Rogol adalah satu perbuatan paksaan tanpa kerelaan dari mangsa. Jenayah kekerasan ini bukan saja mendatangkan trauma berpanjangan tetapi memori ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat mangsa.
Jenayah rogol tidak hanya terjadi kepada kanak-kanak, remaja mahupun wanita dewasa. Ada juga kes yang mendapat perhatian masyarakat kerana mangsanya terdiri dari warga emas yang sudah hilang kudrat untuk melawan.
Sebahagian kes rogol, pelakunya langsung tidak dikenali mangsa. Ianya terjadi secara rambang. Tapi ada juga kes hubungan suka sama suka namun disebabkan mangsa bawah umur, pelakunya tetap didakwa.
Berkongsi tentang jenayah rogol, apa yang didedahkan oleh dua pegawai polis wanita ini iaitu Inspektor Nurul Akma binti Khalid, 32 tahun dan ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) pasti mengejutkan semua orang.
Perlakuan suami isteri yang disangka halal sehingga lahir zuriat keturunan rupanya boleh disabitkan sebagai jenayah seksual jika hubungan kelamin dilakukan secara paksa tanpa ada kerelaan dari isteri.
Hubungan suami isteri boleh bertukar menjadi detik ngeri jika wujud unsur paksaan
Terkejutkan dengan kenyataan inikan! Suami mungkin menyangka, mereka boleh mendatangi “ladang untuk bercucuk tanam” tanpa ada batasan masa dan waktu tetapi ia boleh bertukar kepada perlakuan jenayah tanpa diduga.
Menyebut jenis-jenis keganasan yang biasa terjadi pada wanita, perkongsian awal dari Inspektor Nurul Akma ini sudah pasti cukup mengejutkan.
Katanya, sepanjang bertugas di Unit D 11 iaitu Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak sejak 5 tahun lalu, dia banyak menerima aduan suami memaksa isteri melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.
Apabila aduan dibuat, kes akan disiasat di di bawah Seskyen 375 A Kanun Keseksaan. Jika siasatan mendapati wujudnya paksaan dalam hubungan kelamin ini, suami boleh didakwa atas jenayah rogol terhadap isteri. Hukuman penjaranya 5 tahun. Ini berbeza kalau kalau seseorang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Jika ada paksaan, ia satu perlakuan jenayah biar pasangan suami isteri – Inspektor Nurul Akma
Kongsi Inspektor Nurul Akma lagi, dia pernah berhadapan satu siasatan membabitkan pasangan yang dalam proses hendak bercerai.
Ads
Suatu malam, suaminya datang ke rumah dan mengajak isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin. Ia juga salah satu cara suami ini untuk memujuk isterinya menerimanya semula kerana dia enggan menceraikan isterinya.
Disebabkan keengganan isteri menerima pelawaan mengadakan hubungan seksual secara sukarela, suaminya telah menampar, mencengkam kedua belah tangannya dengan ganas dan seterusnya melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.
Adakala wujud konflik antara suami isteri hingga timbul perlakuan ganas – pix sumber internet
Keesokkan harinya isteri ada membuat aduan di balai polis. Siasatan mendapati tubuhnya ada kesan lebam akibat ditampar. Pemeriksaan doktor juga mendapati berlaku kemasukan benda tumpul ke kemaluannya.
Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun.
Jelas Inspektor Akma lagi, sebarang bentuk paksaan boleh dikira sebagai jenayah rogol biarpun pelakunya adalah suami isteri yang sah hukum pernikahannya.
“Ya dalam hukum Islam mengatakan hubungan suami isteri itu halal tetapi dalam undang-undang, sebarang bentuk paksaan adalah perlakuan jenayah,” katanya yang mahu semua lelaki memandang serius isu ini.
Mungkin kedengaran lucu tetapi tidak ramai yang tahu, melakukan hubungan kelamin dengan paksaan adalah satu jenayah di negara ini.
