Siapa kata wanita berhijab tidak boleh aktif dalam bidang sukan? Walaupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak, namun aurat masih tetap perlu dijaga. Setuju?
Jika dulu, susah untuk kita lihat atlet wanita berhijab dalam anjuran sukan Antarabangsa. Namun, sekarang ni dah banyak atlet buktikan yang mereka juga boleh memberikan prestasi terbaik dalam bidang sukan walaupun berhijab.
Jom kenali atlet berhijab yang memberikan inspirasi buat masyarakat Islam di seluruh dunia.
1. Ibtihaj Muhammad, Atlet Lawan Pedang Amerika Syarikat
2. Kariman Abuljadayel, Atlet Pelari Pecut Arab Saudi
Ads
3. Kubra Dagli, Atlet Taekwando Turki
4. Maedah Borhani, Atlet Bola Tampar Iran
5. Zahra Lari, Atlet Ice Skating UAE
Ads
6. Amna Al Haddad, Atlet Angkat Berat UAE
7. Doaa Elghobashy, Atlet Bola Tampar Pantai Mesir
Bila bercakap mengenai pakaian, ramai perempuan yang pantas terarah kepada baju, seluar, skirt, kasut tinggi, hijab, beg tangan dan aksesori.
Ya, ramai yang akan melupakan tentang pakaian dalam. Walhal pakaian dalam adalah item yang korang pakai serta tukar pada setiap hari. Jika pakaian dalam tidak menyelesakan, penulis pasti korang akan merasa ‘rengsa’ sepanjang hari tersebut dan akhirnya mengalami aura negatif.
Jadi bagaimana seharusnya kita tentukan pakaian dalam jenis apakah yang paling menyelesakan. Well, lain orang lain citarasanya. Oleh sebab itu, jenama S by sloggi memperkenalkan koleksi ZERO Feel Signature untuk perempuan.
Ia mempunyai 3 jenis pakaian dalam berbeza untuk korang cuba. Walaupun kesemua rekaannya cantik, fabrik lace-nya selesa dan tidak meninggalkan kesan merah pada kulit, tetapi korang pasti mempunyai jenis baju dalam yang paling diminati.
Girls, cuba jawab kuiz di bawah dan lihat mana yang paling sesuai: Bra, Bralette atau Body?
Setuju tak?
Koleksi ZERO Feel Signature ini adalah bagi korang yang mementingkan keselesaan. Tak kiralah korang memilih bratop, body wear ataupun bralette, ketiga-tiganya memberi keselesaan kepada si pemakai.
Didatangkan dalam warna Dust, Smoky Pink dan Hitam, ia juga ‘ringan’ dan cantik dipakai. Untuk info lanjut mengenai koleksi Sloggi terbaru, follow mereka di akaun Facebook /sloggiMalaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It is official, ARMY adalah antara kelab peminat paling setia dalam dunia hiburan, seluruh dunia!
Sebentar tadi, kumpulan k-Pop popular iaitu BTS telah melancarkan comebacksingle mereka yang paling dinanti-nantikan iaitu Boy With Luv serentak dengan video muziknya.
Boy With Luv yang menampilkan penyanyi Halsey adalah lagu pop yang menceritakan mengenai rasa bahagia ketika bercinta, aww! Selepas korang mendengarnya, kami pasti korang akan menyukai lagu ini seperti lagu-lagu hit BTS sebelum ini.
Boy With Luv juga adalah single pertama daripada album BTS iaitu Map of the Soul: Persona yang dilaporkan telah ditempah awal sebanyak 3,000,000 keping di seluruh dunia. Itu adalah rekod paling gempak yang pernah dicipta oleh mana-mana kumpulan k-Pop.
*****
Tentulah, sambutan hangat yang diterima BTS ini semuanya disebabkan oleh sokongan peminat mereka yang tidak putus-putus. (ARMY, if you are reading this, korang memang daebak!)
Kesepuluh-puluh topik trending di Twitter semasa artikel ini ditulis telah dikuasai oleh BTS. Kesemuanya ya!
Jom lihat antara hashtag dan reaksi peminat terhadap mereka.
#PERSONAWelcomeParty
945,000 Tweet
#MAP_OF_THE_SOUL_PERSONA
1,430,000 Tweet
#BoyWithLuvOutNow
475,000 Tweet
#Dionysus
437,000 Tweet
#BTSCOMEBACK2019
226,000 Tweet
Jamais Vu
310,000 Tweet
#BTSxHalsey
130,000 Tweet
Kim Seokjin
38,200 Tweet
Park Jimin
15,100 Tweet
Map Of The Soul
1,710,000 Tweet
*****
Bukan itu saja, BTS juga telah mengumumkan di Twitter pada hari ini bahawa mereka merupakan penyanyi jemputan untuk rancangan Saturday Night Live (SNL) pada hujung minggu ini.
