Itulah yang dikatakan oleh peminat tegar ahli kumpulan kumpulan K-Pop terkenal, Kai apabila agensinya mengumumkan bahawa penyanyi tersebut akan memulakan perkhidmatan tenteranya mulai esok (11 Mei).
Menurut agensi penyanyi tersebut, SM Entertainment mengumumkan bahawa Kai akan menerima latihan asas ketenteraan, dan kemudian berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam.
Bagi mereka yang kurang mengenali Kai atau mahu tahu lebih lagi mengenainya, berikut merupakan 5 fakta menarik berkaitan penyanyi lagu Rover ini:
Kai ialah duta Gucci global pertama Korea
Pada tahun 2019, Kai EXO telah dilatik sebagai Duta Global Korea pertama bagi jenama fesyen mewah global Gucci. Bahkan beliau pernah berkerjasama dengan jenama itu untuk mengeluarkan koleksi kapsul edisi terhad yang menjadikannya selebriti Korea pertama yang pernah berbuat demikian. Koleksi Kai x Gucci berkisar tentang obsesinya terhadap anak patung beruang (teddy bear), maka motif tersebut dicopkan pada beg tangan bermonogram, barangan kulit, kasut dan pakaian.
Sebaik sahaja koleksi itu dilancarkan, ianya terjual hampir serta-merta. Memang sold out terus! Menurut Lyst, ianya juga menyumbang kepada peningkatan dalam carian untuk Gucci sebanyak 264 peratus, sekaligus membuktikan lagi kuasa pengaruh Kai terhadap industri fesyen.
Ads
Merupakan BFF kepada Shinee Taemin
Persahabatan akrab dua penyanyi terkenal ini bermula dari zaman remaja lagi, ketika mereka masih lagi bergelar pelatih (trainee) di syarikat tersebut. Dari awal persahabatan lagi, mereka dikenali sebagai duo yang pakar menari dan sering berlatih menari bersama-sama apabila ada masa lapang.
Selama bertahun-tahun, Kai dan Taemin sering dilihat keluar makan bersama dan berjalan-jalan lewat malam oleh Dispatch dan peminat.
Mempunyai latar belakang tarian Balet & Jazz
Ads
Penyanyi berusia 29 tahun itu sering dilabelkan sebagai salah seorang penari terbaik dalam sejarah Industri Pop Korea. Namun tahukah anda, beliau telah dilatih dengan elemen tarian Balet dan Jazz dari usia semuda 8 tahun lagi.
Maka, tidak hairanlah apabila penonton yang menyaksikan persembahannya sentiasa terpaku dengan lenggok tariannya yang ‘soft but impactful’.
Mempunyai kulit sawo matang yang menawan
Berbeza dengan majoriti penyanyi K-Pop yang berkulit cerah, beliau memiliki kulit sawo matang yang cukup menawan sekali.
Meskipun industri hiburan Korea terkenal dengan ‘beauty standard’ yang sangat rigid, kehadirannya sebagai idola K-Pop berkulit sawo matang berjaya membuktikan bahawa warna kulit bukan penentu kecantikan dan bakat seseorang itu.
Dek kerana similariti fizikal dan wajahnya yang menyerupai beruang, peminat mula memanggilnya dengan nama haiwan tersebut dan akhirnya dia sendiri menerima hakikat tersebut.
Kini dia sering dilihat memakai pakaian yang mempunyai logo beruang, memanggil dirinya beruang dan sebagainya. Bahkan nama kelab peminatnya ialah erigoms, di mana ‘gom’ bermaksud ‘beruang’.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Kosmo, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, filem Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjalankan penggambaran di Jogjakarta mendapat perhatian selepas ditayangkan di Malaysia, kini sebuah lagi filem Indonesia, A Perfect Fit menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang rindu untuk travel ke pulau paling ‘Instagrammable’ di dunia.
Baru sahaja ditayangkan di Netflix, filem A Perfect Fit menjadi bualan rakyat Malaysia yang merindui percutian di Bali, Indonesia.
Meskipun ketika ini, pantai yang indah ibarat syurga dunia juga tak mampu untuk kita jejaki apabila dunia sedang berdepan dengan wabak berbahaya Covid-19.
Namun ramai antara kita yang sedang duduk di rumah pastinya telah banyak memasang angan-angan untuk bercuti ke pulau-pulau cantik yang ada di seluruh dunia terutama ke destinasi kegemaran pelancong antarabangsa ini iaitu Bali, Indonesia.
