Yeke orang kata mewarnai rambut mampu mengubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Kalau korang terfikir ingin ubah gaya dan penampilan dan terfikir untuk mewarnakan rambut dengan warna-warna pastel, ambil inspirasi dari Kylie Jenner.
Tak takut ke bila orang sekeliling nampak korang tua daripada usia sebenar?
Malah, mereka yang berusia pun tetap nak ‘maintain’ untuk nampak muda. Banyak duit dilabur semata-mata untuk mendapatkan status ‘awet muda’ pada wajah.
Tapi dalam sedar tak sedar, ada banyak perkara yang biasanya korang buat sebenarnya membuatkan diri nampak jauh lebih tua.
Tertanya-tanya apakah 10 perkara yang buat korang nampak lebih cepat tua dari usia?
Jom kita lihat..
1. Tidur dengan make up
Memanglah orang puji bila pakai mekap nampak cantik, tapi takkan tidur pun nak pakai make up kan? Kesannya boleh buat kulit jadi kusam dan kering dan seterusnya membuatkan wajah kelihatan tua daripada usia sebenar.
2. Tak makan sayur dan ulam-ulaman
Kalau nak wajah cantik dan awet muda, tentu sayur hijau dan ulam-ulaman tak dapat dielakkan.
3. Kurang minum air putih dan bersenam
Minum lapan gelas sehari untuk miliki kulit yang muda dan sihat. Sambil itu, lakukan senaman ringan terutamanya senaman leher.
4. Sembur banyak minyak wangi di leher
Alkohol dalam minyak wangi boleh mengeringkan kulit. Tambah pula korang mempunyai kulit yang sensitif. Lepas ni cukuplah dengan hanya menyembur di pergelangan tangan.
5. Ikat ‘tocang’ terlalu ketat
Bila terlalu kerap ikat rambut boleh menjadikan rambut tidak sihat dan menjadi punca rambut gugur dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.
6. Berat badan yo-yo
Berat badan tak tetap atau berlebihan membuatkan leher korang menggeleber. Maintain kurus kerana orang yang kurus kebiasaannya akan nampak lebih muda daripada usia.
7. Kerap sangat cuci muka
Cuci muka dengan sangat kerap boleh membuatkan kulit jadi mengelupas dan merengsa, sekali gus kulit jadi berminyak dan pertumbuhan jerawat lebih kerap.
8. Makan tak pantang
Bila main belasah makanan berminyak atau berkafein, kesannya akan kelihatan pada kulit wajah seperti jerawat dan lain-lain.
9. Aksesori sarat di leher
Kepada mereka yang suka pakai rantai leher, lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit leher merenggang dan bergaris. Ubahlah pada pemakaian gelang dan cincin.
10. Suka mengumpat, gosip, buka aib orang dan marah
Selain perkara lain, sikap negatif ini menyebabkan seri pada wajah hilang kerana faktor rohani. Jadi, elakkan dan hidup secara positif.
Ada petua lain lagi yang korang nak share?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita mungkin pernah berhadapan rakan serumah yang tidur berdengkur. Bunyinya terlalu kuat sehingga ada ketika menggangu kualiti tidur kita pula yang rasa rimas mendengarnya.
Mungkin para isteri juga terpaksa menahan “tension” bila pasangannya tidur berdengkur dan bunyinya terlalu kuat. Sebelum korang beranggapan dengkur itu hal biasa, sila ambil perhatian serius mengenai masalah dengkur ini.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih yang juga pakar ENT, ada lima sebab utama kepada masalah dengkur.
Baca tulisannya:
“Suami saya tidur doktor, berdengkur satu rumah boleh dengar. Apa masalahnya, doc?”
Kenapa kita tidur berdengkur?
Cuba lihat perkara ini
Terlalu penat letih
Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini
Berat badan berlebihan
Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!
Masalah hidung
Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.
Masalah tekak
Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.
Lain-lain
Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.
Periksa doktor jika anda ada masalah ini. Sila kongsi maklumat ini jika anda rasa ia bermanfaat.
Saban tahun musim KL Fashion Week (KLFW) menjengah, salah satu tumpuan acara tentunya adalah untuk mengetahui jenama baru manakah yang akan melakukan kemunculan debut mereka di pentas fesyen berprestij tempatan itu.
Buat edisi ke-12 pada tahun ini, slot tersebut diberikan kepada jenama fesyen streetwear yang berasal dari Melaka iaitu AkuDesign.
