Nampaknya, peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 sudah pun habis dan mesti ada di antara korang yang sudah pun rancang nak buat aktiviti apa sementara menunggu keputusan SPM keluar, betul tak?
Dah alang-alang ada masa lapang, apa kata korang cuba isi masa lapang itu dengan aktiviti yang boleh menambah pendapatan dan pengalaman di masa akan datang. Sebagai contoh, mungkin korang boleh melakukan kerja part time dan jangan risau, kalau tak tahu nak kerja apa, REMAJA akan kongsi beberapa idea best untuk anda!
Pembantu Pentadbir
Bekerja sebagai pembantu pentadbir atau admin assistant ini bukan sahaja beri peluang untuk anda pelajari kemahiran penting dalam pentadbiran dan pengurusan syarikat. Walaupun mungkin ada tugasan seperti sediakan kopi, jawab telefon tetapi anda juga boleh belajar cara untuk menyedia dan menyusun fail serta dokumen penting syarikat dimana kemahiran ini mungkin berguna untuk dipraktikkan pada kerjaya korang pada masa akan datang selepas habis belajar di universiti nanti.
Ads
Pembantu Jualan
Industri runcit sentiasa mencari tenaga kerja sementara untuk membantu dalam operasi harian kedai. Jadi, waktu ini jugalah peluang terbaik korang untuk cuba bekerja di kedai serbaneka, kedai pakaian, kedai buku dan sebagainya. Selain ada waktu yang fleksibel (shift), anda juga berpeluang untuk tingkatkan kemahiran komunikasi dengan cara berinteraksi bersama pelanggan.
Ads
Tutor Tuisyen
Antara yang paling mudah nak buat! Dengan menjadi tutor tuisyen kepada pelajar sekolah rendah atau menengah, korang ada peluang untuk kongsi ilmu pengetahuan dan bantu pelajar junior korang tau! Selain itu, masa juga lebih fleksibel sebab jadual boleh ditetapkan sendiri antara korang dan pelajar. Gaji juga lebih lumayan sebab ia bergantung dengan jumlah jam, bilangan pelajar dan juga subjek yang diajar.
Ads
Pelayan
Untuk pengetahuan anda, industri makanan dan minuman (F&B) sentiasa memerlukan tenaga kerja sambilan, terutamanya semasa musim sibuk seperti cuti sekolah. Tidak kira sama ada korang pilih untuk bekerja sementara di restoran tempatan atau antarabangsa, ini merupakan peluang yang baik untuk mempelajari kerja pasukan, mengasah kemahiran pelanggan, dan memahami operasi harian dalam industri makanan.
Nah, jadi itu antara kerja part time yang patut korang cuba sebagai lepasan SPM. Sebenarnya tak perlu kerja yang susah pun, sekadar ambil pengalaman dan belajar kemahiran baru pun sudah cukup sebab nanti ia juga sedikit sebanyak membantu korang untuk lengkapkan resume bila nak mohon kerja lain di masa hadapan terutamanya untuk korang yang ada rancangan nak sambung belajar itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pencinta buku, kedai buku terbesar di Malaysia BookXcess kini telah membuka sebuah lagi cawangan di MyTown Cheras dengan keluasan sekitar 31,200 kaki persegi. Lokasi kedai buku ini terletak di tingkat 1 bersebelahan dengan outlet Uniqlo.
Bagi korang yang suka membaca, cawangan ini menawarkan lebih daripada 170,000 buah buku dan apa yang menariknya, cawangan BookXcess di MyTown Cheras ini punya tarikannya tersendiri.
Apa yang bestnya di cawangan ini, jom kita lihat sebab-sebab kenapa korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman di BookXcess MyTown Cheras ini.
1. Restoran Jepun dan Coffee bar
BookXcess MyTown adalah satu-satunya cawangan kedai buku yang mempunyai restoran makanan Jepun dan coffee bar di dalamnya. Ume Tei Japanese Restaurant ini menyajikan masakan Okinawa asli dan Whisk Coffee Bar & Cakes menawarkan kek, kopi dan teh yang lazat. Dah penat pilih buku, korang boleh lepak chill minum kopi dan makan-makan dulu.
2. Menyediakan co-working space
Pengunjung juga boleh menggunakan ruang yang disediakan untuk melakukan pekerjaan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti meja, kerusi dan WiFi.
3. Papu Art Gallery
Menempatkan hasil karya anak seni tempatan dan korang juga boleh membeli terus hasil lukisan yang dipamerkan ini dengan harga serendah RM200.
4. Poster selebriti terkenal dunia
Pengunjung juga boleh mendapatkan hasil karya yang menampilkan wajah-wajah terkenal personaliti dunia dengan pelbagai saiz yang ditawarkan.
So guys, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman di BookXcess MyTown Cheras yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pengunaan pulse oximeter sering disebut kerana ia merupakan antara alatan penting di rumah bagi mengukur tahap oksiden dalam badan dan kadar denyutan jantung.
Lebih-lebih lagi kepada pesakit COVID-19 yang dikuarantin di rumah, penggunaan alat ini dapat mengetahui sama ada keadaan mereka baik atau tidak.
Oleh yang demikian, penting untuk korang mengetahui cara menggunakan pulse oximeter ini dengan betul bagi mengelakkan bacaan yang tidak tepat.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Contohnya, tiga kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika korang merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan. Berikut adalah cara penggunaan pulse oximeter dengan betul.
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan korang di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan pada paras tersebut
4. Hidupkan pulse oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
5. Kekalkan posisi tangan korang dengan pulse oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat
Gambar hiasan
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati dan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95 peratus, korang dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan.
Satu lagi pesanan kami, sebelum membeli pulse oximeter ini, pastikan ia dari jualan yang sah kerana sudah banyak pulse oximeter palsu dijual secara online.
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.