
Sebagai usaha menggalakkan perkahwinan dan mengisi kawasan luar bandar yang semakin kosong, kerajaan Jepun akan memberikan ganjaran ¥600,000 (~RM 18,000) kepada wanita yang berkahwin dan kemudian berpindah keluar.
ARTIKEL BERKAITAN : Perangai Suka ‘Double Park’ Rakyat Malaysia Sampai Viral Di Jepun!
Ganjaran tambahan lain dalam bentuk wang tunai turut akan dipertimbangkan oleh kabinet. Ini adalah langkah untuk bukan sahaja meningkatkan jumlah kelahiran bayi tetapi memastikan kawasan luar bandar akan mempunyai penduduk.
Fenomena Akiya
Fenomena akiya iaitu rumah kosong yang ditinggalkan di luar bandar semakin serius menyebabkan ia dijual pada harga yang sangat murah. Ini masih tidak mampu mengurangkan jumlah “bandar mati” sebaliknya meningkatkan jumlah migran luar negara yang berhijrah untuk membeli rumah tinggi yang murah dibantu oleh nilai Yen yang semakin merosot.
Langkah yang diambil oleh kerajaan Jepun ini nampak seakan tidak begitu serius kerana ganjaran yang diberikan tidak tinggi.

Di Busan, Korea Selatan kerajaan akan memberikan ganjaran sehingga $85,000 (~RM 369,000) sebagai imbuhan untuk pasangan berkahwin. Wang diberikan secara berperingkat dengan $604 diberikan apabila mula bercinta, $1200 apabila bertemu ibu bapa, $24,000 jika berkahwin, $36,000 diberikan untuk membeli rumah atau $960 sebulan selama lima tahun untuk membayar sewa.
Malaysia kelak akan berhadapan dengan isu kelahiran bayi yang rendah. Kadar kelahiran semasa ialah 1.6 bayi untuk setiap wanita yang adalah penurunan mendadak berbanding 6 bayi setiap wanita pada tahun 1957 dan 2.1 bayi setiap wanita pada tahun 2010.
Untuk info, kadar kelahiran 2.1 bayi untuk setiap wanita diperlukan untuk mengekalkan populasi sesebuah negara.
BACA LAGI :Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih!
Sumber : Kyodo News


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TERKINI! Suspek Baling Kerusi Sudah Ditahan Polis, Mayat Mendiang Gagal Dibawa Naik Ke Rumah Akibat Lif Rosak…
Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.
Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.

“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari. Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.
Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.
Namun Remaja difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.

Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harimau Malaya Diserang Botol Plastik & Batu Selepas Tewaskan Indonesia 3-2
Bukan mudah untuk menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak, tetapi..
Pengalaman menewaskan Indonesia dengan keputusan penalti 3-2 semalam bertukar seram apabila skuad U-19 negara ‘diserang’ oleh penyokong Indonesia di Stadium Galora Delta Sidoarjo.
Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 sehingga wisel penamat. Lalu, perlawanan berlarutan hingga penentuan sepakan penalti yang memihak Malaysia. Kejayaan ini membolehkan Harimau Malaya memasuki peringkat akhir Piala AFF Bawah 19 Tahun (AFF U-19) dan bakal bertemu Myanmar esok.
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak dapat diraikan di atas padang selepas wisel penamat dek kerana balingan botol plastik malah batu oleh sebilangan daripada 26,000 penyokong Indonesia ke arah pemain dan pegawai pasukan Malaysia.
A post shared by Director Of ADEQSUE (@hairuddin_omar20) on
Situasi tegang memaksa skuad negara untuk segera berlari ke bilik persalinan atas faktor keselamatan. Menurut kenyataan jurulatih, Bojan Hodak kepada rakan media di Harian Metro, mereka bernasib baik kerana tiada siapa yang cedera semalam.
“Saya tidak tahu jika Persatuan Bola Sepak Malaysia akan menyerahkan bantahan kepada negara tuan rumah dan AFF. Saya personally amat kecewa kerana insiden seperti ini masih berlaku,” kata beliau.
Hampir sejam mereka terkurung di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel selepas kekecohan dapat dikawal pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Abdul Rahman telah memuat naik tweet mengenai insiden ini dan telahpun dimaklumkan mengenainya. Beliau turut berkata akan terbang ke Indonesia hari ini untuk memastikan sekuriti pasukan bola sepak Malaysia berada dalam tahap terbaik semasa perlawanan akhir esok.
Wakil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Joko Driyono juga telah meminta maaf atas insiden itu.
Dalam tempoh 9 hari ini, perlawanan Malaysia-Indonesia semalam merupakan perlawanan kelima melibatkan skuad U-19 tahun ini. Harapnya, mereka masih bertenaga serta bersemangat ketika menentang Myanmar.
Good luck boys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru
Bagi kebanyakan remaja perempuan di luar sana, item asas seperti sepasang set telekung yang selesa merupakan sesuatu yang pasti ada dalam gerobok masing-masing.
Khas untuk dibuat persalinan beribadah, tentulah kita inginkan persalinan paling menyelesakan, cantik dan berkualiti.
Begitupun, tidak semua insan punya tuah yang sama.
Menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial, seorang gadis dipaparkan sebak lalu menitiskan air mata apabila menerima buah tangan berupa set telekung sumbangan jenama pakaian muslimah, Munawwareen.
Gadis dari kalangan masyarakat Orang Asli itu dikenali sebagai Azura Anjau dan jelas, reaksi beliau yang menangis kegembiraan sewaktu telekung tersebut diberikan oleh pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar amat menyentuh hati semua yang menonton.
![[TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru 14 [TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru](https://cdn.remaja.my/2021/05/363786.jpeg)
Kongsi Aliza dalam bahagian kapsen muat naik di Instagram tersebut, beliau jarang sekali berhadapan dengan situasi penerima remaja seperti Azura yang teruja sehinggakan menitis air mata.
“Biasanya, orang yang dah berumur je yang excited dapat telekung.
![[TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru 15 [TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru](https://cdn.remaja.my/2021/05/363783.jpeg)
“Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya, dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membelinya.
“Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh. Kata Azura lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti orang asli adalah berupa keperluan harian.
“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif dari Munawwareen,” kata Aliza yang bersyukur dapat menjelmakan senyuman kepada penerima semuda Azura.
![[TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru 16 [TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru](https://cdn.remaja.my/2021/05/363785.jpeg)
![[TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru 17 [TONTON] Ramadan Bermakna Buat Gadis Orang Asli, Sebak Terima Telekung Baru](https://cdn.remaja.my/2021/05/363788.jpeg)
Beliau juga pasti Azura akan gembira memakai telekung keluaran Munawwareen itu ketika menunaikan solat.
Tonton video yang dikongsikan di bawah untuk korang selami sendiri perasaan Azura.
Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. Insyallah pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaallah dapat. pic.twitter.com/RtA1MzgNMX
— 🐸 (@Okopipi_) May 2, 2021
Untuk pengetahuan, jenama Munawwareen telah mengambil inisiatif mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang pada 20 April lalu. Selain set telekung, pihak mereka turut menghulurkan barangan keperluan dapur seperti beras, susu, bihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 buah keluarga yang menetap di sana.
Inisiatif ini juga berjaya membuka mata Aliza bersama-sama kru yang lain melihat kehidupan penduduk di sebuah perkampungan Orang Ali yang majoritinya beragama Islam.
Malah, komuniti Muslim kira-kira 75 peratus daripada jumlah penuh penduduk itu juga telah menerima sekelompok kecil saudara baru Muslim.
Biarpun hanya 10 minit perjalanan dari bandar Selayang, namun kongsi mereka, komuniti ini masih kurang mendapat pendedahan mengenai Islam secara menyeluruh.
Alhamdulillah gaiss! Rezeki sememangnya tidak salah alamat; baik rezeki sang penerima seperti Azura mahupun rezeki si pemberi seperti pasukan Munawwareen yang beroleh peluang untuk berbuat amal kebajikan di bulan Ramadan ini.
Inilah satu contoh yang positif untuk kita ikuti bukan saja pada bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain sepanjang tahun, InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

