Juri Program Realiti, Simon Cowell Tarik Diri Daripada ‘X-Factor Israel’

Share

Kemelut yang berlaku di antara tentera Zionis dan Palestin mendapat reaksi daripada seluruh masyarakat dunia tidak hanya dari umat Islam, malah tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel itu juga turut mendapat kecaman daripada masyarakat bukan Islam.

Selain daripada membuat solidarity di media sosial, kebanyakannya cuba untuk memboikot apa sahaja yang berkaitan dengan Israel. Terbaru, juri rancangan realiti televisyen, Simon Cowell dilaporkan telah membatalkan penglibatannya sebagai juri pada musim terbaharu “X-Factor Israel”.

Instagram: Simon Cowell

Walau bagaimanapun, wakil penerbit “X-Factor Israel”, Reshet menjelaskan bahawa Cowell telah menarik diri atas sebab tersendiri. Reshet turut mengesahkan Cowell tidak akan terlibat dalam mana-mana bahagian rancangan itu.

Menurut Astro Awani, akhir tahun lalu selebriti itu telah menandatangani perjanjian menjadi salah seorang juri pada musim seterusnya yang dijadual memulakan penggambaran pada musim panas ini.

Namun, desas-desus pembatalannya selaku juri bertiup kencang dan turut dilaporkan beberapa portal media antarabangsa.

Pembatalan itu disahkan setelah kakitangan Cowell membuat panggilan telefon menyatakan “kebimbangannya” terhadap keganasan di Gaza baru-baru ini. Wakil Cowell walau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus “kebimbangan” yang dimaksudkan itu.

Dalam laporan Jewish News pula menjelaskan bahawa pihak produksi rancangan terbitan Israel itu kecewa kerana Cowell tidak dapat menyertai rancangan realiti tersebut.
“X Factor Israel” buat pertama kalinya memilih penyertaan dari negara Israel sempena Pertandingan Lagu Eurovision 2022 yang akan diadakan di Itali.

Mungkin Simon ada alasannya yang tersendiri kan. Diharap pihak produksi menghormati keputusan beliau. Hiks!

Sumber: (1)

IKLAN