Selepas menonton tayangan perdana Bullet Train bersama penonton bertuah majalah Remaja, apa yang boleh kami katakan korang bakal terhibur selama lebih kurang dua jam menonton filem lakonan utama Brad Pitt ini.
Mengisahkan tentang seorang pembunuh yang berusaha untuk menyelesaikan misi di dalam kereta api, namun tidak menyangka di situ ada lagi empat penjahat lain yang mempunyai misi yang sama.
Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, tetapi terpaksa bersaing dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu juga. Akhirnya, berlaku pergelutan di dalam bullet train sehingga ke stesen yang terakhir.
Setelah dua tahun tidak keluar dalam mana-mana filem box office, filem terakhir Brad Pitt adalah pada tahun 2019 iaitu Ad Astra. Namun begitu, pelakon legend ini baru sahaja muncul dalam filem The Lost City tetapi hanya sebagai watak cameo yang pastinya membuatkan peminat tidak puas untuk menonton lakonan Brad Pitt.
Ads
Kali ini, Brad Pitt kembali beraksi di layar perak dengan menghadiah sebuah filem aksi terbaik arahan David Leitch yang kini sudah pun berada di pawagam.
Apa yang boleh kami katakan, korang pasti akan berpuas hati menonton filem ini di panggung wayang kerana bukan hanya memaparkan aksi perlawanan yang hebat, malam penonton bakal disajikan dengan babak-babak menghiburkan yang juga turut diselit unsur komedi.
Ads
Watak Lemon dan Tangerine sangat membantu memberikan humor dalam filem Bullet Train dan tidak terlepas menampilkan aksi-aksi lucu daripada pasangan ‘kembar’ ini.
Apa yang paling menarik adalah penampilan istimewa daripada bintang-bintang cameo yang turut muncul dalam filem aksi ini. Nak tahu siapa? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam okay? Tak best pula kalau kami bagi spoiler lebih. Hiks!
Secara keseluruhannya, filem lakonan Brad Pitt ini memang berbaloi untuk ditonton dan sangat sesuai bagi mereka yang gemar menonton babak-babak aksi. Pertembungan budaya Jepun juga merupakan salah satu daya penarik bagi filem tersebut.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sepuluh tahun yang lalu, semua orang bercakap mengenai aktiviti marathon (atau jogathon bagi mereka yang lebih berumur, ingat tak !).
Lima tahun lalu, trend memanjat bukit atau gunung pula hangat diperkatakan. Sehingga kini, terdapat banyak grup hiking yang menyediakan khidmat sebagai ranger ketika aktiviti memanjat. Namun, sejak awal tahun lalu, aktiviti fun run semakin mendapat tempat di kalangan peminat gaya hidup aktif.
Semakin lama, semakin berkembang penglibatan peserta yang menyertainya. Dulu sekadar peserta yang betul-betul ke gim dengan badan berotot je yang sertai fun run, tetapi kini tidak lagi. Banyak aktiviti fun run yang melibatkan golongan remaja, keluarga, secara berkumpulan malah yang khas untuk warga emas pun ada!
Walaupun nampak seperti fun (yelah, nama pun fun run), namun ia sebenarnya memerlukan kudrat dan stamina yang tinggi untuk menamatkkan larian korang. Tak kisahlah 5 km ke, 10 km ke, nak berjalan atau berlari sekencang angin sekalipun. Semua peserta perlu tahu asas stamina badan untuk mempersiapkan diri sebelum menyertai fun run.
Percaya tak kalau REMAJA cakap, 10 hari sebelum hari larian pun korang sempat nak practice. Macam mana? Haa, ni ENAM langkah mudah yang boleh korang praktikkan bermula hari ini. Mana tahu, boleh menang pula hehe.
Walaupun hari larian itu masih berbaki 8 hingga 10 hari lagi, tidak bermakna korang tidak boleh memulakan persediaan dengan lebih awal. Untuk fun run, sebolehnya tak perlulah nak dibawa semuanya ke lokasi nanti walaupun korang perlu bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku pada hari tersebut seperti kecederaan ringan.
Pack light but be prepared! Antara barangan yang wajib ada termasuklah: pakaian sukan, kasut trainers, tuala bersaiz sederhana, baju lightweight yang akan ditukar kemudian, air, snek ringan, plaster, balutan muscle support (jika perlu), wang, telefon, beg pinggang untuk menyimpan barangan berharga dan ubat-ubatan jika korang perlu mengambilnya.
Normal-lah untuk mana-mana peserta merasa debaran pada malam sebelum larian terutamanya jika korang ada seorang first timer. Jangan risau, selalunya larian sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer is all about having fun! Jadi, cuba untuk relakskan badan dan tidur secukupnya supaya korang berasa bertenaga sebelum hari kejadian.