Mulai Julai tahun ini, kerajaan sudah mewartakan, sebarang jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, bentuk hukumannya menjadi lebih lama berbanding sebelum akta ini dikuatkuasakan.
Mengulas penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Putrajaya, jelas ASP Radhiah, di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 yang diwartakan 7 Julai 2017 yang lalu, mahkamah ini ditubuhkan khas bagi mendengar perlakuan jenayah bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
jangan takut membuat aduan dan segera bertindak – ASP Radhiah
Sebagai contoh, kalau sebelum akta ini diwartakan, hukuman bagi kesalahan mencabul kanak-kanak, seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, pelakunya boleh dihukum penjara 10 tahun. Tetapi selepas diwartakan, hukuman boleh meningkat sehingga 20 tahun penjara,” katanya yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Dalam pada itu, kedua-dua pegawai polis wanita ini turut menasihati para wanita mahupun remaja untuk terus segera bertindak seandainya menyedari diri mereka diperlakukan tanpa kerelaan.
“Jangan tunggu lama atau memilih untuk berdiam diri kerana ada hak dari segi peruntukan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak dan wanita. Jangan malu kerana semakin lama dipendam, pelakunya mungkin menjadi lebih aagresif.
“Kalau bukan kepada kita, dia mungkin melakukan jenayah yang sama kepada orang lain pula. Jadi hal ini akan berterusan dan tiada kesudahan,” kata keduanya.
Menasihati remaja di luar sana untuk segera bertindak jika menyedari wujud perlakuan jenayah, kata ASP Radhiah, mereka boleh segera ke balai polis kerana setiap aduan akan diterima.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakyat Malaysia kini bolehlah menarik sedikit nafas lega setelah kita diberikan kelonggaran minor untuk menjalani kehidupan separa normal berbanding semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan 1 Jun lalu.
Kedai makan telah mula dibuka, aktiviti ‘dine-in’ juga dibenarkan di sesetengah kawasan.
Tinjauan REMAJA mendapati semakin banyak pusat membeli-belah yang telah dibuka di Lembah Klang bagi memudahkan peniaga menjalankan perniagaan masing-masing. Ini berikutan kenaikan peratusan individu yang telah memperolehi dua dos suntikan vaksin.
Namun dalam diam, sebenarnya masih ada satu cabang industri yang belum dibenarkan beroperasi seperti biasa iaitu industri pawagam Malaysia.
Saban minggu, ada saja filem baharu yang ditayangkan di segenap pelusuk dunia namun di Malaysia, peminat kempunan untuk menontonnya di layar agam. Bagi filem syarikat produksi yang mempunyai platform penstriman seperti Disney sebagai contoh, tiada masalahlah untuk kita menontonnya di rumah walaupun kepuasannya tidak sama.
Namun bagi filem terbitan syarikat yang kecil lebih-lebih lagi filem keluaran syarikat penerbitan tempatan, mereka terus mengeluh memikirkan filem mereka tidak mendapat tontonan menyeluruh di Malaysia.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan balas kepada syarikat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah memberikan komen mengenai dilema ini.
Terdahulu pada 1 September 2021, beliau telah membuka kotak cadangan untuk membantu kementeriannya menyelesaikan masalah berkaitan. GSC kemudiannya cuba mendapatkan sokongan kementerian untuk membuka semula pawagam selari dengan peringkatan jumlah individu yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin.
Lalu kata Annuar Musa, “Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi.”
Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. InsyaAllah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi. https://t.co/aytp8XQEyO
Dengan ciapan tersebut, ia seakan memberi peminat filem secebis harapan untuk menonton beberapa filem berbajet besar di pawagam. Ini termasuklah filem Shang-Chi & the Legend of the Ten Rings (September), No Time To Die (September), Venom : Let There Be Carnage (Oktober), Dune (Oktober), House of Gucci (November), The Matrix 4 (Disember) dan Spider-Man : No Way Home (Disember).
