Tanpa was-was makan dan membeli belah di kedai Family Mart!
Desas-desus tentang status halal produk makanan di FamilyMart telah pun terjawab kerana kedai tersebut kini sudah didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusus untuk kedai serbaneka itu berpengkalan di Jepun.
QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 cawangan kedainya di seluruh negara sejak Mac lalu.
Kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia terima sijil halal
Ads
Keputusan itu dibuat bagi membolehkan ia mendapatkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus menjadikan FamiCafé sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal.
: Pengarah Urusan QL Maxincome Chia Lik Khai sedang meletakkan logo halal di kaunter FamiCafé dan disaksikan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM, Encik Razi bin Hassan
Katanya, pensijilan halal itu juga selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia untuk memastikan pelanggannya untuk berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya.
Bakal Buka 50 FamiCafé
“FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025.Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ads
“FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau itu dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023,” menurut Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai
Untuk info, semalam berlangsungnya majlis penyampaian pensijilan halal daripada JAKIM diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Razi Hassan.
Ads
Jadi selepas ini, tidak ada lagi rasa was-was tentang isu halal atau tak, korang boleh terus ‘membeli-belah’ di FamilyMart tanpa ragu-ragu. Hehe!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari tahun lepas rasanya kita dah dengar tentang sistem RFID ni. Dengarnya, sistem ini lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.
Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID ni bertindak seperti pengimbas barcode jarak jauh yang menggunakan scanner pada pintu gerbang tol.
Ala, mesti korang dah pernah nampak kan sebab ada beberapa tol yang dah jalankan pilot test untuk sistem RFID ini.
Fyi, pendaftaran telah pun dibuka dan buat masa sekarang, ia adalah percuma. Apa lagi gaiss, cepatlah mendaftar.
Macam mana nak buat? Korang boleh register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, korang akan terima email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. Jangan lupa untuk download aplikasi Touch n Go Ewallet juga.
Selesai saja proses pendaftaran, korang boleh book mana-mana RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta semasa membuat urusan.
Mudah je kan?
Antara highway yang sudah mempunyai sistem RFID ini adalah seperti berikut:
Korang yang menetap di Lembah Klang tu rugi kalau tak buat. Boleh jimat masa atas jalan raya wey!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ingat lagi tak kisah tragis dan mendebarkan setahun lalu, apabila 12 remaja dan juga pemain bola sepak pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam gua selama 18 hari akibat hujan lebat berterusan sehingga laluan gua dinaiki air.
Kini korang boleh menonton kisah benar ini kerana ia telah diabadikan dalam filem berjudul ‘The Cave’ dan akan ditayangkan buat julung kalinya di Festival Filem Antarabangsa Busan yang bermula hari ini iaitu 3 Oktober.
Tapi awas! Bagi korang yang ada masalah klaustrofobia, mungkin korang akan merasa terganggu ketika menonton filem ini nanti. Menurut pengarah filem The Cave, Tom Waller, filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat mengeluarkan 12 anggota pasukan bola sepak Wild Boar dan jurulatih mereka dari gua yang terletak di utara Thailand pada 2018.
Dari laluan sempit gelap yang dipenuhi air dan diterangi hanya dengan lampu suluh kepala kepada suara meminta tolong yang bergema di dalam gua, itulah yang dijanjikan pengarah yang berketurunan Thai-Ireland itu.
Pengarah kelahiran Thailand yang mengambil masa beberapa minggu untuk menghasilkan filem pertama tentang penyelamatan gua dramatik pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ berkata tumpuannya adalah pada keaslian jalan cerita dan wira “yang tidak didendang” dalam misi itu.
Waller berharap latar belakang Thailandnya juga akan memberikan kelebihan kepadanya berbanding pengarah-pengarah asing yang lebih besar. Filemnya juga dibuat lebih awal dan kenangan masih segar dalam fikiran orang-orang yang mengambil bahagian dalam misi penyelamatan itu.
Tetapi cabaran tetap ada ketika penggambaran filem itu dilaksanakan. Gua Tham Luang yang sebenar, di wilayah utara Chiang Rai, tidak boleh diakses. Jadi lokasi gua dalam air yang sempit perlu dicari semula di seluruh negara.
Pasti banyak adegan yang mendebarkan dalam filem ni kan…tak sabar pula penulis nak menonton filem yang diambil dari kisah benar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istiadat perlatikan Menteri Besar Perak pada hari ini berlangsung bukan dalam nada keraian seperti yang berlaku kebiasaannya, sebelum ini. Sebaliknya, istiadat yang terpaksa dilakukan akibat krisis politik di negeri Perak ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan kerana ia berpunca daripada kegagalan sebuah pentadbiran.
Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, istiadat pada hari ini merupakan istiadat perlantikan Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum keempat belas, pada tahun 2018.
“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.
“Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota; atau kata akan bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.
“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaandan harta. Lalu, lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, sebaliknya menjelma sifat sombongdan gelagat bongkak.”
Sumbe Foto: Jabatan Penerangan
Tambah Baginda lagi, perubahan sifat seorang pemimpin itu akan lebih cepat berlaku apabila seseorang dikelilingi dengan orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.
Baginda turut mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak sesekali membenarkan diri terlekadan terawang-awang dalam awan biru khayalan sehingga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. “Rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama tidak lagi disirami hujan.”
Dalam keadaan pandemik semasa di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan pada tahun ini, Sultan Nazrin juga menitahkan agar rakyat tidak sesekali diabaikan.
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi. Janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”
Untuk menonton titah penuh Sultan Nazrin, klik video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes gangguan seksual Universiti Indonesia melibatkan 16 pelajar tular dan mencetuskan kemarahan ramai, dengan siasatan dalaman dan tindakan tegas sedang dijalankan.