12 tahun lamanya. Itulah tempoh masa yang kita semua perlu tunggu untuk menyaksikan filem ‘Dukun’ ditayangkan di pawagam. Kalau dibandingkan dengan usia kanak-kanak, filem tersebut kini sudah bergelar sebagai murid darjah enam!
Filem arahan pengarah hebat yang terkenal dengan filem ‘Bunohan’ dan ‘Interchange’, Dain Said menganggap filem ini sebagai sebuah karyanya cukup istimewa. Ia merupakan filem pertama arahannya yang kemudian berdepan pelbagai spekulasi dan kontroversi menyebabkan ‘Dukun’ terpaksa diperam selama 12 tahun.
Namun pada sidang media selepas tayangan eksklusif ‘Dukun’ semalam, Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menjelaskan ‘Dukun’ sebenarnya tidak pernah diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Ia sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang berlegar bertahun-tahun lamanya kononnya filem ini diharamkan atas banyak faktor; antaranya kaitan dengan sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi dalam sejarah negara.
‘Dukun’ telah mendapat klasifikasi tayangan label P13 di mana hanya individu berusia 13 tahun ke bawah perlu mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menontonnya.
Barisan pelakon ‘Dukun’ dan orang kuat Astro Shaw di tayangan eksklusif semalam bertempat di TGV KLCC
Benarkan filem ‘Dukun’ hanyalah sebuah filem seram tempatan yang seperti biasa kita tonton?
Itulah sangkaan penulis ketika memasuki panggung semalam. Namun ternyata jangkaan itu meleset sama sekali. Ini merupakan sebuah karya yang mempunyai banyak elemen genre psychothriller yang kaya dengan unsur paranormal. Dan melihatkan sentuhan Dain Said, ‘Dukun’ juga sarat dengan symbolism yang memberi dimensi berbeza kepada karakternya.
Kisah ‘Dukun’ bermula dengan penangkapan seorang wanita bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida) yang dituduh membunuh seorang lelaki bernama Datuk Jefri. Selepas dia ditangkap kita diperkenalkan pula dengan Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang mempunyai juga konflik peribadi cukup menarik.
Selepas menolak ramai peguam lain, Diana Dahlan bersetuju menerima Karim sebagai peguam belanya. Little did we know, Diana sebenarnya menyimpan rahsia besar antara dirinya dan keluarga Karim. Dan Karim pula menerima kes itu sebagai antara jalan untuk dia mencari anak gadisnya, Nadia (Elyana) yang telah hilang sejak beberapa minggu.
Penangkapan dan kes Diana Dahlan menggemparkan seluruh negara
Sebagai seorang peguam kita ditonjolkan dengan karakter Karim yang percaya bahawa setiap orang sama ada bersalah atau tidak mempunyai hak untuk dibela. Dan dalam pada masa yang sama dia terpaksa bergelut untuk menrima tentang kebenaran yang haikat dan tersirat terbentang di depan matanya. People will do anything for the person they dearly love. Hatta terpaksa melawan prinsip kepercayaan dan logik akal dirinya sendiri.
Sisi seram filem ini muncul dalam banyak babak ketika Diana melakukan ritual ajaran ilmu hitamnya. Dan bagi penulis, sisi yang lebih menyeramkan ialah bagaimana karakter Diana yang dilakonkan dengan cukup cemerlang oleh Umie Aida tidak pernah berasa bersalah atas kematian mangsanya. Reasoning di sebalik keyakinannya itu diungkap dengan kata-kata penuh yakin dan angkuh sekaligus menunjukkan karakter dukun ini berada di luar batasan sifat norma manusia.
Saat ketika Karim bertemu Diana Dahlan di penjara tahanan
Kemantapan barisan pelakon lain seperti Namron (ASP Talib), Hasnul Rahmat (Danni) dan Sofi Jikan (Fadzli) turut menjadikan ‘Dukun’ sebagai salah sebuah filem thriller seram terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.
Penantian selama 12 tahun untuk menyaksikan ‘Dukun’ ternyata cukup berbaloi. Cuma mungkin di masa akan datang kita tidak lagi perlu menunggu tempoh panjang begini untuk menyaksikan sebuah karya yang baik di layar perak. Jika korang minat filem seram yang bukanlah hanya bersifat satu dimensi yang klise, pergilah menonton filem ini di pawagam.
‘Dukun’ telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari ini.
Rating: 8/10
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!