Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria yang mana dikatakan terkuat dalam tempoh hampir satu abad. Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud telah meranapkan beratus bangunan, malah dilaporkan mengorbankan sehingga ribuan nyawa.
Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria yang mana dikatakan terkuat dalam tempoh hampir satu abad
Disebalik kemusnahan teruk yang berlaku, apa yang menarik perhatian umum dan meninggalkan persoalan misteri dikalangan masyarakat dunia adalah kelakuan aneh beberapa jenis haiwan sebelum kejadian gempa bumi tersebut.
Kelakuan Pelik Haiwan Sebelum Bencana Alam
Bagaikan mengetahui malapetaka bakal berlaku, tular beberapa video di media sosial menunjukan segerompolan burung ditemui terbang tanpa arah tujuan beberapa saat sebelum gempa bumi menggegarkan bumi Turki.
“Di Turki, tingkah laku aneh diperhatikan pada burung sebelum gempa bumi,” tulis akaun Twitter OsintTV sebelum kejadian gempa kuat dengan magnitud 7.8 sekitar jam 4.00 pagi waktu tempatan.
Selain burung, sebuah lagi video yang tular menunjukkan seekor anjing di Turki melolong agak kuat beberapa saat sebelum gempa bumi besar di Turki sehingga membuatkan sebahagian orang merasa hairan dengan tingkah laku tersebut.
Rata-rata warganet di seluruh dunia yang menonton video tersebut merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada amaran kepada manusia bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku dan tidak lama selepas itu, gempa bumi berlaku di Turki.
“Anjing ini di Turki sebelum Gempa Besar… cuba memberi amaran kepada mereka tentang bahaya yang akan berlaku,” tulis akaun Twitter UnboundFenris.
Ads
“Sebelum gempa bumi bergegar. Mereka (anjing) adalah hadiah kepada manusia dan kita harus lebih menghargai mereka,” tulisnya dalam video tular itu.
Adakah Haiwan Ada Deria Keenam?
Haiwan sememangnya dianugerahkan dengan deria tajam bagi membantu mereka mengelak pemangsa dan pemburu. Dipercayai bahawa deria ini jugalah yang dapat membantu mereka mengesan bencana yang bakal berlaku.
Terdapat dua teori bagaimana haiwan dapat mengesan gempa bumi. Teori pertama ialah haiwan dapat mengesan getaran yang dihasilkan Bumi. Satu lagi, mereka dapat mengesan perubahan dalam udara atau gas yang dibebaskan Bumi.
Ads
Para saintis sukar untuk mengakui bahawa haiwan mempunyai “deria keenam” yang membantu mereka mengesan bencana. Sebaliknya, haiwan hanya menggunakan deria mereka yang sedia ada dengan sangat efisien. Deria haiwan adalah jauh lebih efisien berbanding manusia.
Untuk rekod, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan situasi darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi. Beliau berkata langkah itu akan membolehkan pasukan penyelamat dan bantuan kewangan disalurkan secepat mungkin ke kawasan yang terjejas.
Malah, dilaporkan lebih 70 negara telah menghantarkan bantuan ke Turki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing berwarna oren sering dikaitkan dengan sikap nakal dan suka bermain. Tambahan pula ia sering di cop sebagai ‘ketua penjahat’ yang dilihat cukup adventurous berbanding kucing berwarna lain.
Kisah yang berlaku kepada seorang pengembara di New York ini mencuit hati apabila dia tidak sedar yang di dalam begnya ada seekor kucing. Semuanya terungkai apabila pihak pekerja lapangan terbang mengesan haiwan tersebut menerusi mesin sinar x.
Kucing tersebut merupakan kucing kepada tuan rumah tempat menginap pengembara tersebut yang dijadualkan ke Florida. Ketika dihubungi oleh pihak berkuasa, tuan kucing tersebut yang dikenali sebagai Alix sendiri tidak sedar yang kucingnya itu telah hilang.
Bercakap kepada pihak media yang menghubunginya, Alix berkata, “Pegawai penguasa bertanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap tetamu tersebut. Mereka ingin tahu adakah itu merupakan percubaan untuk menculik kucing saya dan membawanya ke Florida.”
Pihak berkuasa bersedia untuk mengklasifikasikan lelaki itu sebagai catnapper dan meletakkannya dalam senarai tidak dibenarkan terbang, tetapi Alix meyakinkan mereka bahawa insiden tersebut adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kucing-kucing kami sangat suka melihat beg dan kotak. Nampaknya salah seekor telah memanjat ke dalam beg pakaiannya tanpa. Ia hanya satu insiden yang tidak disengajakan,” katanya lagi.
Nama si oyen ini adalah Smells.
