Baru-baru ini, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan jadual rasmi SPM 2025 bagi calon di seluruh negara. Peperiksaan penting ini dijadualkan bermula pada 3 November 2025 dan berakhir pada 23 Disember 2025.
Menurut jadual yang dikeluarkan oleh KPM, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, diikuti dengan siri ujian lain termasuk Ujian Amali Sains dan peperiksaan bertulis pada penghujung tahun. Calon disarankan memberi perhatian kepada semua tarikh penting berikut untuk memastikan persediaan lebih teratur.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 hingga 6 November 2025
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 hingga 13 November 2025
Ujian Amali Sains: 17 hingga 19 November 2025
Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025
Peperiksaan Bertulis: 25 November hingga 23 Disember 2025
Persediaan Awal Calon SPM 2025
Bagi calon SPM 2025, anda disarankan untuk mula membuat persiapan awal dan menyusun jadual ulang kaji berdasarkan tarikh peperiksaan masing-masing. Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan jadual ini untuk membantu calon menyeimbangkan masa belajar dan masa rehat dengan lebih berkesan.
Antara tips penting untuk persiapan awal SPM termasuk:
Menyediakan jadual belajar yang realistik dan seimbang.
Menumpukan kepada subjek yang lemah lebih awal.
Mengadakan sesi ulang kaji kumpulan bersama rakan-rakan.
Menjaga kesihatan fizikal dan mental menjelang peperiksaan.
Semakan Jadual Lengkap SPM 2025
Bagi yang ingin mendapatkan jadual penuh SPM 2025, calon boleh membuat semakan dan memuat turun dokumen rasmi melalui laman web Lembaga Peperiksaan KPM. Pastikan anda sentiasa mengikuti sebarang pengumuman terkini sekiranya berlaku perubahan tarikh.
Persediaan yang rapi serta pengurusan masa yang baik pasti membantu calon menghadapi SPM 2025 dengan lebih tenang dan yakin. Kami di Remaja mendoakan semua calon berjaya mencapai keputusan cemerlang. Ingatlah, setiap usaha yang anda lakukan hari ini pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi.
Selamat maju jaya dan semoga anda dikurniakan kekuatan, kesihatan serta ketenangan dalam menempuh peperiksaan SPM 2025 nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Insiden menyayat hati itu melibatkan sekumpulan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.
Bas yang membawa penuntut tersebut telah bertolak dari Jerteh kira-kira jam 9 malam dan kemalangan dilaporkan berlaku lebih kurang empat jam kemudian, sekitar 1.10 pagi, menurut laporan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Perak.
Hasil siasatan awal mendapati 13 mangsa maut di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gerik.
Selain itu, sejumlah besar mangsa lain turut mengalami pelbagai tahap kecederaan – dengan tujuh orang kritikal dan dirawat di zon merah, 20 cedera sederhana (zon kuning) dan enam lagi dalam keadaan stabil (zon hijau).
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung punca nahas, manakala proses pengecaman dan pengesahan identiti mangsa masih diteruskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ammar Ahyan, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, berkata kehadirannya ke Konvensyen 80 Tahun Umno adalah untuk menilai sendiri pemimpin parti itu dari sudut pandang sebagai pengundi kali pertama dan bakal ahli.
Bakal berusia 18 tahun, sekali gus layak mengundi pada PRU16 serta menyertai mana-mana parti politik, Ammar berkata dia mahu mendengar sendiri ucapan pemimpin negara sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya belum daftar sebab baru tahun ini saya masuk 18 tahun dan kali pertama saya boleh mengundi pada PRU akan datang,” katanya kepada pemberita.
Menurut Ammar, dia masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti, termasuk Umno, dan perkara itu masih dalam pertimbangannya.
“Mungkin ada kemungkinan yang tinggi (jadi ahli Umno). Saya akan fikir,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan ibunya, Nur Shahida Mohd Rashid, berkata Ammar memang menunjukkan minat dalam bidang politik dan pernah menyuarakan hasrat untuk menyertai Umno selepas tamat persekolahan.
Mengulas pemerhatiannya sepanjang konvensyen itu, Ammar berkata beliau melihat perubahan dalam pendekatan pemimpin Umno yang kini lebih memberi tumpuan kepada masa depan berbanding nostalgia perjuangan lalu.
“Dulu saya nampak pemimpin suka cerita pasal benda-benda lama, macam tak boleh ‘move on’.
“Tapi sekarang mereka nak cerita pasal masa depan, itu buat saya tertarik,” katanya.
Pendekatan tersebut, menurutnya, sedikit sebanyak menarik minatnya untuk terus mengikuti perkembangan politik sebelum membuat keputusan sebagai pengundi muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kredit: MSN Selangor
Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!