Begitulah yang dikatakan apabila muka naik jerawat dan sebaik sahaja jerawat kecut datang pula isu parut jerawat yang degil taknak pudar. Haih…apalah nasib kan?
Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, mesti kalian takkan dapat lari dari isu kulit muka, terutama sekali isu parut jerawat yang amat susah untuk dihilangkan.
Namun, usah khawatir kerana lambakan produk kecantikan di pasaran kini mampu menyelesaikan masalah ini tanpa perlu mengeringkan dompet. Meh sini Remaja kongsi tiga produk berkesan untuk menghilangkan parut jerawat di muka!
Krim Pelindung Muka (Sunscreen)
Selain melindungi kulit anda daripada sinaran UV, sunscreen juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat di muka dan masalah tona kulit tidak sekata.
Apabila anda berada di luar kawasan tertutup, anda akan terdedah kepada terik matahari di mana ianya boleh menyebabkan parut jerawat semakin gelap. Haiyooo!
Jadi pastikan anda guna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar dari rumah untuk dapatkan perlindungan kulit yang paling efisien.
Ads
Bagi mereka yang masih muda remaja, anda boleh dapatkan 3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream di Aeon Wellness berdekatan. Harganya yang murah dan berpatutan semestinya menjadi daya penarik golongan pelajar.
2. Vitamin C
Vitamin C adalah bahan antioksidan yang telah dikaji bertahun-tahun dan telah terbukti secara saintifik memberi manfaat yang ketara kepada kulit. Membaiki kerosakan matahari, meminimumkan garis halus dan menghidratkan kulit kering hanyalah sebahagian daripada faedahnya.
Parut jerawat juga boleh dirawat dan dicegah dengan menggunakan produk yang mengandungi Vitamin C di dalamnya. Sebagai contoh, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser!
Ads
Produk jenama dari Jepun ini mengandungi formula Vitamin C asli yang diperhalusi dengan teliti untuk mengoptimumkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, merawat parut jerawat, memudarkan jeragat dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri dari dalam.
Salah satu faktor pembezaan utama pelembap ini ialah penyerapannya yang cepat ke dalam kulit, memberikan penghidratan yang berpanjangan tanpa sebarang rasa melekit yang tidak menyenangkan atau sisa berminyak.
3. Retinol
Juga dikenali sebagai vitamin A, retinol seiring dengan rawatan anti-penuaan lain di luar sana boleh digunakan untuk membuka pori-pori tersumbat dan memudarkan parut dengan lebih efisien.
Ads
Namun anda perlu berhati-hati kerana sekiranya dipakai terlalu kerap dengan kuantiti yang banyak, kulit anda mungkin ada terasa pedih sedikit dek kerana bahan di dalamnya. Pakai sikit-sikit sahaja dulu okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Watson, Pixel, Sasa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TBH, masalah berdengkur ketika tidur ini bukanlah lagi satu isu baru bagi kebanyakan daripada kita.
Namun, korang harus tahu bahawa tabiat ini bukan saja akan mengganggu orang yang tidur berdekatan dengan kita tetapi juga akan mengganggu kita sendiri sebagai orang yang menghidapnya. Ini kerana oksigen yang sepatutnya naik ke otak sempat berhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur.
Dengkuran melampau boleh membuatkan korang sukar mendapat tidur nyenyak dan ia sekaligus mengganggu produktiviti tenaga pada keesokan harinya.
Jadi, untuk menghilangkan tabiat berdengkur, apa kata korang ikhtiar sedikit dengan mengamalkan pengambilan jus yang dikatakan mampu merawat masalah ini.
Cer try resepi di bawah:
Bahan-bahan
¼ hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah bersaiz sederhana
150 ml air putih
Sumber foto: Britishsnoring.co
Caranya mudah saja, kisarkan (blend) semua bahan sehingga menjadi jus. Amalkan minum jus ini sebelum tidur dan jadikannya sebagai rutin sekerap tiga kali seminggu. InsyaAllah tabiat berdengkur tersebut akan berkurangan.
Selain daripada tip minuman ini, ada perkara-perkara lain yang boleh korang laukan untuk kurangkan dengkuran. Salah satu daripada adalah dengan menurunkan berat badan. Faktor obesiti menjadi salah satu punca utama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan semula pengacara program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad semalam pada episod kedua menjawab persoalan mengenai ‘kehilangannya’ pada episod minggu lepas.
Menurut Nabil, dia tidak berdepan dengan simptom Covid-19 seperti spekulasi netizen. Bagaimanapun, dia sedang menghidap angin pasang ataupun hernia dan keadaan itu memaksa Nabil untuk tidak hadir pada episod pertama GV7.
