Jungkook BTS baru-baru ini kembali menjadi sorotan para peminat apabila diperkenalkan menerusi sebuah siri buku pendidikan kanak-kanak dari Amerika Syarikat. Kemunculan beliau dalam buku tersebut membuktikan bahawa pengaruhnya bukan sekadar terhad dalam industri muzik, malah sudah menembusi ruang pendidikan antarabangsa.
Pada masa yang sama, Jungkook atau pemilik nama sebenar Jeon Jungkook (29) sekaligus menjadi penyanyi Korea pertama yang ditampilkan dalam siri buku berkenaan. Pencapaian ini dilihat sebagai satu lagi detik penting dalam perjalanan kerjayanya yang semakin berkembang di peringkat global.
Siri buku yang dikenali sebagai ‘Brain Candy Books’ itu direka khas untuk memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada tokoh-tokoh berpengaruh dalam bidang muzik dan sukan. Menariknya, Jungkook turut disenaraikan bersama nama-nama besar dunia seperti Dua Lipa, Selena Gomez, Taylor Swift, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Difahamkan, kandungan buku berkenaan mengetengahkan kisah perkembangan peribadi Jungkook sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan, termasuk perjalanan seninya bersama BTS serta prinsip hidup yang dipegangnya sepanjang bergelar artis. Naratif ini disusun bagi memberi inspirasi kepada pembaca muda untuk mengejar impian masing-masing.
Lebih membanggakan, Jungkook turut diperkenalkan sebagai salah seorang “Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman,” berdasarkan pengiktirafan daripada Rolling Stone. Buku itu juga memberi penekanan terhadap kelebihan vokalnya termasuk kebolehan ‘perfect pitch’ serta versatiliti yang menjadikannya antara artis paling menonjol dalam generasinya.
Ads
Di samping itu, pencapaian Jungkook sebagai artis solo Korea pertama yang berjaya menempatkan tujuh lagu dalam carta “Hot 100” Billboard turut diberi perhatian. Malah, persembahannya menerusi lagu berjudul ‘Dreamers’ untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 disifatkan sebagai antara momen penting yang mengukuhkan statusnya sebagai bintang global.
Tidak hanya itu, reputasinya sebagai ‘Sold-Out King’ juga menjadi antara fokus utama dalam penerbitan tersebut. Fenomena ini merujuk kepada setiap barangan yang dipakai atau digunakan Jungkook sering habis dijual dalam tempoh singkat, selain pengaruh besarnya di media sosial yang sentiasa mendapat perhatian peminat seluruh dunia.
Sebelum ini, Jungkook turut pernah tersenarai dalam pelbagai pengiktirafan individu paling terkenal dunia, sekaligus mengukuhkan lagi impak dan pengaruh beliau dalam budaya pop global. Dalam perkembangan terkini, BTS difahamkan sedang aktif dengan konsert jelajah dunia mereka, dan kumpulan itu dijangka bakal kembali menghangatkan pentas di Malaysia pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
She is fresh, she is feeling better than ever and we cannot wait for this new era.
Setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri daripada radar dunia hiburan, tidak menghadiri sebarang acara anugerah dan hanya muncul sekali menerusi slot Saturday Night Live pada tahun lalu, penyanyi Inggeris popular Adele akhirnya mengumumkan comeback dalam masa kurang dua minggu dari sekarang.
Bersesuaian dengan musim luruh yang sedang melanda, muzik terbaru Adele ini seakan menjadi penambah perisa buat peminat muzik sedunia. *Cue feels*
Menerusi akaun media sosialnya (termasuk Twitter yang tidak dikemaskini hampir setahun lamanya), Adele memuat naik teaser berdurasi 21 saat bagi single berjudul Easy On Me. Klip pendek itu menyaksikannya berada di dalam sebuah kereta sambil mendengar dentingan piano daripada kaset yang baru dimasukkan. (Haa, korang tahu tak apa tu kaset?)
Di belakang kenderaan pula kelihatan perabot yang diangkutnya bersama; seolah-olah seperti dia baru saja meninggalkan seseorang atau sesuatu tempat.
Gambaran imej teaser ini serta-merta mengingatkan peminat Adele terhadap singleHello yang dilancarkan pada tahun 2015 dahulu.