Filem mana yang paling korang nanti-nantikan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan perlakuan amang seksual terhadap dua remaja lelaki telahpun kekal menjadi topik trending pertama di media sosial.
Warganet punya pelbagai andaian, skop, ulasan dan macam-macam lagi mengenai skandal tersebut memandangkan ia melibatkan seorang lagi pendakwah selebriti di Malaysia.
Mengikut pertuduhan, beliau yang beruia 41 tahun telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk meransang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah dekat Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 6 pagi.
Beliau turut dituduh melakukan perbuatan sama kepada seorang lagi mangsa berusia 16 tahun 10 bulan juga di lokasi sama pada tarikh dan masa yang sama. Satu lagi pertuduhan merujuk kepada perbuatan sama pada 5 Februari 2022 kira-kira antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam di dalam sebuah bilik di rumah sama.
Azman Syah Alias aka PU Azman.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin setelah kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Tidak lama kemudian, nama rapper dan usahawan sensasi Caprice pula hangat dikaitkan dengan skandal ini di media sosial. Aik.. apa kena-mengena Caprice dengannya?
Ariz Ramli aka Caprice.
Rupa-rupanya, Caprice tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan perbuatan sumbang yang didakwa berkaitan dengan PU Azman di media sosial!
Menerusi beberapa hantaran Instagram Story, rapper tersebut berkongsi beberapa bahan bukti daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa amang seksual PU Azman. Mangsa yang juga merupakan seorang pelajar lelaki Tingkata 5 dan dikenali dengan panggilan Kim dipercayai mengadu kepada Caprice dan menunjukkan teks perbualannya dengan tertuduh.
PU Azman dilihat cuba mengajak mangsa untuk menyertai sesi panggilan video (video call). “I tak pernah langsung VC dengan dia sebab cara dia chat.. I dah rasa tak selesa. Macam ada unsur-unsur benda yang buruk lah. So I cuba elak daripada benda itu. Then dia ada mesej lagi, ‘Kim, boleh tak nak VC tapi kita berdua je. Tak nak orang dengar. Dari situ, saya rasa tak selesa lah.
“Saya tak report (kepada) sesiapa sebab takut ada apa-apa jadi. Bila dah jadi kes macam ini, I need to voice out lah sebab benda ini pun dah pernah kena dengan saya,” kata remaja tersebut kepada Caprice dalam bentuk hantaran suara (voice mail).
Ulas Caprice pula menerusi hantaran Instagram Story itu, “Sebab nak elak orang kata deep-fake lah.. edited lah.. Cap akan bantu mangsa-mangsa yang ada bukti sahaja. Screenshots is not strong enough sebab orang boleh claim photoshop.Videos don’t lie.. see YOU when I see you.”
Skandal ini telahpun diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu dan ramai yang sudah dapat menghidu ia membabitkan PU Azman.
Terdahulu, nama Caprice pernah terkait dengan satu lagi kes pertuduhan membabitkan seorang pendakwah selebriti dan ia masih berlangsung di mahkamah sehingga saat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat di sekitar Lembah Klang kini sedang giat turun padang membantu mangsa banjir dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian, selimut dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan mangsa buat masa ini.
Namun begitu, khabarnya masih ramai lagi tenaga kerja yang diperlukan kerana tidak mencukupi untuk membantu mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jika korang berniat dan berminat untuk menjadi sukarelawan bagi misi bantuan #DaruratBanjir, berikut kami senaraikan antara NGO yang memerlukan tenaga kerja.
Untuk kakitangan atau pelajar UiTM yang ingin menjadi sukarelawan di sekitar Lembah Klang
Hubungi: 019-381 3863
Sesiapa yang berminat boleh hubungi mereka dan uar-uar kan kepada orang ramai ya. Semoga dipermudahkan urusan mereka bagi membantu semua mangsa banjir yang terlibat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...