sebagai hadiah istimewa.
Hari Kedua Konsert
Semasa menyanyikan lagu Kiss & Makeup, peminat diminta melekat dan menyalakan sticker berwarna di flashlight telefon masing-masing.
Nyalakan flashlight telefon dan nyanyikan lagu Stay (lagu terakhir) semasa menunggu bahagian encore.
3. Lakukan Mexican wave semasa Blackpink menyanyikan lagu Ddu-du Ddu-du di bahagian encore (dua lagu terakhir).
4. Naikkan handbanner yang diberikan di luar stadium semasa lagu Stay (lagu terakhir) dan selepas video peminat dimainkan di skrin.
Jika keadaan sudah terdesak, tentunya semua perkara pun kita akan lakukan tanpa berfikir panjang.
Itulah yang terjadi di Sungai Petani kelmarin apabila lima orang remaja perempuan berusia anttara 15 hingga 17 tahun telah ‘terkantoi’ semasa cuba memecah masuk ke sebuah stesen minyak.
Menurut laporan media di Utusan, niat asal mereka melakukan perbuatan terkutuk itu adalah akibat terdesak untuk menjelaskan bayaran sewa kereta jenis Perodua Viva.
Percubaan yang berlaku di Rantau Panjang, Tikam Batu dekat Sungai Petani, kedah itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh pemilik stesen minyak itu sendiri pada jam 2.30 pagi. Kata pemiliknya, Azzurin Hassan, pelaku dikesan cuba membuka pintu stesen menggunakan gergaji kayu dan sebatang besi menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV).
Mengakui terkejut dengan perbuatan sekumpulan remaja perempuan itu, dia dan beberapa jiran bertindak mengepung mereka sebelum menahan 2 orang di luar kedai. Seorang lagi berjaya meloloskan diri dan berlari dengan dua lagi remaja yang sedang menunggu di dalam kereta.
Remaja yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Tikam Batu dan tiga lagi menyerahkan diri setelah dihubungi. Kumpulan tersebut difahamkan tidak lagi bersekolah dan tidak menetap bersama keluarga masing-masing kerana ingin hidup bebas.
Kesemuanya telah dibebaskan setelah diberi nasihat. Tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka memandangkan pemilik stesen minyak tidak mengalami apa-apa kerugian.
Pada satu minggu yang lalu, 6 April 2021, kempen kesedaran “Save Ralph” telah tular di laman media sosial baru-baru ini dan telah mendapat banyak perhatian daripada warga netizen di Youtube, Twitter dan Instagram. Video animasi berbentuk dokumentari pendek yang dihasilkan oleh The Humane Society of United States yang berdurasi sepanjang 4 minit ini menceritakan tentang seekor arnab bernama “Ralph” yang telah dijadikan sebagai bahan ujikaji produk kosmetik dan kecantikan diseluruh dunia dan ianya menunjukkan nasib hidupnya sebagai seekor arnab yang “bekerja” di makmal ujikaji. Video ini juga menampilkan antara pelakon terkenal seperti Zac Efron, Taika Waititi, Olivia Munn dan ramai lagi.
Apa yang lagi menyentuh hati semua warga netizen adalah apabila video tersebut menampilkan beberapa ekor arnab lain yang juga merupakan watak sampingan didalam video animasi ini. Video ini mengisahkan tentang seekor arnab bernama Ralph yang telah ditemubual tentang pekerjaannya sebagai bahan ujikaji makmal, dan dia menceritakan keperitan hidupnya sebagai seekor arnab yang telah digunakan sebagai bahan ujikaji dimana dia hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga dan melihat menggunakan hanya sebelah mata, dan badannya yang telah melecur kerana dicurah dengan asid kimia, Ralph telah menceritakan kesengsaraannya kerana “pekerjaannya”
Video kempen kesedaran ini telah mencecah lebih kurang 6 juta views di Youtube dan ianya makin tular di laman media sosial yang lain juga dan ianya telah membuat ramai netizen berasa sayu dan sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan lain diluar sana yang tidak bersalah dan dijadikan sebagai bahan ujikaji makmal.
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang diluar sana agar lebih bijak didalam memilih produk kosmetik dan cuba untuk mengelakkan produk yang menjalankan ujian keatas haiwan. Walaupun ratusan dan mungkin juga ribuan kempen kesedaran telah dianjurkan, namun masih ada lagi produk-produk kosmetik diluar sana yang masih menjalankan ujian keatas haiwan. Salah satu cara untuk kita menghentikannya hanyalah dengan berhenti menggunakan atau membeli produk sebegini. Sayangilah haiwan, kerana mereka juga ciptaan Tuhan seperti kita..
Saksikan video penuh disini:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...