Selorohnya, “Hidup ini ibarat laut, ada masa surut ada masa pasang. Hari itu, ia pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia,” maklumnya kepada rakan media semalam.
Bagi yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan angin pasang atau hernia ini, ia sebenarnya sejenis penyakit yang 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.
Menurut laporan Dr Mohd Daud Che Yusof menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, jenis angin pasang yang paling kerap berlaku kepada lelaki adalah Inguinal Hernia yang berlaku di bahagian kelangkang.
Kira-kira 75 peratus kes angin pasang adalah daripada jenis ini.
Simptom yang selalu dihadapi oleh remaja lelaki adalah apabila ruang abdomen membonjol keluar daripada kawasannya. Bonjolan tersebut biasanya adalah sebahagian daripada usus dan tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh membran.
Itulah kandungan yang akan membentung kantung hernia dan ia tidak menonjol pada setiap masa. Kadangkala ia kelihatan, kadangkala ia tidak kelihatan. Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai angin pasang surut.
Mesti ramai di kalangan korang yang tertanya-tanya apakah punca utama angin pasang ini. Antara yang selalu dikesan oleh pakar adalah obesiti, kerap batuk, perlu meneran semasa membuang air kecil atau besar dan selalu mengangkat objek berat.
Bila bercakap mengenai soal simptom yang boleh dikesan oleh lelaki, ia sebenarnya berbeza bergantung kepada lelaki itu sendiri. Malah, tiada spesifikasi mengenai usia mangsa pun, walaupun statistik menunjukkan lelaki berusia lebih terdedah kepada angin pasang.
Namun, simptom yang paling jelas adalah apabila mucul bonjolan baru di bahagian kelangkan atau kawasan abdomen lain.
Bonjolan ini membuatkan seseorang itu merasa sedikit senak walaupun bonjolan tersebut tidak semestinya menyakitkan. Simptom-simptom lain bergantung kepada tahap kritikalnya angin pasang mereka. Ada pesakit yang boleh menghadapi demam malah muntah-muntah.
Selalunya, apa-apa jenis angin pasang ini tiada pilihan selain pembedahan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan komplikasi terbelit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini mungkin kita menyangka bahawa bra yang dipakai kini adalah dengan ukuran payudara yang tepat, tetapi tahu kah kamu bahawa masih ramai lagi wanita di luar sana yang salah memilih bra?
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh jenama bra terkenal, Triumph, sebanyak 64 peratus wanita salah mengenakan bra dengan ukuran yang tidak sesuai. Kajian ini turut memperlihatkan hanya 29 peratus wanita yang benar-benar membeli bra dengan ukuran yang tepat.
Wanita dilihat lebih cenderung untuk peka terhadap perubahan ukuran seluar jeans mereka, tetapi tidak pada perubahan ukuran payudara.
Golongan ini disarankan untuk mencuba terlebih dahulu bra tersebut sebelum membelinya kerana salah satu kesalahan yang dilakukan oleh wanita adalah membeli tanpa mencubanya dahulu.
Istimewanya kali ini, REMAJA ingin kupaskan tiga kesalahan lain yang sering dilakukan oleh wanita saat mereka ingin membeli dan mengenakan bra.
1. Memilih ukuran yang lebih kecil
Ramai wanita yang beranggapan bahawa memilih bra yang lebih kecil ukurannya dapat membuatkan payudara lebih penuh dan padat. Padahal, mengenakan bra yang lebih kecil daripada saiz sebenar boleh menyebabkan payudara cepat kendur dan membuat dada terasa lebih sesak.
2. Tidak meneliti material bra
Material seperti satin dan renda dilihat dapat membuatkan penampilan payudara lebih seksi serta menggoda. Sebaliknya, bra yang dihasilkan daripada material-material tersebut hanya sesuai untuk dipakai sesekali dan bukanlah untuk kegunaan harian.
Kamu seharusnya memilih bra yang sesuai untuk kegunaan harian dan daripada material yang mudah untuk menyerap peluh. Material yang paling sesuai dan disarankan adalah daripada kain kapas.
3. Memakai bra yang lama
Setiap wanita pasti memiliki bra ‘favorite’ yang telah dipakai selama bertahun-tahun. Tahukah kamu bahawa bra yang sudah melebihi satu tahun biasanya menyimpan bakteria dan kotoran. Selain itu juga, daya elastik pada bra tersebut sudah berkurang sehingga tidak mampu lagi untuk menyokong payudara kamu dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!