Komposer, Zai Hamzah dan Hemo Globin serta barisan penulis lirik terdiri daripada Achoi Floor 88, Khaza, Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam; melakar sejarah dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu Tiwikarma nyanyian K.O.I diangkat sebagai juara AJL edisi ke-40 dihadapan ribuan penonton di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan K.O.I dan pencipta lagu Tiwikarma membawa pulang trofi keramat berkenaan serta wang tunai bernilai RM100,000.
K.O.I Ketepi Saingan Terdekat
Sejak melayakkan diri dari peringkat separuh akhir ke pentas Anugerah Juara Lagu pada malam tadi, lagu Tiwikarma sememangnya diramalkan sebagai salah satu naskah yang berkemungkinan muncul sebagai pemenang. Biarpun berdepan saingan terdekat seperti lagu Kamu (Aina Abdul), Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid) dan Cak Ce Kuk (Wani Kayrie) dan Tak Adil (Aisha Retno), rezeki ternyata berpihak kepada K.O.I.
“Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada ketua juri, juri-juri, TV3 (dan) Media Prima kerana memberi peluang kepada kami, K.O.I dan Tiwikarma untuk bertanding… untuk berada dalam ‘list’ Anugerah Juara Lagu yang ke-40. Kami tak ‘expect’ langsung.”
“Seterusnya, terima kasih kepada team kami. Tanpa korang, kami tidak berada di sini.
Ads
“Kepada ahli keluarga kami yang berada di sana, terima kasih banyak. Terlalu banyak ya kita nak ucapkan terima kasih ini. Dan kepada semua yang menyokong K.O.I, semua yang menyokong lagu-lagu K.O.I… kepada K.O.I Clans! Terima kasih banyak guys!” ucap Mya Nana atau nama sebenar vokalis wanita tersebut, Nurul Amira binti Mat Nasir.
Saingan Sengit Untuk Kategori Lain Di AJL 40
Naib juara AJL 40 menjadi milik lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno yang dicipta juga oleh Aisha Retno bersama adik lelakinya, Sayed Abu Hanifa Radityo (Radi); lalu menyaksikan mereka menggenggam pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Manakala, lagu Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid yang dicipta sepenuhnya oleh beliau, membawa semangat penduduk Sabah ke pentas AJLL40 dan berjaya menduduki tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Ads
Sambil itu, kategori Vokal Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Marsha Milan menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa.
Aina Abdul Bawa Pulang 3 Anugerah
Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Kamu pula memenangi kategori Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang trofi dengan hadiah wang tunai RM12,000.
Akhir sekali, Anugerah Ikon Pilihan Shopee yang menawarkan hadiah RM50,000 dan kontrak sebagai duta Shopee menjadi milik Aina Abdul.
Ads
Rezeki Aina Abdul sekali lagi tidak dapat dinafikan apabila dinamakan sebagai wakil Malaysia bagi pertandingan Eurovision Song Contest Asia yang bakal berlangsung pada tahun ini.
AJL 40 sekali lagi menampilkan gandingan Nazruddin Rahman dan Sissy Imann sebagai pengacaranya selepas kali pertama digandingkan pada edisi ke-39. Begitupun, Naz membuat kejutan sewaktu siaran langsung apabila beliau mengumumkan ini merupakan kali terakhir beliau akan mengacarakan AJL bagi memberi ruang kepada pengacara junior.
Segmen persembahannya pula dijayakan oleh barisan penyanyi popular seperti Francisca Peter, Misha Omar, Haqiem Rusli, Azlan Typewriter, Syamel, Ernie Zakri, Umairah, Ziana Zain, Amelina, Daiyan Trisha & Nabila Razali.
4 dekat sejak memulakan penganjurannya menerusi saluran TV3, Anugerah Juara Lagu nyata semakin matang dalam memartabatkan industri muzik tanah air menerusi penghormatan yang diberikan kepada komposer dan penulis lirik.
FOTO: TV3 Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pelik sekiranya selebriti mencari pasangan yang juga merupakan seorang selebriti kerana kita semua sudah maklum bahawa pekerjaan yang dilakukan oleh mereka mungkin sahaja menImbulkan bibit-bibit cinta dek kerana bergelumang dalam industri yang sama.
Di negara kita, ramai juga selebriti yang memilih pasangan mereka dikalangan penggiat seni juga, termasuklah Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Fattah Amin dan Fazura serta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan bergelar dua sejoli ini bukan hanya sweet, malah peminat juga turut mengagumi #relationshipgoals mereka.
Hal ini juga berlaku pada selebriti luar negara yang turut memilih rakan selebriti menjadi pasangan mereka. Di Korea, ramai juga ‘power couple’ yang mendapat perhatian peminat. Jom kita lihat antara pasangan dua sejoli berikut:
Pelakon wanita yang merupakan bekas ahli kumpulan JQT bertemu dengan pelakon Running Man, Lee Kwang Soo pada tahun 2016 ketika mereka sama-sama membintangi rancangan reality itu. Dalam episode tersebut, watak tersebut mengatakan bahawa mereka akan berkahwin. Pada Disember 2018, hubungan mereka telah disahkan oleh pihak agensi.