Sekiranya benar album keempat Adele akan keluar pada tahun 2021, ini bermakna album tersebut mungkin sekali dinamakan ’30’ seiring dengan usia. Terdahulu, Adele telah menamakan albumnya 19, 21 dan 25 juga sebagai signifikan kepada usianya.
Kami jujurnya tidak sabar menantikan singleEasy On Me yang akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 15 Oktober 2021 hadapan.
*Fun Fact : Hello juga dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2015.*
Penyanyi berusia 33 tahun ini juga mungkin sekali akan mengumumkan albumnya pada 30 Oktober untuk menyamai tajuk albumnya, 30 (jika benar).
Era baharu bagi muzik Adele ini masih tidak lari daripada identitinya selama ini. It will be another classic Adele record. Dia masih kekal dengan genre soul dan pop; dan itulah sebab utama peminat Adele setia dengannya. Lihat saja kepada respon yang diterima Adele dalam tempoh sejam selepas membuat pengumuman malam tadi. Di Twitter dan Instagram saja, klip tersebut telah ditonton sebanyak 6 juta kali.
Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.
Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.
Berita baik untuk pecinta barangan kemas dan aksesori TOUS, iaitu satu jenama aksesori dari Sepanyol, terkemuka dalam sektor mewah mampu milik telah membuka butik flagship berkonsep baharu di Suria KLCC yang di rasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib.
Butik ini akan membolehkan pelanggan yang datang untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli. TOUS Suria KLCC ini juga merupakan butik tunggal flagship di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita yang dipamerkan di bahagian Heritage.
Seleksi Aksesori TOUS yang memukau hati
Selain barangan kemas, korang juga boleh melihat koleksi baharu barangan kemas, beg tangan, selendang, kaca mata gelap dan wangian di butik TOUS berdekatan. Selain KLCC, TOUS juga boleh didapati di Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.
So, rambang mata tak?sebenarnya banyak lagi koleksi lain yang cantik- cantik. Korang boleh la cuci mata di www.tous.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam hidup, kenalah ada balance di antara benda-benda yang berilmu dan bermanfaat dengan benda berusur hiburan. Kalau asyik mengelak dari hiburan, nanti dikatakan duduk di bawah tempurung. Kalau asyik berhibur je pun, sampai bila nak hidup macam tak ada misi?
So balance is very important.
Sebab itulah, kami sangat gembira bila melihat jumlah tontonan video berunsurkan Islamik yang dimuat naik oleh ZAYAN. Sesuailah dengan tagline mereka ‘Bukan Sekadar Radio’, ZAYAN cukup popular dengan penonton remaja di media sosial mereka walaupun jenama radio itu baru berusia setahun.
Antara tontonan tertinggi yang dicatatkan oleh mereka ialah video ‘Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme dari Zarina Zainuddin’ (2.3 juta tontonan), ‘Kisah Penghijrahan Damian Mikail’ (1.1 juta tontonan) dan ‘Kisah Inspirasi – Catriona Ross’ (1.1 juta tontonan).
Kira, kita ni sebenarnya care tentang agama juga okay!
Majlis Sambutan Ulangtahun ZAYAN #setahunZAYAN
Video-video mereka di YouTube ini tujuannya untuk memberi pengajaran mendalam terutamanya bagaimana seseorang menjadikan agama Islam sebagai panduan utama. Dan remaja Malaysia nampaknya menunjukkan minat mereka untuk mengetahui info dan perkongsian seperti itu.
Menurut pengurus kandungan ZAYAN iaitu Wan Syahrul Amry Wan Mansor, dia berkata, “Banyak pencapaian yang kami kecapi ini amat membanggakan. Namun, perjalanan ZAYAN baru je bermula dan masih banyak lagi kandungan yang kami nak tawarkan.
Penyampai ZAYAN, Mawi dan Anas pun hiburkan tetamu.ZAYAN bersama peminat ZAYAN serta rakan-rakan selebriti mendoakan kesyukuran anniversary kali ini.
“InsyaAllah, kandungan kami akan menjadi lebih interaktif, berinformasi dan releva sesuai dengan gaya hidup dan citarasa mereka, terutamanya remaja.”
Selain daripada media sosial ZAYAN dan laman web mereka, korang boleh mendengar ZAYAN FM di frekuensi di bawah.
Sekali lagi, Happy 1st Anniversary ZAYAN!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.