Tentu ramai tertanya-tanya apa kesudahan kes Wong Yan Ke selepas graduan kejuruteraan dari Universiti Malaya ini menimbulkan kontroversi semasa istiadat konvokesyennya. Dalam kejadian beberapa hari lalu, Wong Yan Ke yang mendakwa Naib Canselor UM bersifat rasis ketika ucapan Kongres Maruah Melayu melakukan protes dengan mengangkat placard di atas pentas konvo menyuruh VC meletakkan jawatan.
Ramai menyifatkan tindakannya kurang bijak. Malah Perdana Menteri, Tun Mahathir juga dalam komennya berkaitan isu ini berkata, demonstrasi boleh dilakukan tapi bukan atas pentas konvo. Dalam laporan Astro Awani dua hari lalu, Tun Mahathir yang ditanya wartawan menjawap isu ini. Kerajaan katanya tidak akan mencampuri sebarang keputusan yang dibuat pihak pengurusan universiti.
Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, graduan perlu mematuhi prosedur, protokol dan undang-undang yang telah ditetapkan pihak universiti.Jika graduan bertindak sebaliknya, katanya, ia boleh mencetuskan kekecohan dan insiden di luar jangkaan.
“Apa akan berlaku jika keseluruhan majlis konvokesyen dipenuhi kumpulan ini dan tunjuk perasaan (daripada kumpulan terbabit)? Soal Tun Mahathir lagi.
Memilih untuk melakukan protes memang dilihat tindakan biadap namun menahan ijazah graduan seperti yang didakwa oleh Wong Yan Ke bahawa dia masih belum menerima ijazahnya walau sudah memulangkan jubah turut mendapat perhatian dari Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq.
Ads
Dalam kata-katanya, Syed Saddiq berkata, kritikan boleh dilakukan terhadap sikap graduan berkenaan tapi tidak boleh menahan ijazah atau menariknya balik. Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah pelajar itu. Kita boleh kritik & kecam tindakan beliau tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun,” dalam ciapan terbaharu menerusi akaun Twitternya di sini, malam tadi.
Dalam pada itu kritikan agar ijazahnya ditarik semula sudah ditandatangan oleh 90,000 orang yang menggesa UM menarik ijazah Wong Yan Ke.
Namun REMAJA ingin menarik perhatian anak muda yang mungkin meluahkan rasa marah, adakah boleh IJAZAH DIBERI DITARIK SEMULA KERANA BIADAP ATAS PENTAS KONVO?
Seorang peguam terkenal, Asiah Abd Jalil dalam perkongsian di fbnya pagi ini berkata, jika penarikan ijazah ini benar-benar terjadi, kesnya boleh dibawa Mahkamah Tinggi untuk Semakan Kehakiman kerana SENAT telah membuat keputusan Wong Yan Ke adalah layak menerimanya sebelum ini. Namun dia hanya bertindak biadap pada hari konvonya saja.
Ads
Baca perkongsiannya.
Sebagai pengamal undang-undang, saya tidak bersetuju dengan pendapat profesor ini. Katanya, Senat universiti mempunyai kuasa MUTLAK untuk menganugerahkan ijazah atau tidak. Senat juga boleh menarik balik penganugerahan ijazah.
1) The fact that Wong Yan Ke telah tersenarai sebagai penerima ijazah dalam konvokesyen, dibenarkan naik ke pentas dan telah menerima skrol semasa istiadat tersebut, itu menunjukkan bahawa keputusan Senat telah dibuat.
2) Ia juga bermakna Wong Yan Ke telah memenuhi semua kehendak akademik dan mematuhi semua peraturan universiti, sebelum dia layak menghadiri majlis konvokesyen.
3) Sebarang kesalahan yang dilakukan pada hari ini tidak boleh dihukum secara retrospektif (ke belakang). Jika telah diputuskan Wong Yan Ke berhak menerima ijazah, kesalahan yang dilakukan semasa istiadat tersebut tidak boleh menjadi asas untuk membatalkan keputusan terdahulu.
4) Tiada satu badan pun mempunyai kuasa mutlak yang melampaui kuasa mahkamah. Dan apa-apa keputusan yang bercanggah dengan hak warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibatalkan. Oleh itu keputusan Senat untuk menarik balik ijazah Wong Yan Ke (jika dibuat) boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk Semakan Kehakiman.