HyunA dan Dawn telah meneruskan kisah cinta mereka selama enam tahun dan setelah sekian lama, mereka kini tidak kisah berkongsi percintaan mereka secara terang-terangan kepada umum.
Perbezaan umur sebanyak 13 tahun tidak menghalang hubungan cinta bagi pasangan sweet ini. Mereka bertemu di set rancangan Knowing Brothers dan ketika Momo membintangi muzik video hit single dari Kim, Sweet Dream. Hubungan mereka menjadi lebih rapat.
Kisah cinta kapten Rin dan Yoon Se Ri dalam siri Crash Landing On You nampaknya menjadi kenyataan apabila pasangan senssasi ini mengumumkan bahawa mereka memang menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu. Ramai peminat turut berkongsi kegembiraan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.
6. Jennie Blackpink & G-Dragon Big Bang
Terbaru, Dispatch telah melaporkan bahawa ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan Jennie Blackpink dikatakan telah menjalin hubungan selama setahun. Menurut laporan mereka, Dispatch berkongsi bahawa mereka telah menyaksikan G-Dragon dan Jennie bertemu secara diam-diam. Kedua-dua selebriti itu sering bertemu di kediaman mereka.
Walau bagaimanapun, YG Entertainment menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi artis naungan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea yang pernah mencipta fenomena, Itaewon Class kini bakal ditayangkan dalam siri adaptasi Jepun yang berjudul Roppongi Class. Watak Park Searoyi yang dimainkan oleh Park Seo Joon akan dimainkan oleh Takeuchi Ryoma, pelakon siri Kamen Rider.
Itaewon Class mengisahkan tentang seorang anak muda (Park Searoyi) yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh anak majikan bapanya. Dia mahu membalas dendam dengan cara membina empayar perniagaan untuk mengalahkan bekas majikan ayahnya itu.
Roppongi Class adalah projek bersama Korea-Jepun oleh JTBC Studio yang menerbitkan versi Korea dan Kakao Entertainment serta TV Asahi sebagai produksi bagi versi Jepun ini. Drama adaptasi ini bakal ditayangkan pada bulan Julai.
Menurut inf.news, drama ini mengambil latar tempat di Roppongi, Jepun dan nama watak utama Park Searoyi ditukar kepada Miyabe Shin. Adaptasi ini menerima pelbagai respon berbeza, ada yang teruja menantikannya malah ada juga yang menganggap perubahan yang dibuat bakal menghilangkan ‘vibes’ sebenar drama Itaewon Class.
Namun, pihak produksi menjelaskan perubahan yang dilakukan itu bagi membuatkan masyarakat di Jepun lebih dekat dengan drama adaptasi ini kerana mereka tidak begitu mengenali lokasi Itaewon di Korea.
Apa-apa pun kita tidak boleh menghakimi terlebih dahulu adaptasi ini tanpa menontonnya lagi. Sama-sama kita nantikan Roppongi Class Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu lalu kecoh di media sosial apabila kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi telah menangguhkan pendaftaran fizikal bagi kesemua pelajar IPT secara mendadak. Ramai yang menyuarakan rasa marah kerana rata-rata daripada mereka sudah pun membuat persediaan, termasuklah bayaran rumah sewa dan kos pengangkutan ke universiti.
Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. serta dua syarikat bas ekspres telah memberi kelonggaran terhadap penukaran tarikh perjalanan kepada pelajar yang terlibat dengan pengangguhan kemasukan ke IPT ini.
Mas telah memaklumkan pengecualian caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan untuk tempoh setahun daripada tarikh pembelian.
Manakala, AirAsia turut menyediakan kemudahan pertukaran tarikh perjalanan tanpa had untuk laluan yang sama bagi pelajar dan ibubapa mereka sebelum 31 Disember 2020. Mereka yang mahu menukar tarikh perjalanan boleh berbuat demikian dengan menghubungi IPT masing masing bagi mendapatkan cara melakukannya.
Bagi pengangkutan darat pula, dua syarikat bas ekspress, Sani Express dan Ekspres Perdana turut memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas bagi mengangguhkan atau menjadual semula perjalanan mereka ke IPT masing-masing.
Sani Express memberi kelonggaran itu bermula 3 Oktober hingga 31 Disember dengan perlu memaklumkannya menerusi Whatsapp di talian +0619-2685050 atau +6019-6279129 atau merujuk ke kaunter syarikat yang berdekatan dengan melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan kemasukan IPT.
Sementara itui, bagi penumpang Ekspres Perdana, mereka perlu memaklumkan permohonan penangguhan kepada pengurusan syarikat melalui Whatsapp di talian +60148128000 atau merujuk di kaunter syarikat yang berhampiran.
Pelajar juga dikehendaki melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan daripada IPT masing-masing.
Dengan adanya inisiatif seperti ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar yang terkesan dengan keputusan mendadak ini.
Bukan hanya syarikat gergasi di Malaysia yang prihatin dengan nasib pelajar IPT ini, malah boleh dikatakan ramai individu luar yang turut menghulurkan bantuan bagi pelajar yang memerlukan.
Begitulah sikap rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.