
Bagi korang yang terpaksa membatalkan perjalanan ke luar negara, AirAsia menawarkan credit refund (bukan wang ringgit) ke dalam akaun AirAsia Big, iaitu kredit point yang boleh digunakan untuk booking flight.
Bagaimana caranya? Jom kita ikut tutorial yang telah dikongsi oleh Fara Saila Radzun di laman facebooknya.
1. Klik menu dan pilih Chat With AVA

2. Klik Covid-19

3. Pilih National Restricted to Travel

4. Klik Credit Account

5. Klik Credit Account lagi sekali

6. Taip 6 dan submit

7. Taip apa sahaja yang berkaitan, sebagai contoh dalam gambar

8. Ikut arahan, taip je booking number, nama dan email

9. Pilih flight pergi atau balik, taip 1 atau 2

10. Klik di kotak biru tersebut, masukkan nama dan nombor BIG ID korang

11. Taip Y

12. Ini memerlukan attach apa-apa gambar, korang boleh screenshot sahaja email

13. Selesai dan mereka akan bagi nombor rujukan dan akan emailkan juga

14. Boleh buka akaun BIG AIRASIA untuk check, klik di my cases

15. Settle!

Tahniah kami ucapkan kepada korang yang sanggup menunda perjalanan ke luar negara dalam musim wabak COVID-19 sekarang. Sememangnya itu adalah salah satu usaha kita sebagai seorang rakyat Malaysia untuk membantu menangani wabak tersebut daripada terus menular.
Apa-apa pun kesihatan diri tetap perlu diberikan keutamaan. Biarlah rugi sedikit, yang penting tidak mempertaruhkan nyawa dan melibatkan individu lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Cuaca Sekarang Agak Panas” J-Hope BTS Sewa Studio Untuk ARMY, Sediakan Tempat Rehat Selesa & Pek Istimewa Sempena M Countdown

Bintang terkenal K-pop, J-Hope dari kumpulan BTS baru-baru ini mencuri perhatian sekali lagi dengan membuktikan betapa besar cintanya terhadap peminat (ARMY) apabila beliau sanggup menyewa sebuah studio khas bagi memastikan keselesaan peminat kesayangannya sepanjang sesi pra-rakaman rancangan muzik popular, M Countdown.
Menurut laporan media Korea Selatan pada 17 Jun, J-Hope atau nama sebenar Jung Hoseok (31) telah menghadiri sesi rakaman awal di Studio CJ ENM, Paju. Difahamkan, lebih daripada 1,000 ARMY hadir untuk memberikan sokongan padu bagi persembahan solonya yang juga merupakan antara kemunculan istimewanya selepas sekian lama.
Namun, bagi mengelakkan ARMY daripada perlu menunggu dalam keadaan tidak selesa di luar bangunan seperti kebiasaan, pelantun lagu ‘Killin’ It Girl’ dan ‘MONA LISA’ ini mengambil tindakan luar biasa dengan menyewa studio bersaiz besar bagi dijadikan ruang berehat sementara buat para peminat.


Pada masa yang sama, beliau turut dengan teliti menyediakan pek penjagaan diri yang lengkap buat para peminat termasuk kotak makan tengah hari, makanan pencuci mulut, minuman, set minyak wangi, pelembap bibir dan kad gambar eksklusif.
Dalam pada itu, tindakan mesra ini telah mengundang air mata sebahagian peminat yang amat tersentuh dengan layanan penuh kasih sayang itu. Selain itu, di media sosial, ada yang meluahkan bahawa inilah kali pertama seorang artis begitu prihatin sehingga memastikan peminat mereka makan dan berehat secukupnya.
Apa yang lebih istimewa, J-Hope turut menyisipkan nota tulisan tangan hangat dalam pek berkenaan.
“Saya harap mesej ini memberikan ARMY kekuatan ketika menunggu. Saya telah menyiapkan persembahan di pentas ini dengan sepenuh hati untuk memberikan yang terbaik buat anda. Saya cinta awak, ARMY”