5) Analoginya, bayangkan jika sijil SPM anda dibatalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebab anda maki Maszlee Malik. Logik tak?
Sumber : FB Asiah Abd Jalil
Jadi korang fikirlah sendiri ya. Adab memang sesuatu yang diajar ketika kita di rumah kecil-kecil lagi dan adab juga diajar di sekolah. Hanya perlu diamalkan saja. Kata orang biar kurang makan tapi jangan kurang ajar. Tapi adab dan menarik semula ijazah adalah dua perkara berbeza!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Dr Soo Wincci sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila dia berjaya menamatkan pengajiaan untuk Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.
Dalam pada itu, dia yang juga merupakan bekas Miss World Malaysia turut berkongsi perjalanan 15 tahunnya untuk mencapai apa yang dikecapinya kini.
“15 tahun perjalanan, tapi ni hanya satu permulaan. Wincci tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib yang baik jadi perlulah sentiasa belajar,” tulisnya.
Antara pencapaian lain beliau adalah Ijazah Undang-Undang Dari University of Reading, United Kingdom, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Open Universiti Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang muzik di Berklee Valencia, Sepanyol.
Selain itu, dia juga turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Books Of Record (MBR) iaitu Most Number of Academic Degree Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis.
Korang mesti pernah dengar mereka yang tergilakan produk keluaran dUCK bercakap sedemikian.
Hakikatnya, itulah kekuatan jenama yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini iaitu kuasa viraliti di media sosial.
Jika dahulu sewaktu koleksi tudung edisi terhadnya dikeluarkan, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh sold out sedangkan paras harga berada pada linkungan premium. Sesetengah kata over-premium lagi.
Apabila dUCK mengeluarkan koleksi kosmetik pula, ia dilihat lebih mampu milik di kalangan netizen.
Terbaru melalui paparan Instagram, dUCK Cosmetics bakal mengeluarkan eyelash curler atau pelentik bulu mata mereka esok! Dengan tagline ‘Curl It Good’, pihak dUCK menjanjikan pelentik ini memudahkan rutin pagi penggunanya kerana ia mudah memberi impak lentik.
Diperbuat daripada stainless steel, ia juga mempunyai padding ungu iaitu warna asas dUCK, charm berbentuk itik dan juga perkataan dUCK yang diukir padanya.
Tiga tarikan utama pelentik bulu mata dUCK Cosmetics, iaitu charm itik, engraved logo dan material stainless steel.
Ada pengguna yang menyatakan alangkah lebih baik jika imej itik itu diukir juga. Tapi berapa lah pula harganya weh kalau dah banyak sangat elemen customized. Nanti korang bebel mahal sangat pula.
Penulis juga gemar dengan rekaan kotaknya. Walaupun kecil, corak luarannya sangat catchy (bukan nak bodek tau tapi memang betul!). Malah, magnet yang ada pada penutup membuatkannya terasa lebih eksklusif.
Rekaan kotak mereka selalu tak mengecewakan! Love you too, D.
Jadi persoalannya, adakah ia akan sold out di platform online?
Hhm, mungkin sekali selepas ia dilancarkan esok. Namun, korang tak perlu risau kerana dUCK kan masih ada stor fizikalnya. Boleh cuba tengok di sana jika masih ada stok.
Anyway, kami tak sabar nak dapatkannya! Melentiklah bulu mata kami lepas ni.
Take our money already!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ia jauh lebih mudah kerana korang tidak lagi perlu membuat ujian swab di klinik atau hospital untuk mengesan virus COVID-19.
Individu hanya perlu mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang telah dinyatakan dalam arahan kit tersebut.
Menurut Public Health Malaysia, saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Namun, ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.
Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti:
• Air liur bercampur dengan bahan asing lain
• Air liur terlalu sedikit (dibawah 1.0 ml)
• Perubahan warna akibat sisa minuman/makanan (sepatutnya jernih)
• Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
• Berbuih-buih, sisa ubat gigi
Jadi, penting untuk korang memastikan untuk tidak melakukan perkara-perkara dibawah, satu jam sebelum melakukan ujian saringan air liur.
• Jangan makan dan minum
• Jangan merokok dan vape
• Jangan kunyah gula-gula getah
• Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut/air garam
• Kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman (kopi)
Take note ya guys! Nanti result korang tak valid pula.