Proses bedah siasat kedua jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, dijadualkan berlangsung esok selepas proses penggalian semula kubur dijalankan hari ini lapor Harian Metro.
Menurut peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh, jasad Allahyarham berjaya dibawa keluar pada jam 9.22 pagi tadi setelah kerja penggalian bermula sekitar jam 8.45 pagi. Katanya, jasad berada dalam keadaan baik dan dibungkus dengan bungkusan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Proses Bedah Siasat Kedua
“Beberapa prosedur akan dijalankan petang ini, manakala proses bedah siasat akan diadakan pada jam 9 pagi esok,” jelas Naran Singh ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.
Ads
Tambah beliau, penggalian semula turut disaksikan tiga pakar forensik dari IPFN HKL serta wakil pakar forensik keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh. Keluarga difahamkan sebelum ini bahawa Allahyarham mengalami kecederaan di bahagian mata, hidung berdarah, dada luka serta kesan lebam — sesuatu yang menimbulkan persoalan kerana kenyataan awal Menteri Pertahanan menyebut tiada kecederaan pada jasad.
“Pastinya seorang ibu akan rasa sedih, dan keluarga akan terus berjuang hingga mencapai keadilan,” katanya lagi.
Demi Keadilan, Bukan Bayaran
Menjawab desas-desus mengenai perkhidmatannya yang dikatakan ‘mahal’, Naran menegaskan beliau mengambil kes ini secara pro bono (percuma). “Saya lakukan ini demi keadilan untuk semua, tanpa mengira kaum, bangsa atau agama,” ujarnya.
Ads
Suara Seorang Ibu
Sementara itu, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, menyatakan rasa syukur kerana proses penggalian selesai dengan baik. “Alhamdulillah, saya berpuas hati. Terima kasih atas doa, sokongan dan tenaga orang ramai yang hadir. Selepas ini, kita tunggu keputusan bedah siasat kedua,” katanya dengan penuh harapan.
Kes ini membuka mata ramai remaja tentang realiti perjuangan menuntut keadilan. Doa dan sokongan rakyat Malaysia jelas menjadi kekuatan buat keluarga Allahyarham. Semoga hasil bedah siasat kedua kelak memberi jawapan yang jelas dan roh Syamsul Haris ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Baru-baru ini, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan jadual rasmi SPM 2025 bagi calon di seluruh negara. Peperiksaan penting ini dijadualkan bermula pada 3 November 2025 dan berakhir pada 23 Disember 2025.
Menurut jadual yang dikeluarkan oleh KPM, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, diikuti dengan siri ujian lain termasuk Ujian Amali Sains dan peperiksaan bertulis pada penghujung tahun. Calon disarankan memberi perhatian kepada semua tarikh penting berikut untuk memastikan persediaan lebih teratur.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 hingga 6 November 2025
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 hingga 13 November 2025
Ujian Amali Sains: 17 hingga 19 November 2025
Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025
Peperiksaan Bertulis: 25 November hingga 23 Disember 2025
Persediaan Awal Calon SPM 2025
Bagi calon SPM 2025, anda disarankan untuk mula membuat persiapan awal dan menyusun jadual ulang kaji berdasarkan tarikh peperiksaan masing-masing. Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan jadual ini untuk membantu calon menyeimbangkan masa belajar dan masa rehat dengan lebih berkesan.
Antara tips penting untuk persiapan awal SPM termasuk:
Menyediakan jadual belajar yang realistik dan seimbang.
Menumpukan kepada subjek yang lemah lebih awal.
Mengadakan sesi ulang kaji kumpulan bersama rakan-rakan.
Menjaga kesihatan fizikal dan mental menjelang peperiksaan.
Semakan Jadual Lengkap SPM 2025
Bagi yang ingin mendapatkan jadual penuh SPM 2025, calon boleh membuat semakan dan memuat turun dokumen rasmi melalui laman web Lembaga Peperiksaan KPM. Pastikan anda sentiasa mengikuti sebarang pengumuman terkini sekiranya berlaku perubahan tarikh.
Persediaan yang rapi serta pengurusan masa yang baik pasti membantu calon menghadapi SPM 2025 dengan lebih tenang dan yakin. Kami di Remaja mendoakan semua calon berjaya mencapai keputusan cemerlang. Ingatlah, setiap usaha yang anda lakukan hari ini pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi.
