Di bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk menurunkan berat badan kerana kita sebagai umat Islam wajib untuk menjalani ibadah berpuasa. Jadi, waktu inilah yang terbaik untuk kita cuba mengawal pengambilan makanan selain daripada menahan diri daripada kerap mengunyah.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, berpuasa juga tidak menghalang korang untuk melakukan aktiviti bersenam, malah ia lebih bagus kerana dapat membakar lemak dengan cepat.
Gambar hiasan
Namun, tahu tak korang bahawa wanita yang cergas dan sihat cenderung membakar lebih banyak lemak ketika mereka bersenam berbanding lelaki?
Menurut laporan Astro Awani, dua kajian oleh Pusat Pemakanan, Latihan dan Metabolisme di University of Bath menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan individu untuk membakar lemak badan ketika bersukan.
Teknik tubuh membakar lemak penting untuk kesihatan metabolism, kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes jenis dua.
Bagi sukan seperti berlari atau berbasikal, cara tubuh membakar lemak dapat menentukan perbezaan kejayaan atau kegagalan.
Gambar hiasan
Kajian mendapati bahawa wanita biasanya lebih bergantung pada lemak sebagai sumber bahan bakar semasa latihan daripada lelaki.
Ads
Kajian pertama diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition & Exercise Medicine, melibatkan 73 orang dewasa yang sihat berusia antara 19 hingga 63 tahun. Ia menguji faktor gaya hidup dan biologi untuk pembakaran lemak yang optimum dengan meminta peserta untuk mengambil bahagian dalam ujian kecergasan berbasikal.
Ollie Chrzanowski-Smith mengetuai kajian yang melihat bagaimana lemak dibakar sebagai bahan bakar. Peserta mengambil bahagian dalam ujian berbasikal tambahan yang meningkat dalam intensiti dari masa ke masa. Penunggang basikal menunggang hingga letih dalam tempoh masa antara 20 hingga 30 minit.
Hasilnya mendapati wanita dan mereka yang sihat secara fizikal, tepat di sepanjang peringkat umur, membakar lemak dengan lebih cekap ketika bersenam.
Kajian kedua yang diterbitkan jurnal Experimental Physiology, mengambil tahap lebih jauh untuk meneroka faktor molekul dalam otot dan tisu lemak yang menentukan bagaimana lemak dibakar.
Ads
Eksperimen ini melibatkan penyelidik yang mengambil biopsi lemak dan otot peserta untuk menganalisis bagaimana perbezaan protein dalam lemak dan tisu otot dapat mempengaruhi kemampuan mereka untuk membakar lemak.
Gambar hiasan
Ia mendapati bahawa protein dalam otot-otot yang terlibat dalam memecah lemak tersimpan menjadi asid lemak yang lebih kecil dan protein yang terlibat dalam mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria dalam otot (pusat tenaga sel) secara konsisten dengan kemampuan yang lebih besar untuk membakar lemak.
Penyelidikan juga mendapati, kemampuan membakar lemak sebagai bahan bakar melindungi terhadap kenaikan berat badan di masa depan sekali gus memastikan pengurusan berat badan yang baik. Pengurusan berat badan terutama mengenai keseimbangan tenaga, jadi untuk menurunkan berat badan, kita perlu makan lebih sedikit kalori daripada yang kita habiskan melalui metabolisme dan aktiviti fizikal.
Namun, mereka dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk membakar lemak sebagai bahan bakar agak terlindung dari kenaikan berat badan di masa depan, mungkin berkaitan dengan cara pembakaran lemak mempengaruhi pengambilan makanan dan perbelanjaan tenaga.
Ads
Penyelidikan sebelumnya dari pasukan yang sama menunjukkan bagaimana atlet yang bersaing dalam acara jarak jauh akan lebih cepat habis simpanan karbohidrat ketika bersenam.
Ini bererti bahawa kemampuan atlet untuk memanfaatkan simpanan lemak untuk membakarnya menjadi penting untuk prestasi mereka.
Pada akhirnya, keupayaan yang lebih besar untuk membakar lemak sebagai bahan bakar mempunyai potensi manfaat bagi atlet ketahanan.
So guys, ambil peluang ini untuk turunkan berat badan sepanjang bulan puasa. Untung-untung raya nanti badan dah cantik. Hehe!
Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Yang terkini sahaja jumlahnya tidak terkira banyaknya. Ada emosi gembira, sedih, marah hinggalah mengejek. Malah, emoji pelbagai wanra kulit juga diperkenalkan untuk meraikan variasi pelbagai bangsa.
Bersempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada semalam iaitu hari Sabtu, 17 Julai, Adobe telah berkongsi kajian tahunannya mengenai trend emoji terkini. Tinjauan ini dilakukan terhadap 7,000 orang di A.S, UK, Jerman, Perancis, Jepun, Australia, dan Korea Selatan.
