
Baru-baru ini, sebuah kafe yang diusahakan oleh bapa kepada penyanyi popular K-Pop, Jimin BTS mencuri perhatian apabila mengumumkan bakal menamatkan operasi dalam tempoh setahun. Perkhabaran itu nyata mengejutkan peminat, terutama mereka yang menyimpan hasrat untuk berkunjung ke premis berkenaan.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi di Instagram ZM-ILLENIAL, pihak pengurusan kafe berkenaan memaklumkan bahawa mereka akan menutup operasi perniagaan tersebut selepas kira-kira 365 hari lagi. Pengumuman itu turut disertakan dengan tajuk ‘D-365’ sebagai tanda bermulanya kiraan detik sebelum penutupan.
Dalam kenyataan sama, pihak kafe menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan dan juga peminat terutama ARMY yang pernah berkunjung serta memberikan sokongan sepanjang perniagaan itu beroperasi. Mereka juga berjanji akan terus memberikan perkhidmatan terbaik sehingga ke hari terakhir demi meninggalkan kenangan manis buat para pengunjung.



Pengumuman tersebut bagaimanapun mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat di ruangan komen, khususnya mereka yang masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke kafe berkenaan. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan berharap agar premis itu dapat meneruskan operasinya seperti biasa.
Pada masa sama, berita penutupan itu kembali mencetuskan perbincangan dalam talian berhubung dakwaan masalah yang pernah dikaitkan dengan operasi kafe tersebut. Sebelum ini, seorang pencipta kandungan dari luar negara mendakwa bapa Jimin berdepan tekanan susulan perselisihan faham dengan pemilik premis serta isu melibatkan beberapa perniagaan berhampiran.
Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih belum mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkaitan. Sehingga kini, pihak ZM-ILLENIAL juga belum mendedahkan sebab sebenar keputusan untuk menamatkan operasi mahupun mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan dakwaan konflik tersebut.


@glisteningcloset Visited Jimin’s dad’s café in Busan 💜 It’s called ZMillennial! Lovely interior and great atmosphere. Plus the cakes and drinks are really good! And they have a lot of options 🍰☕️ #jimin #bts #busan #jiminsdadcafe #btsarmy ♬ Who – Jimin
Untuk rekod, Jimin merupakan salah seorang anggota kumpulan sensasi K-Pop, BTS yang mempunyai pengaruh besar di peringkat antarabangsa. Populariti kumpulan itu turut membuatkan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan anggota serta keluarga mereka sering menjadi perhatian peminat dari seluruh dunia.
BACA: Jimin BTS Cipta Memori Manis Buat Peminat Cilik Hidap Kanser, ARMY Sumbang Lebih RM200,000
Meskipun tempoh setahun masih berbaki sebelum kafe itu menutup operasinya, pengumuman berkenaan pastinya menjadi khabar yang mengecewakan buat peminat yang pernah merancang untuk berkunjung ke sana. Namun, punca sebenar di sebalik keputusan tersebut masih menjadi tanda tanya.
Sumber: Instagram ZM-ILLENIAL
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


