Sementara itu, tindakan penyanyi itu nyata meraih pujian meluas di media sosial dan ramai yang menyifatkan beliau sebagai seorang artis yang tulus dan luar biasa. Bahkan, para peminat turut mengakui bahawa kelengkapan pendingin hawa di studio sewaan tersebut memberikan perbezaan besar berbanding pengalaman sebelum ini.
Terdahulu, sewaktu siaran langsung ‘BTS FESTA 2025’, J-Hope turut memberi bayangan awal mengenai kejutan ini apabila beliau berkata, “Bukankah cuaca sekarang agak panas? Saya telah sediakan satu tempat untuk ARMY berehat. Saya harap anda menyukainya”.
Ternyata, usaha ikhlas J-Hope ini membuktikan bahawa hubungan antara dirinya dan ARMY bukan sekadar antara penyanyi dan peminat, tetapi satu ikatan yang penuh kasih sayang dengan keprihatinan yang luar biasa di antara mereka.
Sekadar info, BTS dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula selepas SUGA sebagai anggota ketujuh berjaya menamatkan latihan militer beliau pada 21 Jun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Memang Selesa Dengan Yoyol..” Fariz Isqandar Harap Mesej Budak Tebing 2 ‘Sampai’

Kesudahan drama popular, Budak Tebing 2 akhirnya terjawab juga setelah ia melabuhkan tirai episod terakhir sebentar tadi.
Drama lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nelissa Nizam dan Imran Aqil ini telah membuka mata khalayak mengenai isu yang selalunya tidak dipertontonkan di slot drama utama Malaysia.
Isu kekeluargaan, persahabatan, jenayah dan penderaan kanak-kanak umpamanya adalah isu-isu yang berlaku dalam realiti kehidupan kita semua. Mungkin di situlah kekuatan Budak Tebing 2 yang tidak gentar untuk memaparkan keadaan sebenar masyarakat dalam bentuk naskah drama 13 episod.
REMAJA berpeluang menemubual salah seorang pelakonnya, Fariz Isqandar yang terkenal dengan watak Yoyol iaitu adik kepada Arif (lakonan Adam Lee) baru-baru ini menerusi sesi Instagram Live : Remaja Dengar Kata.
Susah tak sebenarnya untuk Fariz bawakan watak Yoyol dan apakah perancangan seterusnya?

Babak mana yang paling mencabar untuk Fariz?
F : Ada satu babak di mana saya perlu menangis seorang diri di dalam bilik. Babak itu saya rasakan fuh, beratnya.
Yoyol terpaksa menghadap pelbagai perkara yang serabut; dengan bapanya, dengan orang di sekeliling yang menipunya. Kawan dan abang dia juga buat perangai. Dalam babak tersebut, saya jatuh ke lantai bilik dan terus menangis.
Tapi kalau babak bersama Abang Adam, besar kemungkinan babak berlawanlah. Tidak susah tetapi penat.
Ramai berpendapat 13 episod adalah terlalu pendek. Fariz setuju?
F : Jika kita lihat feedback dari musim pertama, mereka meminta untuk musim kedua. Dan apabila musim kedua disahkan sedang menjalani penggambaran pada masa itu dan kami memberitahu Budak Tebing 2 hanya akan ditayangkan selama 13 episod; mereka sudah meminta agar ia dipanjangkan.
Mungkin musim ini dikhaskan untuk 13 episod saja. Mungkin juga produksi ingin sekali memanjangkannya, namun disebabkan PKP kami terpaksa akur dengan kekangan penggambaran. Kita doakan bakal ada musim ketiga, siapa tahu?
Apakah watak dalam drama Budak Tebing 2 yang diminati Fariz?
F : Saya meminati dua watak iaitu Pablo (lakonan Pablo Amirul). Signature dia makan cupcake memang comel! Kedua ialah watak Talam (lakonan Firdaus Ghufran) kerana wataknya yang blur nampak menarik.

