Shein telah dinamakan sebagai jenama fesyen paling popular di seluruh dunia sepanjang 2022.
jenama kelahiran Nanjing, China yang diperkenalkan sejak tahun 2008 ini berjaya mengenepikan nama-nama besar dunia fesyen seperti Zara, Nike dan adidas menerusi carian Google di 113 buah negara.
Antara faktor utama yang membantu Shein mencapai kejayaan tersebut tentulah terletak pada tanda harga barangan yang dijualnya.
Shein pantas mencedok idea serta trend terkini yang diperkenalkan oleh rumah fesyen serta selebriti antarabangsa lalu menawarkan gaya sama kepada pembeli tegarnya pada harga yang jauh lebih murah.
Pada zaman di mana masyarakat dunia sedang berjaga-jaga dengan krisis ekonomi dunia yang dijangka melanda pada tahun hadapan, tidak hairanlah ramai memilih untuk membeli-belah di platform dalam talian yang lebih menjimatkan seperti Shein.
Bagaimanapun, kejayaan Shein ini tetap dikaburi kontroversi penghasilan produk dalam jumlah yang tidak masuk akal di kilangnya yang terletak di China.
Shein memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju ‘fast fashion’ apabila ia dilaporkan menghasilkan 700 ke 1000 helai pakaian pada setiap hari dan jumlah tersebut belum mengambil kira pesanan lain yang diterimanya.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai penetapan masa bekerja di kilang Shein.
Selepas Shein didakwa ‘mendera’ pekerjanya dengan membiarkan mereka bekerja tanpa henti menerusi dokumentari yang dihasilkan oleh sepasukan produksi Britain baru-baru ini, jenama dalam talian itu melancarkan siasatan dan mendapati dua tapak kilang di China miliknya benar-benar memerah kakitangan melebihi tempoh bekerja yang ditetapkan.
Ads
Susulan laporan tersebut, Shein mengakui kesalahan membenarkan kakitangannya bekerja selama 75 jam seminggu dan hanya diberikan cuti dua ke tiga hari dalam masa sebulan.
*
Biarpun nama baik Shein tercalar akibat kontroversi ini, hakikatnya jumlah jualan tidak boleh berbohong. Masyarakat dunia tetap mencari pakaian baharu di platform Shein.
Sebagai contoh, Shein telah berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD10 bilion pada tahun 2020 sahaja berbanding gedung dalam talian popular di United Kingdom, Asos yang sekadar mencatatkan USD2.4 bilion dalam tempoh sama.
Ads
REMAJA meramalkan jumlah keuntungan Shein ini tidak akan berkurangan memasuki tahun 2023. Tepuk dada, tanya selera (dan baki akaun bank masing-masing).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja? Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja?
Kalau tengok hari ni, ramai wanita berusia lebih kelihatan muda dan bergetah daripada yang muda-muda ni. Tak kurang juga ada yang ‘melabur’ semata-mata untuk mendapatkan status awet muda.
Namun, tanpa sedar ada banyak perkara yang anda lakukan sebenarnya menggalakkan lagi penambahan usia.
Agaknya apa 10 perkara yang buat anda lebih cepat tua dari usia? Ikuti artikel ini.
1. Tidur dengan mekap
Memanglah orang puji bila pakai mekap, nampak cantik, tapi takkan tidur pun nak pakai make-up. Kesannya, kulit akan jadi kusam dan kering, lantas membuatkan wajah kelihatan tua daripada usia sebenar.
2. Tak makan sayur dan ulam-ulaman
Andai nak wajah cantik dan awet muda, tentu sayur hijau dan ulam-ulaman tak dapat dielakkan.
3. Kurang minum air putih dan bersenam
Minum lapan gelas sehari untuk memiliki kulit yang bercahaya, muda dan sihat. Sambil itu, lakukan senaman ringan terutamanya senaman leher.
4. Sembur banyak minyak wangi di leher
Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Apatah lagi jika kamu mempunyai kulit yang sensitif. Lepas ni cukuplah dengan hanya menyembur di pergelangan tangan.
5. Ikat rambut terlalu ketat
Bila terlalu kerat rambut jadi tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.
6. Berat badan yo-yo
Berat badan tak tetap atau berlebihan membuatkan leher menggeleber persis ayam Belanda. Maintain kurus kerana orang yang kurus kebiasaannya akan nampak lebih muda daripada usia.
7. Kerap sangat cuci muka
Geram tengok kondisi wajah berjerawat. Jadi, keraplah cuci muka. Kesannya, kulit jadi mengelupas dan merengsa sekali gus menjemput kulit yang berminyak dan pertumbuhan jerawat yang lebih kerap.
8. Makan tidak berpantang
Bila main belasah makanan berminyak atau berkafein, kesannya akan kelihatan pada kulit wajah kamu seperti jerawat dan lain-lain.
9. Aksesori sarat di leher
Kepada mereka yang suka pakai rantai di leher, lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit leher meregang dan bergaris. Ubah pada aksesori gelang dan cincin pula untuk kekal bergaya.
10. Suka mengumpat, gosip, buka aib orang dan marah
Selain perkara lain, sikap negatif ini menyebabkan seri pada wajah anda hilang kerana faktor rohani. Jadi, elakkan dan hidup secara positif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam pengiktirafan buat pengkarya layar kaca, Anugerah Emmy kembali untuk edisi 2022 dengan pelbagai gaya serta stail selebriti di karpet merahnya, pagi ini. Bezanya pada tahun ini, Emmy’s 2022 dilangsungkan pada malam Isnin (waktu tempatan di Amerika Syarikat) berbanding waktu biasa pada malam Ahad.
Kali ini, Emmy’s dinominasi oleh program-program televisyen dan siri penstriman popular dunia seperti Squid Game, Stranger Things, Yellowjackets, Euphoria, Abbott Elementary dan banyak lagi.
Nah, ini 10 gaya selebriti pilihan remaja di karpet merah Emmy’s 2022. Di antara bintang Squid Game, Jung Hoyeon dan Zendaya yang mewakili siri Euphoria, stail mana menjadi pilihan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!