Jalur lebar. Foto Via Pexels

Internet kini bukan lagi dianggap sebagai satu bentuk medium untuk hiburan atau meluangkan masa. Internet kini sudah menjadi satu bentuk KEPERLUAN yang sangat penting apatah lagi untuk generasi muda seperti korang.

ARTIKEL BERKAITAN : Line Internet Tiba-Tiba Slow, Ini Cara Mudah Mengesan ‘Pencuri’ WiFi Rumah Korang

Malah di antara golongan terbesar menggunakan data Internet terbesar dalam masyarakat ialah golongan remaja dan muda. Dan menyahut seruan dan janji kerajaan kepada rakyat, Kementerian Komunikasi dan Digital kini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasmi dengan menyasarkan untuk golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas pada harga lebih rendah.

Jimat 22%, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 30Mbps Berharga RM69 Sebulan
Menteri Komunikasi dan Digital ,Fahmi Fadzil

Menerusi pakej yang bakal ditawarkan penyedia perkhidmatan mulai Mac 2023 kelak, pengguna akan ditawarkan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan.

 

IKLAN

Setiap pakej turut hadir dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini ditawarkan oleh TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TIME, YTL dan Astro. Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun.

IKLAN

Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu menawarkan meringankan beban rakyat disamping memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh pada harga lebih rendah. Sama-sama kita nantikan penawaran pelan perpaduan ini yang bakal tiba pada bulan Mac kelak.

REMAJA menyambut baik penurunan harga ini memandangkan ia akan menjadi lebih murah dan lebih ramai golongan berpendapatan rendah mampu menikmati Internet.

IKLAN

Semoga penurunan harga ini juga dapat terus menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan maklumat di kalangan rakyat Malaysia.

BACA LAGI : Lelaki Ini Ajar Guna Modem Wifi Modified Unlimited, Lebih Murah & Jimat Wang

SUMBER : Twitter @fahmi_fadzil, Astro Awani


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI