Usia bukanlah penghalang untuk seseorang terus menuntut ilmu. Semangat itu jelas dibuktikan oleh Dr. Abdul Ghani Muhamad apabila berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tasawuf dan Tarekat pada usia 82 tahun.

Lebih membanggakan, bapa kepada sembilan orang anak dan datuk kepada 35 cucu itu menerima skrol PhD daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Insan (FBI) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ke-16.

Berasal dari Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Abdul Ghani merupakan antara 189 graduan yang diraikan dalam sidang pertama istiadat konvokesyen yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra selaku Pro-Canselor UMK.

Usia 82 Tahun Bukan Penghalang, Dr. Abdul Ghani Genggam PhD Tasawuf & Tarekat UMK Selepas 4 Tahun Pengajian

Berhadapan Pelbagai Cabaran Sepanjang Empat Tahun Pengajian

Kejayaan memperoleh gelaran Doktor selepas empat tahun menempuh pengajian sejak 2022 pastinya bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi pada usia yang sudah lanjut.

Sepanjang tempoh tersebut, Dr. Abdul Ghani bukan sahaja perlu memberikan komitmen terhadap tuntutan akademik, malah turut berdepan beberapa cabaran kesihatan termasuk masalah darah tinggi, prostat dan saraf.

Beliau juga pernah menjalani dua pembedahan mata ketika masih dalam pengajian selain berdepan faktor peningkatan usia seperti masalah kemerosotan ingatan.

Bagaimanapun, segala cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu sehingga berjaya menamatkan pengajian pada peringkat tertinggi.

Usia 82 Tahun Bukan Penghalang, Dr. Abdul Ghani Genggam PhD Tasawuf & Tarekat UMK Selepas 4 Tahun Pengajian

Mempunyai Latar Belakang Pendidikan & Pengalaman Luas

Untuk rekod, Dr. Abdul Ghani mendirikan rumah tangga bersama Puan Che Siti Harma@Norma binti Che Ismail.

Ads

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Marak sebelum menyambung pengajian di Sekolah Arab Nipah, Bachok dan seterusnya di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Minat mendalam terhadap ilmu turut mendorong beliau melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain Ijazah Sarjana Perbandingan Warisan dari Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya.

Tidak terhenti di situ, beliau turut memiliki Sijil Tertinggi dan Diploma Pendidikan dari Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya serta kelulusan IV Thanawi dari Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Usia 82 Tahun Bukan Penghalang, Dr. Abdul Ghani Genggam PhD Tasawuf & Tarekat UMK Selepas 4 Tahun Pengajian

Lebih 31 Tahun Berkhidmat Sebagai Guru Pendidikan Islam

Dalam perkembangan lain, Dr. Abdul Ghani turut mempunyai pengalaman kerjaya yang cukup luas apabila pernah berkhidmat lebih 31 tahun sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan (Pengelola) di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia.

Ads

Selain bidang pendidikan, beliau turut aktif dalam dunia penulisan dan penterjemahan karya Islam klasik menerusi peranannya sebagai pengasas serta penulis utama Jabal Maraqy Sdn Bhd.

Menurutnya, syarikat tersebut memberikan tumpuan kepada usaha penterjemahan dan penyebaran karya-karya Islam klasik atau kitab turath demi manfaat umat Islam masa kini.

“Saya telah menterjemah dan menyusun pelbagai kitab turath daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu, sama ada dalam tulisan Jawi mahupun Rumi.

“Bidang penulisan saya merangkumi bidang akidah, fiqh, tasawuf, nahu dan saraf dan antara terjemahan itu termasuk Minyatul Musolli, Ta’lim al-Muta’allim, Hidayah as-Salikin dan Penawar Hati, selain beberapa karya penting lain yang menjadi rujukan masyarakat,” katanya.

Usia 82 Tahun Bukan Penghalang, Dr. Abdul Ghani Genggam PhD Tasawuf & Tarekat UMK Selepas 4 Tahun Pengajian

Ads

Terima Dua Pengiktirafan Daripada UIM

Atas sumbangan dan usaha beliau dalam bidang penulisan, penterjemahan serta pemeliharaan khazanah ilmu Islam, Dr. Abdul Ghani turut menerima dua pengiktirafan daripada Universiti Islam Malaysia (UIM).

Antara penghargaan yang diterima ialah Anugerah Buku (Kluster Warisan) dan Anugerah Presiden.

Lebih menyentuh hati, kejayaan bersejarah itu turut diraikan oleh ahli keluarganya apabila seramai 20 orang anak, menantu dan cucu hadir memberikan sokongan ketika istiadat konvokesyen berlangsung di UMK Bachok, hari ini.

Realisasikan Impian Menjejak Kaki Ke Menara Gading

Mengulas lanjut mengenai keputusannya menyambung pengajian PhD pada usia warga emas, Dr. Abdul Ghani menjelaskan bahawa perkara tersebut merupakan impian yang sudah lama disimpan sejak zaman mudanya.

Bagaimanapun, hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi terpaksa diketepikan suatu ketika dahulu disebabkan kekangan kewangan dan tanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya terpaksa lupakan hasrat itu kerana faktor kewangan dan berkeluarga, dia terpaksa menangguhkannya sehingga berpeluang melanjutkan pengajian selepas sembilan anak sudah besar dan berkeluarga selain sudah bersara sebagai guru agama,” jelas beliau.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

SUMBER: FB UMK

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads