Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.
Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.
Keluarga ini mahukan satu pembelaan untuk mendiang Satiswaran
“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari. Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.
Ads
Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.
Ads
Namun Remaja difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.
Mayat mendiang Satiswaran terpaksa diletakkan di dalam van buat sementara waktu ekoran masalah lif di PPR ini
Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dilabel sebagai ‘key player’ dalam pasukan, Arif Aiman Hanapi yang baru sahaja berusia 20 tahun ini merupakan pemain sayap Harimau Malaya yang dikatakan terus memancarkan sinar harapan buat pasukan negara.
Pada ketika perlawanan AFC Cup pada malam semalam menentang Turkmenistan, Arif menampilkan aksi yang sangat cemerlang ketika menewaskan pihak lawan.
Aksinya yang lincah itu turut meraih pujian dari netizen di platform Twitter dan mengatakan beliau bakal menjadi aset terbaik buat Malaysia.
Ini 5 fakta tentang Arif Aiman yang mungkin korang tak tahu :
1. Merupakan seorang pemain bola sepak kelab JDT
Arif bermula dengan menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan itu pada Mac 2020 dan pada ketika itu beliau berusia 17 tahun. Dikala pemain seusia dengannya giat bersaing di Piala Presiden atau Belia, Arif telah berada dengan kelab terbaik di Malaysia.
2. Pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP)
Arif pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK 2021) dan merupakan penyerang terbaik dan pemain muda terbaik pada edisi tersebut.
3. Anak kelahiran Pahang.
Arif merupakan anak kelahiran negeri Pahang. Untuk rekod, beliau mempunyai fizikal tubuh yang berketinggian 170cm.
4. Diberi gelaran ‘Messi Malaysia’
Arif mendapat jolokan nama sebagai ‘Messi Malaysia’ kerana ‘dribbling skills’nya dan aksi larian pantas dipertontonkan salin tak tumpah bak pemain dunia itu.
5. Pernah mempunyai ketinggian lebih pendek daripada pemain lain.
Walaupun mempunyai ketinggian 170cm, Arif pernah mempunyai ketinggian yang lebih pendek daripada pemain lain di atas padang sewaktu peringkat pembangunan.
Walau bagaimanapun, ia tidak menghalangnya untuk berjuang membuktikan dirinya sebagai seorang yang profesional.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sememangnya penantian yang telah ditunggu lama oleh para peminat filem genre seram tanah air, Lembayung kini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara selepas meraih sambutan hangat di Indonesia.
Karya ini merupakan debut pertama arahan Baim Wong sebagai pengarah dan menariknya, Lembayung kini disenaraikan sebagai salah satu filem lokal terlaris Indonesia pada tahun 2024.
Meh kami kongsikan dengan anda beberapa fakta menarik mengenai filem Lembayung!
PENAMPILAN MEMUASKAN SETIAP WATAK
Teraju utama filem ini, Anna Jobling sememangnya layak untuk diberikan tepukan gemuruh. Bekas Dewi Remaja 2018/2019 itu turut mendapat pujian kerana mampu memerankan watak hantu dengan baik sehingga membuatkan ramai penonton ngeri dengan setiap babak yang ditunjukkan.
Selain itu, bintang utama yang turut membarisi seperti Yasamin Jasem sebagai Arum dan Taskya Namya sebagai Pica juga berjaya membuatkan karakter mereka sangat hidup di layar panggung. Terutamanya Yasamin dalam menunjukkan kemampuan lakonannya dalam menyampaikan ketegangan dan ketakutan yang dialami Arum sebagai mangsa gangguan seksual.
Tidak lupa juga, peranan Arya Saloka berhasil membawakan segala ‘plot-twist’ menerusi Lembayung dan menghadirkan sisi psikopat walaupun ini merupakan pertama kali beliau mendapat watak dalam filem seram.
ADAPTASI KISAH NYATA
Menurut Baim Wong, filem Lembayung sebenarnya diadaptasi dari kisah benar tau tapi nama klinik dirahsiakan bagi menjaga privasi.
Kisah ini juga tular media sosial dan ia mengisahkan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung.
Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.
“Saya ada berjumpa pencerita sebenar yang alami kejadian ini dan untuk filem ada dalam 50-60% cerita asal dimasukkan,” ujar Baim Wong.
‘GANTUNG’ 8 JAM
Anna Jobling juga sempat berkongsi bagaimana proses dan ‘moment’ semasa di set penggambaran, dimana ketika dirinya melakukan babak ‘tergantung’ hampir selama 8 jam. Menurut Anna, dia amat bersyukur ketika diberikan peluang untuk menerajui salah satu filem seram Indonesia dan hanya melakukan yang terbaik.
“Untuk babak merangkak itu, sebelum mula penggambaran saya cuba practice banyak kali dan rekod untuk lihat jadi ke tidak macam hantu. Saya tak nak kalau merangkak itu nampak ala kadar dan tak seram,” jelasnya.
ISU GANGGUAN SEKSUAL
Antara kritikan utama terhadap filem ini adalah gambaran isu gangguan seksual yang dipertonton tanpa memberi sebarang trigger warning. Walau bagaimanapun, terdapat mesej moral yang mesej moral yang ingin disampaikan, kerana isu ini juga penting untuk menyedari bahawa kesedaran mengenai kes-kes gangguan seksual sangat relevan pada masa kini.
Nah! Itu dia beberapa fakta menarik mengenai Lembayung. Bagi anda penggemar filem bergenre seram, memang sesuai sangat ajak kawan-kawan lain untuk tonton sebab ia bakal mengerikan seluruh pawagam bermula 5 Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tiba sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, pastinya korang tahu ia sinonim dengan acara kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan di Istana Negara
Sempena Tarikh istimewa itu pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berkenan untuk mengurniakannya kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.
Senarai penerima itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
*
Menariknya, ketika tiba giliran Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod ke hadapan dan menaiki singgahsana, Tuanku telah bertindak spontan dan menuruni tangga singgahsana.
Ini kerana kondisi Abd Latif yang sukar untuk naik kerana berjalan dengan bantuan tongkat.
Ketika ditemui selepas istiadat pengurniaan tamat, beliau merasa terharu dan dihargai dengan tindakan Tuanku itu.
“Saya juga terperanjat. Tuanku beri signal (agar saya) jangan naik dan bertitah, “Tidak apa saya turun.”
#onenews Tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong menuruni singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod menarik perhatian netizen. pic.twitter.com/PUQfYn9zoR
“Tuanku juga sempat bertanya “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke.” Saya menjawab boleh berjalan tetapi tak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh sewaktu bekerja dulu,” kongsi beliau lagi.
Tindakan Tuanku itu juga dilihat netizen sebagai satu bentuk penghargaan seorang raya berhati mulia dan prihatin kepada rakyat yang berusaha berbakti kepada negara.
SUMBER: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.