Jangan sesekali bersikap ego dan berkata, “Alah, aku tak perlukan breakfast lah. Nanti takut nak muntah masa lari.” Setiap peserta fun run masih perlu mengambil sarapan pada hari tersebut agar tak mudah diancam situasi cramps. Aturkan jadual makanan yang perlu diambil pada hari larian. Bagaimana? Mudah saja kerana badan korang akan memberi signal jika kamu memerlukan energy snack sebelum berlari. Sediakan saja snek tersebut di dalam beg.
Antara pesanan ‘popular’ yang selalu diberi peserta berpengalaman lain termasuklah mengambil sumber karbohidrat, tapi jangan pula korang lupakan sumber protein kerana ia juga penting untuk memberi tenaga.
4. Lakukan Dynamic Stretching Sebelum Berlari
Namanya saja sudah menjelaskan apa kelebihan jika korang lakukan senaman mudah ini sebelum larian. Dynamic stretching memerlukan korang untuk merenggangkan badan agar otot badan tak terkejut semasa larian.
Dynamic stretch akan merenggangkan tisu lembut badan sehingga maksima selama 3 ke 6 saat. Dengan cara ini, otot mengembang dan membantu badan untuk kekal seimbang dan coordinated semasa berlari. Macam dalam video tutorial di bawah:
Sudah tentulah semasa fun run, korang perlu menggantikan air peluh yang sudah dinyahkan dengan kandungan air tetapi air jenis apa? Air suam, diluted juice dan sports drink adalah antara pilihan yang baik. Jika kamu hanya berlari kurang dari sejam, air suam saja sudah memadai.
Namun, jika korang menyertai fun run yang memakan masa lebih dari sejam, REMAJA cadangkan korang untuk mengambil minuman yang mengandungi gula dan sodium agar tempoh recovery badan itu lebih singkat.
Apalah makna menyertai fun run kalau korang tak enjoy habis! Contohnya seperti The Music Run™ yang akan dianjurkan AIA Vitality esok! Jika pada tahun lalu kita ada zon muzik bertema seperti Rock, Pop, Old School, Hip Hop dan Dance. The Music Run™ yang akan berlangsung di KL Sports City pada tahun ini akan menampilkan DJ Sam Withers dari Australia.
Jika korang akan menyertainya esok, jangan lupa untuk hashtag #LiveTheBeat okay. See you there!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi K-Pop, Cha Eun Woo baru-baru ini meraih perhatian peminat selepas mengumumkan beliau kini sedang giat menyiapkan album solo pertamanya sebelum menjalani latihan ketenteraan pada akhir bulan ini.
Menurut pihak agensinya, Fantagio mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan ringkas.
“Memang benar Cha Eun Woo sedang dalam proses menyiapkan album solo. Tarikh pelancarannya masih dalam perbincangan,” jelas kenyataan itu.
Kredit foto: Instagram Cha EunwooKredit foto: Instagram Cha Eunwoo
Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi berbakat ini difahamkan telah diterima masuk ke dalam unit Military Band dan dijadualkan untuk memulakan latihan ketenteraan sebagai tentera aktif bermula 28 Julai ini.
Apa yang lebih menarik, pemilik nama sebenar Lee Dong Min itu juga dilaporkan sudah pun selesai menjalani penggambaran muzik video bagi lagu dalam album terbaru itu.
Terkenal sebagai salah seorang selebriti serba boleh, Cha Eun Woo menyifatkan kehadiran album solo ini dilihat sebagai sebuah ‘hadiah perpisahan’ buat para peminat yang bakal merindui kelibatnya selama tempoh 18 bulan perkhidmatan wajib tersebut.
Kredit foto: Instagram Cha EunwooKredit foto: Instagram Cha Eunwoo
Pada 12 Julai lalu, Cha Eun Woo telah mengadakan satu perjumpaan eksklusif bersama peminat berjudul ‘THE ROYAL’ di Kyung Hee University Peace Hall, Seoul. Dalam sesi tersebut, beliau telah mempersembahkan lagu yang masih belum dilancarkan kepada peminat kesayangannya.
“Saya mahu membuat anda semua tersenyum dan mencipta memori yang menyeronokkan dan membahagiakan. Terima kasih kepada anda semua, saya akan pergi dan kembali dengan sihat dan gembira. Mari kita jumpa lagi nanti,” katanya.
Sementara itu, selain kerjaya muzik, beliau yang juga merupakan seorang pelakon bakal membintangi dalam siri Netflix ‘The Wonderfuls’ dan filem terbaru berjudul ‘First Ride’. Malah, pada 18 Jun lalu, Cha Eun Woo baru sahaja mengadakan konsert VR bertajuk ‘Cha Eun Woo VR Concert: MEMORIES’.