Tampil dengan koleksi Behind The Block, AkuDesign yang diasaskan oleh Amirel Amen Anuar (atau mesra dengan panggilan Kasu) bersama abangnya, Afiq Afify Anuar telah mengambil peluang untuk mempertontonkan identiti serta kreativiti jenama mereka itu dengan penuh bergaya.
(Dari Kiri): Amirel Amen Anuar aka Kasu bersama abangnya, Afiq Afify Anuar.
Sebilangan besar helaian-helaian dalam koleksi khas Ogos/September ini terdiri daripada helaian asas yang boleh korang stailkan dengan koleksi sedia ada yang sudahpun korang miliki.
Apa yang menjadi titik istimewa Behind The Block pada pandangan penulis adalah the styling magic yang mencerminkan budaya jalanan, pendakian serta perkhemahan yang semakin diminati oleh kelompok remaja Malaysia.
BEHIND THE MALACCAN BLOCK
Di sebalik kejayaan untuk berada di pentas KLFW 2024, AkuDesign sebenarnya telahpun menantikan momen tersebut selama 15 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2009 ketika Kasu & Afiq masih bergelar mahasiswa; masing-masing mengambil jurusan Juru Ukur Bahan (Quantity Surveyor) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan jurusan Seni Bina & Rekaan Alam Sekitar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
“Sewaktu AkuDesign ditubuhkan, saya baru tamatkan SPM dan kami amat meminati sukan papan luncur dan budaya grafiti. Berlainan dengan zaman sekarang, pada tahun 2009 itu, sumber inspirasi kami hadir daripada majalah-majalah skate terbitan tempatan seperti Revolution.
“Selepas berpindah ke Melaka dari Kuching, Sarawak; saya dan Afiq terfikir untuk menubuhkan satu jenama streetwear untuk suka-suka dan memenuhi minat. Impian kami pada masa itu hanyalah untuk melihat ada orang memakai jenama kami di khalayak ramai.
“Kami pun tidak sedar apabila AkuDesign sudah memasuki ‘hari jadi’ pertamanya. Kemudian memasuki tahun kedua, macam dah dua tahun? Eh, dah lima tahun?
“Sehinggalah AkuDesign sudah berusia 15 tahun pada 2024, kami kekal sahaja dengan cara follow the flow. Perancangan berterusan itu tentulah ada here and there, namun kami selesa cuma menikmati perjalanan ini tanpa terlalu meletakkan tekanan serta harapan menggunung,” katanya ketika ditemui REMAJA di stor flagship AkuDesign yang terletak di Banda Hilir, Melaka.
Kongsi Kasu lagi, nama AkuDesign dipilih sewaktu zaman kegemilangan muzik indie dan budaya indie di Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sememangnya menjadi satu kebanggaan kelompok tersebut dan mereka putuskan untuk memilih satu nama yang mewakili siapa diri mereka yang sebenar.
Maka, terhasillah AkuDesign. Bila melihat pelanggan mereka memakai helaian baju AkuDesign di luar, sekurangnya mereka boleh berkata, ‘Oh baju itu aku yang design‘.
“Tamat pengajian di UTM Skudai, saya mempunyai dua pilihan sama ada untuk membuka stor fizikal AkuDesign di Kilang Bateri, Johor Bahru atau di Melaka.
“Sebab utama kami memlih Melaka adalah kerana tarikannya sebagai pusat pelancongan and we will have people to come and go. Selain pelanggan lokal yang setia, ramai pelanggan kami juga berasal dari luar negara seperti Jepun dan China, so the plan worked.
“Sudah tentu, kami memang ada perancangan untuk membuka sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Doa-doakan ia menjadi realiti,” katanya.
NASIHAT BUAT ANAK MUDA YANG TERINSPIRASI DENGAN AKUDESIGN
“Bagi saya, jika ada yang ingin menceburi bidang perniagaan seperti fesyen dan sebagainya, pertama sekali korang kena tanya pada diri sendiri, ‘Aku nak jadi apa sebenarnya?’.
“Kalau korang seperti saya yang bertukar haluan dari Quantity Surveyor kepada Fashion Business, tepuk dada dan tanyalah minat sendiri.
“Yang penting, jangan takut buat silap. Langgar sahaja, korang masih muda dan boleh belajar dari kesilapan. Yang penting, tidak menyesal di kemudian hari.”
KLIK pautan di bawah untuk menonton temubual penuh REMAJA bersama AkuDesign featuring Kasu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah seorang pemuda dikenali sebagai Haziq kembali mendapat perhatian ramai selepas kisah hidupnya dikongsikan menerusi platform ERA Je di media sosial.
Pernah melalui pengalaman pahit...