Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS baru-baru ini mencuri perhatian menerusi sisi manis dan beliau terhadap orang sekeliling apabila kisah terbaru mengenai dirinya tular dalam kalangan peminat serta staf produksi yang pernah bekerjasama dengannya.
Menerusi sebuah video temubual bersama WIRED, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (29) tampil mendedahkan bahawa beberapa pengalaman hidupnya termasuk latihan ketenteraan yang dilaluinya turut membantu membentuk kemahiran memasak yang dimilikinya hari ini, sekaligus menguatkan lagi reputasi beliau yang dikenali sebagai ‘golden maknae’ BTS yang serba boleh.
Dalam perkongsian tersebut, Jungkook turut menjelaskan bahawa beliau mempelajari asas memasak ketika berada dalam perkhidmatan tentera.
“Saya belajar kemahiran menggunakan pisau semasa dalam tentera,” katanya sambil menjelaskan bahawa dirinya kini selesa memasak sendiri dengan bantuan video pembelajaran dalam talian.
Di samping itu, anggota lain, Jimin pula mendedahkan bahawa Jungkook pernah mengalami kecederaan kecil pada tangan ketika memasak sepanjang tempoh perkhidmatannya, sekaligus memperlihatkan betapa serius dan komited dalam aktiviti tersebut.
Dalam perkembangan lain, Suga berkongsi bahawa Jungkook pernah menyediakan sendiri 200 biskut jenis ‘Dubai chewy cookies’ untuk staf di sebuah lokasi penggambaran, manakala Jin turut mendedahkan kejadian hampir sama apabila Jungkook membawa jumlah biskut yang sama pada kesempatan berbeza.
Menariknya, beberapa ahli kumpulan BTS memaklumkan mereka belum sempat merasai biskut tersebut, Jungkook dilihat memberikan respons cukup mesra dan santai. “Saya akan buat lagi malam ini,” katanya ringkas sekaligus meraih perhatian kerana sikapnya yang tidak kedekut berkongsi hasil masakannya.
Ads
Selain itu, beberapa ahli BTS turut memuji kemahiran memasak Jungkook yang semakin baik, sehingga J-Hope menyatakan bahawa beliau mampu menyediakan pelbagai hidangan seperti pasta dan pizza. Manakala V pula mendedahkan Jungkook sering memasak sendiri di rumah apabila mempunyai masa lapang.
Perbualan tersebut turut menyentuh mengenai gelaran popular ‘golden maknae’ yang sering dikaitkan dengan Jungkook, dengan RM menjelaskan bahawa ia merujuk kepada kebolehannya yang menyeluruh sejak awal kemunculan BTS, sekaligus mengukuhkan lagi imejnya sebagai ahli termuda yang berbakat besar dalam kumpulan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Bila nama manusia, pasti akan diuji. Setiap manusia sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini dengan berbagai-bagai ujian. Tambahan lagi di alam rumah tangga.
Jika sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kemelut melanda rumah tangga antara pelakon sensasi Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi santapan netizen.
Nampaknya ada hikmah atas apa yang berlaku. Terbaru, rezeki mencurah buat Nurul Shuhada apabila dia ditawarkan menjadi model untuk sebuah jenama fesyen muslimah terkenal.
Menerusi laman Instagram, seorang jurumekap dikenali sebagai Leeya berkongsi satu video menata rias wajah wanita berusia 29 tahun itu ketika menjayakan ‘photoshoot’ atau penggambaran bagi koleksi pakaian jenama tersebut.
“Shuhada Shukri for Bella Ammara. Please remember you are beautiful and powerful, Leeya sentiasa doakan Shu. Shu baru bukak benang jahit semalam so area situ tak boleh letak any product,” tulisnya.
Difahamkan, dua anak Shuhada iaitu Humairah dan Umar turut terlibat sama dengan menggayakan pakaian jenama berkenaan dipercayai bagi koleksi raya yang bakal diraikan dalam tempoh dua bulan lagi.
Dugaan dan ujian itulah yang membuatkan kita lebih memahami erti kehidupan. Dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai latihan dalam kehidupan. Moga Shu lebih positif, sabar, lebih cekal dan berani.
Tapi cantikkan bila Shu ni disolek sebegini…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi banjir kilat seteruk yang berlaku di Puchong, Klang, Bandar Sunway dan beberapa lagi kawasan Lembah Klang pada minggu ini membuatkan ramai takut untuk meredah jalan sewaktu hujan lebat.
Tapi kalau pemandu yang sudah terperangkap di dalam banjir sewaktu masa puncak di jalan raya, apa yang patut kita buat?
Jom tengok 5 fakta yang wajib diingati.
01
Jangan panik.
Seeloknya, cari jalan alternatif dan jangan redah banjir. Kalau air masih tidak naik dengan deras, pandu kereta perlahan-lahan pada gear rendah (sekitar 20km/h) dan jangan lepaskan minyak. Kekalkan je momentum.
02
Katakanlah terperangkap di dalam jalan sesak, Nauzubillah…
Sebelum air naik lebih tinggi matikan enjin terlebih dahulu. Sumbatkan lubang ekzos kereta dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya, plastik.
03
Cabut terminal bateri kereta jika air deras naik. Korang tak tahu berapa lama kereta akan berada di situ. Jadi lebih baik selamatkan nyawa kereta.
04
Selamatkan semua barang berharga dan tinggalkan kereta. Bukan setakat air yang naik dan memasuki kereta tau, lumpur dan entah apa benda lagilah yang akan turut mengotorkan kereta korang.
05
Jangan sesekali menghidupkan enjin jika kereta korang ditenggelami banjir besar. Lebih baik hubungi mereka yang profesional seperti trak tunda untuk handle kereta tersebut selepas air surut.
Tanyakan bengkel mana yang boleh dipercayai. Kadangkala, mangsa banjir ni dah tak fikir panjang. Pakai hantar saja kereta ke bengkel terdekat asalkan kereta cepat siap.
Bila dah kena bayar mahal, baru tersedar. Perlu diingat, kos membaiki boleh menjadi tinggi jika komponen enjin rosak teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan filem seram It: Chapter two yang khabarnya bakal ditayangkan pada awal September nanti. Selepas menonton filem ini, ramai pula yang fobia melihat clown.
Betul tak?
It: Chapter Two mengisahkan tentang dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali.
It kini kembali..
Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.
Filem yang diarahkan oleh Andy Muschietti ini katanya berdurasi 165 minit, bersamaan hampir 3 jam. Ianya lebih 30 minit berbanding filem pertama sebelum ini. Wow, saing-saing filem Avengers: End Game ni.
Menjadi cabaran buat pengarah filem apabila penonton memberi expectation yang tinggi untuk kesinambungan ini. Malah, beliau juga harus membuatkan penonton bertahan selama 2 jam 45 minit dalam panggung wayang untuk menyaksikan kesudahannya.
Okay, kalau macam ni punya lama, korang kena la pergi toilet siap-siap sebelum masuk panggung. Hiks!
Makin tak sabar pula kami nak saksikan filem It: Chapter Two ini nanti. Stay tuned guys!