Sekali dah shopping di SHEIN, memang hari-hari nak buka aplikasi lihat apa yang baru! Hebat penangan SHEIN, buat korang ketagih.
Namun, baru-baru ini SHEIN yang merupakan fashion hub popular seluruh dunia ini tercalit kontroversi apabila tular gambar tag pakaian dengan pelbagai mesej tertera, ‘Help Me’ dan ‘I Have Dental Pain’ dan pelbagai lagi.
Dikatakan gedung membeli belah ini telah mengeksploitasi pekerja mereka sehingga tekanan yang dihadapi oleh pekerja sebuah kilang pakaian jenama Shein.
Ads
Malah, pekerja disitu bekerja tanpa diberikan bayaran lebih masa dan cuti pula hanya diberikan sebulan sekali. Gaji mereka pula dibayar dengan jumlah item yang dibuat. Jika sedikit jumlah barang yang dapat dihasilkan, purata gaji sebulan mereka hanyalah RM33, manakala jumlah pendapatan yang diperoleh boleh mencecah RM 2,489 jika sebaliknya (jika ada projek untuk siapkan banyak produk).
Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan ini dan tidak menyangka iklan jenama barangan ini yang sering dilihat di media sosial mengeksploitasi pekerjanya. Namun begitu, kata netizen, bukan sahaja jenama Shein yang berbuat demikian, malahan jenama besar lain turut terlibat sama.
Bagaimanapun, Shein tampil membuat penafian dan menegaskan dakwaan yang sedang tular di media sosial itu adalah palsu.
Ads
“Kami ingin menjelaskan bahawa kami memandang serius mengenai perkara ini. Tatakelakuan kami yang ketat melarang pembekal daripada menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksaan dan kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini,” kata Shein.
Shein juga mendakwa, gambar tag pakaian yang ditularkan itu sebenarnya dari syarikat lain. Sebagai contoh, mesej ‘Help me plz’, mesej itu sebenarnya daripada pakej yang diterima dari seorang wanita di Filipina pada 2015, yang turut dilaporkan dalam berita oleh WXYZ 7 Action News.
Ads
Malah, menurutnya mesej ‘Need your help’ pada tag penjagaan pakaian hanyalah sebahagian daripada mesej tag yang ditulis kepada pengguna tentang mencuci pakaian. Walaupun Shein membuat penafian tersebut, tiada bukti bahawa syarikat itu sebenarnya telus dalam menjaga kebajikan pekerjanya.
Hmm…so korang rasa nak percaya ke tidak penafian pihak Shein ni?huhu
Sumber: Dean of Deen, Green Matters
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah REMAJA melaporkan mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne semalam, hari ini pihak produksi mengesahkan tidak akan menampilkan Sandra pada konsert minggu ini.
Untuk pengetahuan, Sandra terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira petang semalam. Setelah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya, Sandra masih belum sedarkan diri.
Bercakap kepada pihak media, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata mereka masih menantikan mahlumat terbaru daripada doktor. Namun setelah melihat keadaan diri Sandra yang masih koma hingga sekarang, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra pada minggu ini.
“Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini. Pihak kami bersimpati dengan insiden yang menimpa Sandra dan berharap dia segera sembuh,” katanya.
Berdasarkan pengumuman yang dilakukan pada konsert ketiga minggu lalu, Sandra sepatutnya menyanyikan lagu Nuri nyanyian asal Ella pada malam ini. Pilihan lagu tersebut dilakukan berdasarkan lagu keluaran tahun kelahiran peserta Big Stage 2020
REMAJA mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan Sandra Dianne dan semoga kembali sihat seperti sedia kala.
Penyanyi kontroversial Singapura, Aliff Aziz nampaknya masih tidak terlepas daripada berita panas. Selepas sah bercerai daripada bekas isterinya, Bella Astillah pada awal Ramadan tahun ini, nama Aliff kembali hangat setelah gambar ‘terbaring’ di rumput dan dada yang diinaikan mirip tatu badan tersebar di media sosial.
TERBARU menurut portal Berita Harian Singapura, Aliff telah didakwa di Makhamah Singapura pada hari ini atas pertuduhan mencuri.
Menurut portal tersebut, dia didakwa mencuri wang sejumlah S$300 (RM909) dan Rupiah 1 juta (RM296) daripada seorang pelakon Indonesia bernama Raya Yunika Perdhana Putri. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 Jun lalu di sebuah bilik hotel di Nanson Road dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Aliff turut berdepan dengan tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik seorang lelaki bernama Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.
Penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamis S$5000 (RM15,000). WHOA.
Perbicaraan Aliff akan disambung pada 1 Oktober ini.
Niat REMAJA bukanlah untuk mengaibkan Aliff tetapi agar kita dapat belajar daripada kesilapan yang dilakukan olehnya, terutama jika berada di Singapura. Di sana, undang-undang mereka amat ketat dan tindakan mencuri sekotak rokok sekalipun boleh didakwa di mahkamah.
Sumber: Astro AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian individu yang bernama George Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat dengan seruan agar keganasan pihak polis serta sikap perkauman dihentikan.
George Floyd adalah lelaki berkulit gelap yang telah meninggal dunia selepas seorang pegawai polis Minneapolis ‘melutu’ di atas lehernya selama beberapa minit. Mangsa dalam keadaan tertiarap sambal menjerit “saya tidak boleh bernafas”, namun ia tidak dipedulikan.
Susulan daripada kejadian ini, ada segelintir remaja di luar negara melakukan satu trend di media sosial yang disebut sebagai ‘George Floyd Challenge’.
Namun begitu, cabaran itu dikenakan tindakan oleh pihak media sosial kerana hasil carian #GeorgeFloydChallenge telah pun hilang di Facebook dan di Instagram pula, ia turut mendapat amaran ‘Hashtag is Hidden’.
Pihak polis telah menyiasat gambar yang dikongsi di media sosial dengan menunjukkan dua orang lelaki meniru kematian George Floyd baru-baru ini.
Siasatan yang dijalankan mendapati pegawai polis telah menahan dua orang lelaki yang berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki melakukan provokasi yang menjurus kepada kegelisahan serta gangguan kepada masyarakat dan keluarga mangsa.
Namun, kesemua tahanan telah dibebaskan dengan jaminan. Walau bagaimanapun, isu ini dipandang serius dan pihak polis sedang menyiasat kesemua remaja yang telah melakukan challenge ini.
Haih, macam-macamlah. Isu serius seperti ini pun boleh dibuat main. Jangan ada masyarakat Malaysia yang cuba main challenge ini pula ya. Awas!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.