Selamat maju jaya dan semoga anda dikurniakan kekuatan, kesihatan serta ketenangan dalam menempuh peperiksaan SPM 2025 nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar dari Hebei di utara China, Zhao Ying Qi berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu selain ingin memahami budaya masyarakat Melayu sehingga mendorongnya memilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai sebagai destinasi pengajian.
Ying Qi (18) antara 1,200 pelajar yang mendaftarkan diri bagi mengikuti program Tamhidi USIM pada 24 Julai lalu.
Dia yang lebih mesra dipanggil Hikma berkata, selain ingin menguasai dengan baik Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu, dia turut mahu mencari ramai kawan baru dan mendalami pemahaman mengenai pengajian Islam di USIM.
“Malaysia bukan asing bagi saya kerana pernah mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di Sekolah Islam Antarabangsa Gombak, Selangor selama sembilan tahun”
“Sepanjang tempoh itu, saya berjaya memperoleh sijil IGCSE dan menghafal enam juzuk al-Quran. Saya ingin meletakkan asas yang kukuh dalam akademik dan pengajian agama”
Kredit: Berita Harian
Hikma juga turut akan mengikuti kursus Tahmidi dalam Teknologi Sains dan bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek.
Tambahnya lagi, reputasi USIM dalam menawarkan program pengajian sains yang cemerlang dalam persekitaran Islam menarik minatnya.
“Rakan memperkenalkan universiti ini kepada saya dan selepas melakukan kajian dengan teliti, saya mendapati ia sesuai dengan kehendak”
“Malaysia menawarkan persekitaran Islam yang lebih baik, berbanding belajar di China,” katanya menekankan kepentingan suasana yang menyokong nilai yang baik untuk perkembangan peribadi dan akademiknya”
Dia berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar antarabangsa lain untuk pertimbangan belajar di luar negara, terutama di Malaysia dalam persekitaran yang bukan sahaja menawarkan kecemerlangan akademik tetapi juga memupuk perkembangan peribadi dan rohani.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular rakaman buli kejam di IKBN Miri, pelajar dihentak kemaluan pada palang besi sehingga mengundang kemarahan ramai di media sosial. Rakaman yang tersebar menunjukkan bagaimana sekumpulan pelajar lelaki memperlakukan mangsa dengan tindakan yang sangat menyakitkan dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam video yang kini tular, tiga pelajar dilihat memegang bahagian atas badan seorang individu berbaju biru, manakala dua lagi memegang kaki kiri dan kanannya. Mereka kemudian menarik kaki mangsa hingga kemaluannya terhentak pada palang besi yang berada di celah kangkang. Meskipun mangsa menjerit kesakitan, perbuatan itu tetap dilakukan berulang kali.
Lebih mengejutkan, kejadian tersebut dirakam dari beberapa sudut berbeza oleh pelajar lain yang berada di lokasi, seolah-olah ia dijadikan hiburan. Rakaman itu kemudiannya dikongsi semula oleh selebriti dan aktivis Caprice, sekali gus membuka mata ramai pihak tentang betapa seriusnya budaya buli di institusi pengajian.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan insiden tersebut. Ramai menuntut agar pihak berkuasa, pengurusan institut serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar terbabit. Mereka berpendapat, selagi hukuman berat tidak dikenakan, kes buli akan terus berulang dan mengancam keselamatan pelajar lain.
Buli bukanlah perkara kecil. Ia boleh memberi kesan mendalam kepada mangsa seperti trauma, kemurungan, hilang keyakinan diri dan menjejaskan masa depan. Lebih parah, budaya merakam dan menyebarkan aksi buli di media sosial hanya menambahkan penderitaan mental kepada mangsa.
Sebagai remaja, penting untuk kita sedar bahawa buli bukanlah gurauan. Ia adalah jenayah sosial yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Empati, rasa hormat dan belas kasihan perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar agar institusi pengajian benar-benar menjadi tempat selamat untuk belajar dan membina masa depan.
Seorang anak muda Kelantan dipilih bagi menghasilkan sebuah lukisan emas Swarovski untuk Putera Mahkota Brunei menggunakan 1,000 kristal Swarovski dan wafer emas 999.