Filem ini mengisahkan mengenai Saski (lakonan Nadya Arina), seorang blogger fesyen yang terperangkap dalam hubungan toksik bersama tunangnya, Deni (lakonan Giorgino Abraham).
Memilih Bali sebagai lokasi penggambaran, menonton filem ini sekurangnya boleh meredakan perasaan rindu penonton yang ‘terpaksa’ duduk di rumah dan tidak dibenarkan untuk merentas daerah, apatah lagi negeri dan negara.
Selain daripada plot yang ringan, sinematografi filem ini juga merupakan tarikan yang paling kuat untuk penonton menonton filem ini.
Rata-rata netizen memuji filem tersebut dan merindui momen berada di Bali
Untuk info semua, sebelum ini Indonesia ada merancang untuk membuka semula wilayah Bali kepada kunjungan pelancong asing pada Julai 2021. Namun, akibat keadaan kritikal sehingga terpaksa memohon bantuan bekala oksigen dari Singapura perkara itu di tunda.
Sistem kesihatan di Indonesia juga boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 apabila kekurangan katil dan bekalan oksigen.
Hmm…lama lagi la kita dapat bercuti di Bali…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi popular, Aina Abdul nekad menjayakan konsert jelajah pertamanya ‘Aina Abdul Imaji Tour’ di tiga lokasi terpilih Disember ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (31) berkata, segala cabaran yang dihadapi sehingga membuatkan beliau pernah hampir berputus asa, tidak akan mematahkan semangatnya untuk menggapai impian beliau itu.
“Saya tidak sangka akan ‘breakdown’ begini. Apabila sudah bertahun dalam industri, saya perasan dan belajar bahawa bukan mudah untuk membuat konsert di Malaysia, tetapi saya suka membuat persembahan”
“Jadi, saya beritahu pasukan saya, walau apa pun yang terjadi, Aina Abdul Entertainment tetap kekal di sini untuk menjayakan apa yang telah dirancang,” jelasnya dalam nada sebak, pada sidang media konsert jelajahnya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, “Ini juga adalah impian saya kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat persembahan atau konsert mereka sendiri. Jadi, saya juga mahu buat perkara sama demi kepuasan sendiri.”
Menurutnya, konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu juga merupakan sebahagian daripada usahanya memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya ‘Imaji’ yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, demi menjayakan konsert tersebut di setiap lokasi, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 ini juga sanggup mengeluarkan dana sendiri bagi memastikan peminat dapat menikmati persembahan terbaik.
Walau bagaimanapun penyanyi yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu juga tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu memberi tajaan bagi menjayakan jelajah berkenaan.
Konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour anjuran Aina Abdul Entertainment akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di Universiti Malaysia Sarawak (14 Dis), Zepp Kuala Lumpur (27 Dis) dan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah (11 Jan 2025).
Tiket bagi persembahan di UUM dan Unimas dijual pada harga RM100 hingga RM180, manakala tiket konsert di Zepp Kuala Lumpur berharga RM288 hingga RM6,666. Turut tersedia tiket untuk Orang Kurang Upaya pada harga RM268. Tiket boleh didapati dalam talian di www.ticket2u.com.my bermula semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering kali mendapat perhatian, lebih-lebih lagi kepada pelajar IPTA dan IPTS yang melanjutkan pelajaran dengan menggunakan wang pinjaman tersebut.
Dah jadi tanggungjawab seorang peminjam, bila sudah pinjam mestilah kena bayar semula kan?
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN, berikut merupakan cara bayaran lebih jimat hanya menggunakan aplikasi Boost yang telah dikongsi oleh Azmy Mokhtar di media sosialnya.
Wah, macam berbaloi saja. Jom try.
Firstly, korang kena download dan daftar aplikasi Boost di Playstore. Jangan lupa masukkan invitation code moh46zh.
Kedua, log in apps dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan korang mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk mendapatan 100 Boosts Coins tersebut senang saja, korang boleh bayar apa-apa bil atau top up dekat apps Boosts tersebut.
Langkah ketiga, selepas pembayaran selesai dibuat, korang boleh claim Reward RM3.50. Maksudnya, daripada RM200 yang korang bayar, sebenarnya korang hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ini dilihat lebih jimat berbanding bayar guna kaedah online perbankan yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.
Walaupun tak berapa banyak, tapi masih lagi boleh berjimat. Kalau ada yang nak dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.
Jadi, selepas ini diharap tidak ada lagi alasan mengatakan urusan PTPTN ini masih menyusahkan korang lagi. Semuanya sudah tersedia dengan mudah, jalankan sahaja tanggungjawab kita sebagai pembayar hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...