* Imran Aqil (yang membawakan watak Pijoy) turut berada dalam perbualan dan berkongsi pendapatnya mengenai Fariz. *
I : Kalau saya boleh tambah sedikit. Saya beruntung kerana mendapat sparring partner seperti Fariz kerana bukan saja dia seorang yang baik dan peramah. Dia juga tidak sombong berkongsi pengalaman 8 tahunnya dalam dunia lakonan bersama saya,.
Fariz selalu memastikan saya bersedia sebelum penggambaran dimulakan. Jika dia perlu menolak saya di mana-mana bahagian badan, dia akan pastikan saya tahu perkara itu. Working with him is a pleasure with me.
Watak Yoyol dalam Budak Tebing terbukti berbekas di hati penonton.
Bagaimana Fariz mengambil cabaran mengambil watak-watak berlainan genre selepas ini agar penonton tidak mengaitkan diri dengan Yoyol?
F : (Berfikir) Sejak di bangku sekolah, saya sudah ceburi bidang teater. Dari usia itu lagi, saya sudah meletakkan mindset; ‘Sekiranya aku perlu bawa watak berlainan, bagaimana aku hendak lupakan watak yang aku sudah selesa bawa?’
Memang benar, saya selesa dengan watak Yoyol. Penonton kenali saya pun sebagai Yoyol, orang pun masih susah nak panggil saya Fariz. Jadi, solusinya hanya satu. Saya perlukan alter ego. Saya kena ada split personality. Tanpa alter ego, sampai bila-bila pun imej Yoyol itu akan melekat dengan saya.
Jika untuk projek drama seterusnya, saya akan gunakan alter ego dengan ‘memasukkan diri’ ke dalam watak baharu. Apabila saya into the charater, watak Yoyol itu mudah untuk saya lupakan. Contohnya jika saya bawakan watak cacat, saya akan dalami pergerakannya, cara dia bercakap dan cara pemikirannya.

Adakah Fariz inginkan peluang untuk ke negara seberang?
F : Sudah tentu. Bagi yang tidak tahu, saya suka menulis puisi dan inspirasi saya banyak datang dari Indonesia. Saya ingin sekali ke sana untuk belajar cara mereka bekerja di set penggambaran, belajar budaya mereka dan mengutip pengalaman daripada para pelakonnya.
Apa yang Fariz hendak sampaikan kepada penonton yang setia bersama Budak Tebing 2 dari awal hingga episod ke-13?
F : Saya harap mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Jika korang rasa susah, ingat ada orang yang lebih susah. Jika korang rasa serabut dengan banyak konflik, ada orang yang lebih banyak konflik di luar sana.
Jika kawan korang senyum dan gelak memanjang, tidak semestinya dia tidak mempunyai masalah. Saya harapkan melalui watak Yoyol ini, korang akan lebih menghargai kawan, keluarga dan orang di sekeliling. Selalunya ringankan mulut bertanya sama ada mereka okay ataupun sebaliknya.
*
Tonton temuramah penuh kami bersama pelakon Budak Tebing 2:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod Baharu Hospital Playlist 2 Tidak Akan Ditayangkan Minggu Depan

Setelah tayangan episod keenam Hospital Playlist 2 pada 22 Julai lalu, drama berkonsep perubatan popular Korea ini memaklumkan bahawa ia tidak akan menayangkan episod susullan pada minggu hadapan.

Saluran tvN sendiri mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan sebuah episod istimewa pada 29 Julai 2021 dan episod 7 pada minggu berikutnya.
Ini berikutan keputusan pihak produksi yang terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu akibat situasi COVID-19 di Korea Selatan yang kembali meningkat. Seluruh tenaga kerja drama ini merasakan mereka perlu mempertahankan kualiti tayangan dan naskah terbaik drama tersebut.
Lalu, mereka sanggup ‘korbankan’ tayangan episod 7 demi menunggu situasi pandemik reda sebelum menyambung penggambaran.
Episod istimewa yang akan menggantikan episod baharu pada 29 Julai ini akan menyaksikan kisah belakang tabir drama Hospital Playlist 2, komen dari para pelakonnya dan pelbagai lagi. Dengar macam menarik!

Bagi korang yang belum pernah menonton drama Hospital Playlist, ia mengisahkan tentang lima sahabat lakonan Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yun Suk, Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do yang berkawan baik sejak di bangku sekolah menengah hinggalah sama-sama menuntut dalam bidang perubatan serta menjadi rakan sekerja di hospital yang sama.
Bagi peminat drama Korea ini, korang kenalah bersabar untuk menantikan episod terbaharu Hospital Playlist 2 okay?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

