Ermm, sekarang memang semua orang kena pakai face mask. Yang bersimptom atau tidak, pakailah bagi mencegah penularan wabak.
Terbaru, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan.
Ads
“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak,” katanya.
Disebabkan face mask jenis tradisional ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang.
Ads
Korang dibolehkan menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri tapi mestilah mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jangan risau okay!
Katanya lagi, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
So kalau tak nak kena denda RM1,000 lebih baik la korang pakai face mask ini kalau nak keluar rumah. Kan untuk kebaikan korang sendiri juga!
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan dalam kepesatan dunia media sosial masa kini, ramai yang berlumba-lumba mencipta nama menerusi media sosial seperti Instagram, Facebook, Youtube dan TikTok.
Ada yang tampil dengan kandungan yang positif namun ada juga yang tidak menghiraukan sensitiviti dan juga sanggup membahayakan diri. Asalkan dapat dan boleh menaikkan trafik pengunjung ke akaun media sosial masing-masing.
Baru-baru ini, seorang tahfiz dan personaliti TikTok bernama Abdul Qawiy tampil membuat cabaran yang dianggap ‘rare’ dan menarik.
Menerusi sebuah video tular di platform media sosial itu, ia menunjukkan Abdul Qawiy mengajak orang awam di tengah-tengah ibu negara menyambung bacaan surah-surah daripada kitab sucii Al-Quran. Sekiranya orang awam itu berjaya membaca sambungannya, dia akan menghadiahkan RM50 sebagai ganjaran.
Sejuk je hati dan telinga mereka yang menontonnya!
Pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki cuba menyambung surah Al-A’la yang dibacakan tetapi tidak berjaya.
Kemudian, bapa kanak-kanak itu pula tampil menggantikan anaknya untuk menyambung surah berkenaan. Jika korang dengar betul-betul, bacaan Al-Quran pakcik tersebut memang lunak dan merdu.
Pada bahagian komen video yang telah meraih 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis, orang ramai tampil melontarkan pendapat positif dan berharap agar ia diteruskan serta diperluaskan.
Personaliti di sebalik penghasilan konten memainkan peranan penting dalam dunia digital pada masa ini.
Penulis percaya, kandungan yang jelik mungkin mampu tular untuk jangka masa pendek namun ia tidak akan kekal relevan. Sebaliknya, kandungan bermanfaat, positif dan penuh informasi seperti ini mampu kekal sebagai kandungan yang sentiasa ingin ditonton.
Good job kepada pemuda ini. Moga-moga dia terus menghasilkan lebih banyak idea kreatif. yang bermanfaat kepada agama dan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutamanya pada waktu puncak bukan lagi satu isu baharu. Sekian lama sejak era 80-an lagi; isu ini telah menjadi perdebatan biarpun pada waktu itu, jumlah kenderaan di jalan raya tidaklah sesesak sekarang.
Terpanggil untuk mengulas tentang isu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin telah menyuarakan pendapatnya menerusi ciapan berbunyi, “Pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan-jalan di Lembah Klang.”
Beliau menambah, “Sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu turut memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh,” menerusi akaun Twitter rasmi KTM Berhad.
Penggunaan perkhidmatan KTM Komuter masih rendah dan tidak dioptimumkan sepenuhnya. Jika orang awam mengoptimumkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam terutamanya tren, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan.
Kenyataan tersebut sekaligus menjadi topik perdebatan daripada pihak warganet yang rata-rata merupakan pengguna harian KTM. Buat mereka, masih timbul pelbagai isu yang perlu diselesaikan oleh KTM Berhad terutamanya pada waktu puncak sebelum mereka ‘layak’ untuk memberi seruan sedemikian rupa.
Antara isu yang dikeutarakan termasuklah jarak tempoh ketibaan tren yang ada kalanya berbeza hingga setengah jam atau sejam, papan informasi servis tren yang tidak mempunyai sebarang – well – informasi terkini, tren yang kadangkala terberhenti di sesetengah stesen (atau lebih perit lagi, di tengah-tengah trek) sedangkan aliran yang dituju tidak disambungkan daripada situ dan banyak lagi isu lain.
Paling membuatkan ramai pengguna hilang motivasi untuk menaiki KTM tentulah disebabkan waktu menunggu ketibaan yang kadangkalanya dianjak secara keterlaluan dengan tiba-tiba. Ditambah pula dengan isu kekerapan tren yang kurang jika dibandingkan dengan perkhidmatan awam lain seperti LRT dan MRT yang lebih boleh dipercayai dalam bab ini.
Menjawab aduan tersebut, Mohd. Rani berkata, frekuensi (KTM) akan ditambah baik dan dijangka bakal mencapai tujuh minit bagi setiap satu tren yang tiba di stesen berbanding sekarang iaitu sekitar 30 ke 45 minit bagi setiap satu tren.
Err, boleh percaya ke ni?
Harapnya, perancangan yang disebut KTM hanya boleh direalisasikan sepenuhnya dalam masa lima tahun akan datang ini tidak hanya menjadi janji manis syarikat tersebut.
Bukan apa, nanti rakyat pun akan hilang kepercayaan sepenuhnya jika faktor sepenting kekerapan tren yang sampai tidak diselesaikan hingga bila-bila.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jabatan Siasatan Anti Narkotik Polis Mumbai akan memulakan siasatan terhadap pelakon wanita Kangana Ranaut yang disyaki terlibat dengan rangkaian dadah.
Menteri Dalam Negeri India, Anil Mukesh memaklumkan yang pihak polis sedang menyiasat bahawa ada kemungkinan pelakon yang tersenarai dalam antara aktres yang menerima bayaran tertinggi di India itu mengambil dadah.
Sebagai balasan terhadap pertuduhan itu, Kangana dalam satu hantaran di laman Twitter mencabar pasukan keselamatan supaya melakukan ujian pengesanan dadah terhadap dirinya.
“Saya sangat gembira untuk melakukan ujian. Polis Mumbai dan Anil Mukesh sila lakukan ujian dadah, siasat rekod pangilan say jika anda boleh menjumpai sebarang hubungan dengan pengedar dadah, saya akan terima kesalahan itu dan akan meninggalkan Mumbai buat selama-lamanya. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda.”
Untuk pengetahuan anda pelakon berusia 33 tahun ini telah mula menceburi dunia hiburan Bollywood sejak zaman remaja lagi. Dia mula muncul di layar perak menerusi filem 'Gangster pada' 2006 ketika berusia 16 tahun. Menerusi filem ini dia dianguerahkan Best Female Debut di Global Indian Film Award.
Awal tahun ini, pelakon tersebut menerima anugerah berprestij kebangsaan India, Padma Shri atas sumbangannya di dalam bidang perfileman. Anugerah tersebut merupakan anugerah keempat tertinggi diberikan oleh kerajaan India kepada rakyat negara itu.
Sumber: Time of India
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!