Wah! Selepas ini pasti para peminat akan merindui wajah Cha Eun Woo yang kacak ini kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah UFO bukan baru. Sudah terlalu banyak teori dan penemuan dikatakan mengenai kewujudan makhluk berkepala aneh termasuk kapal terbang berbentuk piring leper dan bulat yang menjadi kenderaan mereka yang dikatakan mengeluarkan cahaya terlampau terang ini. Beberapa filem seperti ET, Men In Black, Spices dan banyak lagi memaparkan kisah makhluk asing ini sebagai satu daya tarikan untuk manusia terus mempercayai bahawa makhluk asing itu wujud.
Persoalan yang sehingga sekarang belum terjawap dan tiada siapa mampu menjawapnya, biar banyak gambar dan diceritakan oleh saksi-saksi yang berpeluang melihatnya, misteri tentang UFO masih tidak jelas. Benarkah UFO wujud atau teori semata-mata?
Al-Quran yang menjadi panduan umat Islam sejak 1400 tahun dahulu, ada menyebut, Malaikat itu dijadikan dari cahaya, manusia itu dari tanah dan jin itu dari api. Belum ada teori adanya makhluk lain seperti UFO di dunia ini kecuali jin yang diketahui banyak onarnya.
Lintasan cahaya berwarna putih selalu dikaitkan dengan UFO dan dalam hal ini, ada dua teori, sama ada ia malaikat atau jin? Wallahualam.
Tidak hanya dalam Malaysia, UFO dikatakan pernah ternampak di Indonesia, mahu pun negara-negara luar. Tidak dapat dipastikan mana satu kebenaran yang timbul tetapi minat Amerika Syarikat yang memperuntukkan sejumlah wang besar bagi mengkaji UFO adalah satu teori yang boleh difikirkan bersama. Adakah UFO benar-benar wujud sehingga Kementerian Pertahanan Amerika melakukan kajian sebelum menutup operasi rahsia ini selepas tidak menemui apa-apa.
Alien sering digambarkan begini, berkepala botak, mata besar dan adakah jin juga begini, wallahualam
Laporan dari The Guardian pada (17/12/2017) Kementerian Pertahanan Amerika atau Pentagon mengakui secara rahsia cuba mencari objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) secara rahsia selama lima tahun.
Misi ini dimulakan pada tahun 2007-2013 dan sejumlah peruntukan iaitu sebanyak USD20 juta diberikan dalam menjalankan kajian rahsia ini. Tujuan mereka adalah untuk bersiap siaga jika wujudnya potensi yang bakal menjadi ancaman kepada rakyat Amerika.
Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, pegawai perisikan tentera, Luis Elizondo, yang menjalankan program ini mengesahkan peruntukan untuk meneruskan kajian semakin sukar apabila peruntukan semakin mengecil.
Biar belum menemui apa dicari tetapi misi pencarian UFO ini diteruskan yang diketuai oleh pegawai lain yang menggantikan kedudukannya.
Dalam pada itu, stesen Al Jazeera melaporkan, bekas angkasawan Amerika dan bekas komander di Stesen Angkasa Antarabangsa, Leroy Chiao terkejut kerana Pentagon sanggup mengeluarkan belanja dalam misi pencarian UFO di saat ketatnya belanjawan dan tanggungjawab fizikal.
Objek terbang berbentuk piring dengan cahaya putih terang benderang dikaitkan dengan UFO
Amerika Syarikat mempunyai sejarah yang panjang tentang pesawat misteri ini, termasuk penemuan serpihan logam aneh pada tahun 1947 oleh pentrnak di Roswell, New Mexico.
Laporan berita kemudian menyebutnya “piring terbang”, tetapi tentera AS mendakwa ia adalah belon cuaca yang jatuh.
Awal tahun ini, Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) mengeluarkan berjuta-juta dokumen yang telah dipindahkan secara dalam talian.
Bila sejarah UFO mula tersebar?
Pada 24 Jun 1947, juruterbang amatur Kenneth Arnold sedang menerbangkan pesawat kecil berhampiran Mt Rainier, Washington telah terlihat satu objek aneh di udara.
Objek aneh itu berada betul-betul di sebelah kiri Arnold, 20-30 km utara pesawat pada ketinggian yang sama. Ia adalah satu dari i sembilan objek berkilat yang terbang ke bawah matahari.
Membandingkan saiz pesawat itu, Arnold menganggarkan saiz objek itu adalah 13-15 m, dengan objek ini boleh terbang sejauh 80 km dalam 1 minit 42 saat, Arnold menganggarkan objek ini dapat mencapai kelajuan 2736 km / h atau tiga kali lebih cepat daripada pesawat buatan manusia era itu.
Bagaimanapun, seolah-olah dikawal, objek terbang itu seolah-olah membengkok dan seterusnya menghilang. Arnold meneruskan penerbangan ke Yakima, Washington, kemudian mendarat dan segera memberitahu kakitangan lapangan terbang.