Daripada tinjauan yang dilakukan, 55% pengguna emoji berasa selesa mengekspresikan emosi melalui emoji lebih daripada panggilan telefon. Hal ini kerana, emoji memberi pengguna peluang untuk memilih gambar yang sesuai untuk menyampaikan perasaan.
5 Emoji Favourite Pengguna
Ini adalah lima emoji yang sering digunakan seluruh dunia
Emoji Yang Sering Digunakan Ketika Dating
Ada 3 emoji yang paling disukai individu apabila dating dan 3 kurang disukai.
Emoji paling berkesan memotivasikan pekerja
Menurut kajian ini, lebih daripada separuh generasi Z berasa puas hati dengan pekerjaan mereka apabila majikan atau ketua kumpulan mereka menggunakan emoji ketika berkomunikasi di tempat kerja.
Sebanyak 66% pengguna emoji suka apabila rakan sekerja menggunakan emoji ketika bekerja. Malah, 73% percaya bahawa penggunaan emoji dalam perbualan di tempat kerja dapat membantu pengguna berkongsi idea dengan cepat.
Rasanya tidak terlalu lambat kalau penulis nak mengucapkan selamat hari emoji kepada semua kan…hehe
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Menurut Dr Rostam yang merupakan seorang psychiatrist, penyakit kemurungan atau Major Depressive Disorder adalah antara penyakit mental yang paling kerap disalahtafsir. Ramai yang sebenarnya fikir mereka atau rakan mereka mempunyai kemurungan tetapi sebenarnya tidak.
.
Berikut merupakai senarai penyakit yang seakan kemurungan tetapi sebenarnya bukan:
1. Masalah endokrine: Sesetengah simptom penyakit ini menyamai simptom kemurungan dan kebiasaannya ada simptom fizikal juga. Contohnya, masalah kelenjar tiroid, pituitari, adrenal dan sebagainya.
2. Masalah rheumatologi: Berkaitan sendi, ‘connective tissue‘. Antara penyakit yang kerap datang dengan simptom seperti kemurungan ialah SLE.
3. Masalah berkaitan penggunaan ubatan tak berpreskripsi yang mengandungi steroid. Jika korang mengalami simptom kemurungan dalam masa yang sama ada menggunakan produk suplemen atau ubat tanpa preskripsi doktor, masalah korang mungkin ada kaitan dengan apa yang diambil.
4. Bipolar II Disorder
5. PremenstrualDysphoric Disorder
6. Pervasive Depressive Disorder: Dahulunya dipanggil dysthymia. Mood sentiasa ‘under the weather’ tapi (barely) function
7. Jangkitan virus boleh menyerupai simptom kemurungan yang ringan (mild)
8. Penyalahgunaan alkohol/dadah jenis stimulant (ice dan lain-lain)
9. Stres/burnout
10. Grief – Kematian/kehilangan/kegagalan, dan lain-lain
Sebenarnya ada banyak lagi tetapi doktor ini hanya menyenaraikan antara 10 penyakit ‘kemurungan’ yang bukan kemurungan mungkin korang hadapi. Senarai ini tidak mengikut turutan tertentu dan ia tidak menggambarkan penyakit mana yang paling kerap berlaku.
.
Jadi, kalau korang rasa murung janganlah anggap bahawa ia adalah satu penyakit kemurungan yang berbahaya. Adalah lebih baik jika korang berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada simptom-simptom yang dialami itu hanya kerana penyakit lain atau mungkin memang korang menghadapi kemurungan.
Jika ya, dapatkan rawatan yang sewajarnya daripada doktor pakar.
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.
Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.
Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. Kini anakanda baginda masing-masing sudah mencecah usia 14 dan 9 tahun.
Terkenal sebagai Sultan yang benci akan korupsi, DYMM Sultan Nazrin Shah adalah seorang yang lantang memperjuangkan pembangunan negara, prinsip tadbir urus yang baik, pelbagai budaya, toleransi dan sejarah Islam.
Seperti ayahandanya, DYMM Sultan Azlan Shah, baginda amat mementingkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman. DYMM mengiktiraf peranan ibu bapanya dalam menyemai nilai moral dan etika tanpa kompromi pada zaman kanak-kanak.
BERPENDIDIKAN TINGGI
Apabila menyebut nama baginda, pasti ingatan rakyat Malaysia akan tearah kepada sikap baginda yang cukup sukakan buku. Sultan Nazrin Shah acapkali dilihat berkenan mengunjungi kedai buku terkemuka di ibu kota dan tidak lokek untuk bertegur sapa dengan rakyat jelata yang meminta untuk bergambar bersama.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Sultan Nazrin Shah bersekolah di sekolah kerajaan ketika persekolahan rendah dan menengah rendah. Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah lima dan kemudiannya menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah Mengengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur.
Setelah berusia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: sultannazrinshah.com & ehm.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.