Sejurus selepas mendapat panggilan mengenai kucingnya itu, tunang Alix mendapatkan sebuah kereta untuk ke lapangan terbang JFK bagi menyelamatkan kucing yang kelihatan lesu itu mungkin disebabkan telah terperangkap di dalam beg dalam waktu yang agak lama.
“Saya bimbang dia akan ketakutan tetapi dia tidak mengeluarkan bunyi pun semasa dalam perjalanan pulang. Sejurus tiba di rumah saya memberinya beberapa hidangan yang disukainya dan dia bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku,” tambahnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam pada tanggal 7 Disember 2022, telah berlangsungnya majlis memperkenalkan busana gaun petang dan juga kostum nasional Miss Universe Malaysia (MUM) 2022, Lesley Cheam kepada pihak media. Setelah kedua-dua rekaan tersebut mengisi ruangan berita, pantas ia menjadi tular.
Ramai warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan rekaan yang dipersembahkan. Namun ada juga yang memberi pendapat positif mengenai busana tersebut yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Hatta Dolmat.
Antara yang memberi komen positif dan boleh dipandang dari sudut yang membina adalah komen yang ditinggalkan oleh pereka fesyen Jimmy Couture mengenai rekaan gaun petang yang digayakan Lesley. Dia yang terkenal menghasilkan banyak busana untuk peserta ratu cantik tampil memberikan pendapat sebagai insan yang juga berada dalam industri fesyen.
“Just in my opinion. Kita semua perlu hargai dan berterima kasih kepada designer. At least teguran pageant lovers boleh diambil kira dan touch up apa yg patut. Tinggikan slit sedikit supaya kaki nampak lebih panjang. Bab detailing abang Hatta dah ada idea mungkin masa mencemburui.
“Boleh ditambah baikkan evening gown ini. Bukan buruk pun. Tapi boleh enhance detailing bagi nampak berat dan full, atau boleh tambah sedikit statement pada evening gown ni. No hate just loves. Saya faham pageant lovers nak yang terbaik untuk Malaysia. Sebab pageant lovers nak balas dendam setelah sekian lama kita unplaced.
“Jimmy sayang HD sebab dia ramah dan baik. Ramai juga yang mention Jimmy tapi tu la. Kita dalam industri yang sama ada signature masing-masing. Just respect each other. Thats all,” tulis Jimmy pada ruangan komen di Instagram REMAJA yang memaparkan rekaan gaun petang rekaan Hatta Dolmat yang digayakan Lesley Cheam.
Mengimbau kembali konsep yang dipersembahkan oleh Hatta Dolmat mengenai baju gaun petang rekaannya. Busana tersebut telah diinspirasikan daripada Nebula yang merupakan kumpulan bintang yang berserakan di ruang sistem angkasa. Jadi tidak hairanlah kita dalam lihat perincian batuan berkilau menghiasi busana tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terima kasih ustaz. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Sejak semalam viral kisah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang meninggal dengan tragedi pembunuhan kejam oleh rakannnya sendiri.
Sumber Twitter Ustaz Ebit Lew.
Ternyata, semalam, Ustaz yang dikasihi ramai, Ustaz Ebit Lew sudah pun ditiba di Terengganu bagi berkongsi rasa keperitan dan kesedihan yang melanda keluarga tersebut.
Dalam perkongsian beliau di laman sosialnya miliknya beru-baru ini, dapat dilihat kesedihan di mata bapa mangsa, Ismail Muda yang terus memeluk sebalik beliau tiba di kediaman keluarga terbabit.
“Arwah anak yang baik ustaz”
Lebih memilukan apabila Ismail yang berusia 58 tahun meluahkan rasa tersimpan di hatinya berikutan kehilangan Allahyarham yang disifatkan sangat baik dengan menjaga si ibu yang telah terlantar sakit.
“Saya tak dapat lupa ustaz. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.
“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah,” kata bapanya.
Sempat kongsi kisah Nabi Yakob A.S
Dalam muat naiknya itu juga, Ebit Lew turut berkongsi kisah ketabahan hati Nabi Yakob A.S kepada keluarga berkenaan sebagai teladan untuk mereka semua.
Pada perkongsian tersebut, pendakwah tersebut juga telah menitipkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka semua diberi kekuatan menempuhi dugaan yang berat ini.
Rata-rata warganet memuji sikap mulia Ustaz Ebit Lew dan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa bunuh ini dan selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Sumber Twitter Ustaz Ebit Lew.
Murni sungguh sikap Ustaz Ebit Lew ini, moga beliau terus dikurniakan rezeki yang berlimah ruah dan tubuh badan yang sihat agar dapat membantu lebih ramai orang lagi.
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!