Keesokan harinya, Arnold ditemuramah oleh wartawan, dan cerita itu menyebar seperti wabak di seluruh negara. “Pada masa itu, masih ada anggapan, Mars atau Venus boleh menjadi planet kediaman baru,” kata penulis UFO, Robert Bulpen.
Sejak dari kejadian inilah misteri mengenai kewujudan UFO mula diperkatakan.
Bermula dari cerita inilah kapal berbentuk piring ini heboh diperkatakan
UFO direka untuk mendatangkan satu ketakutan dunia sebenarnya
Seorang bekas juruterbang Angkatan Udara AS dan perintis penyelidik UFO yang cukup disegani, Wendelle C Stevens (1923-2010) adalah orang yang dikatakan paling tepat mampu bercerita mengenai UFO.
Dalam karier selama 50 tahun, Stevens mengumpul koleksi gambar UFO yang paling lengkap di dunia. Maka dengan segala maklumat, satu pameran iaitu Minggu Konspirasi telah diadakan.
Seorang pengkaji lain, Graphic berkata, cerita mengenai UFO adalah cara yang paling halus untuk memperkenalkan perbahasan mengenai isu semasa.
“Pada masa kini terdapat tanggapan bahawa apabila dunia tidak selaras dengan kepercayaan, kita boleh boleh mewujudkan realiti sendiri. Yang boleh disampaikan melalui internet, forum atau perdebatan tertutup untuk menyampaikan realiti dunia.”
Ini kerana menurut Graphic, cerita mengenai UFO adalah satu kepercayaan kepada pertumbuhan teori konspirasi.
Beliau juga percaya bahawa ahli teori konspirasi boleh mengubah satu situasi dan mulai menjadi percakapan orang lain. Sesiapa sahaja boleh membuat konspirasi, hatta dia adalah Presiden Amerika, Donald Trump pun. Bila teori konspirasi ini meletup, individu yang menyebarkannya boleh menjadi popular.
Siapa yang berminat dengan teori konspirasi ini? Dunia ini semakin berlebihan dan mulai rumit. Ia menarik untuk mencari naratif dan menerangkan segala-galanya. Bagi yang lain nampak seperti pelik tetapi akal naluri manusia sentiasa ingin tahu dan berbeza antara satu sama lain.
Adakah benar wujud UFO, hanya Allah maha mengetahuinya kerana semuanya ciptaan Allah
Pada tahun 1979, Stevens menerbitkan sebuah buku bernama UFO: Berhubung dari Pleiades.
Buku itu menyiasat dakwaan seorang petani dari Switzerland, Billy Meier yang mengaku mempunyai bukti dia mampu berhubung dengan alien dari bintang Pleoades dan ada gambar sebagai bukti.
Dalam buku itu, Stevens menganalis gamabr Meire di mana satu landskap gambar berbentuk linkaran besi yang tidak jelas, terapung dengan latar belakang pergunungan- melalui satu siri ujian sains.
Menggunakan teknologi digital terawal, ujian ini digunakan untuk menentukan ketepatan gambar. Stevens membuat kesimpulan bahawa gambar-gambar itu tidak dibuat.
Walaupun begitu, dia tidak menganggap kemungkinan gambar ini dibuat atau dibuat dengan cara lain (contohnya, Meier boleh meletakkan penutup periuk seperti ‘kapal angkasa’ dan sebagainya.
Walau demikian, wartawan Rang Undang-Undang Bequette United Press menafsirkan, perkara ini berbentuk cakera berbentuk bulat.
Menurut pakar UFO dan timbalan editor Penasihat, Benjamin Radford, “kenyataan itu menjadi satu sejarah bagi dunia kewartawanan”. Ungkapan ‘flying saucer’ merujuk kepada bentuk UFO yang dilihat pada masa itu, menulis Kottmeyer.
Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ada mempercayainya dan tidak
Di sebalik cermin mata hitam, penipuan, filem fiksyen sains, rancagan tv dan laporan penculikan makhluk asing, UFO digambarkan sebagai piring terbang dengan cahaya terbang benderang sehingga kini.
Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing adakah benar wujud alien atau makhluk asing ini. Tetapi secara jelas, al-Quran menulis wujudnya jin yang tunduk kepada Nabi Sulaiman.
Dalam kes memindahkan istana Ratu Balqis, Jin Ifrit berkata, dia mampu memindahkan istana itu sebelum baginda sempat berdiri.
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai.
Tetapi ternyata, manusia itu lebih cerdik dari segalanya. Hanya sebelum sempat mengerdipkan mata, istana itu sudah mampu dipindahkan. Jadi kewujudan UFO ini adakah benar Jin yang benar-benar wujud atau ada teori lain. Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!