Mungkin ramai diantara kita yang skip part memakai pelindung matahari SPF atau sunblock. Tapi, korang tahu tak sebenarnya pelindung kulit ini lebih baik jika digunakan setiap hari ketika korang keluar dari rumah.
Sunblock dapat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah, terutamanya di negara seperti Malaysia yang beriiklim tropika.
SPF biasanya ditentukan oleh jenis kulit dan warna. SPF melindungi kulit daripada keadaan perubatan seperti kanser kulit dan TPF (Tan Protection Factor) menghalang kulit dari pigmentasi dan perubahan warna. Pengawasan matahari harus dipilih mengikut warna kulit. Sebagai contoh, individu berkulit gelap sepatutnya memilih SPF yang lebih rendah, manakala yang cerah pilih krim dengan SPF yang lebih tinggi.
Jadi, kami kongsikan tip bagi korang memilih krim sunblock mengikut jenis kulit yang sesuai.
Ads
Berminyak – Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit paling bermasalah. Lagi-lagi di kawasan hidung, dahi, dan pipi. Untuk itu, gel atau formula SPF berasaskan aqua berfungsi dengan baik, malah serbuk juga. Ini mempunyai kesan pengeringan dan tidak menjadikan kulit kelihatan berminyak.
Normal – Jenis kulit paling tidak bermasalah. Kulit tidak berminyak, kelihatan bersih dan sihat sahaja. Pilih krim pelindung matahari berasaskan krim.
Kering – Kulit kering mempunyai tahap sebum yang rendah dan boleh terdedah kepada sensitif. Kulit kelihatan kering kerana ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Kulit biasanya terasa ketat dan tidak selesa selepas mencuci kecuali pelembap atau krim digunakan. Losyen atau pelembab SPF adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Sentiasa pilih krim yang tebal dan tidak ringan (contohnya matte). Semakin tinggi SPF, semakin berminyak formula tersebut.
Apa Jadi Kalau Tak Guna Krim Pelindung Matahari
Menurut satu kajian Australia yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine tahun 2013, sinaran matahari menyebabkan kira-kira 90% penuaan pada kulit.
Ads
Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit.
Foto Via Pexels
Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di tempat yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit.
Pendedahan matahari juga boleh membawa kepada jerawat. Ia menyebabkan pembentukan sel-sel mati yang menyumbat liang-liang, dan ini akan memburukkan lagi jerawat.
Kulit tan akibat sinaran matahari hanya sementara menyamarkan kemerahan jerawat dan mengeringkan permukaan kulit, tetapi pendedahan cahaya matahari menyebabkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.
Ads
Bila Masa Sesuai Guna Krim Pelindung Matahari
Korang dinasihatkan mengguna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah, ini untuk membenarkan waktu pengeringan pada semua kawasan yang terdedah.
Sapu semula setiap 2 jam apabila terdedah kepada matahari pada umumnya, bahkan pada hari-hari berawan ketika 80% sinar UV dapat menembus awan. Apabila keluar di pantai, adalah disyorkan untuk guna krim setiap 15-20 minit. Basuh muka anda atau lap di kawasan dengan tisu basah sebelum dipakai semula.
Ingat keluar rumah sila guna krim pelindung matahari okay!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aura positif sentiasa terpancar di wajah Puan Seri Tiara Jacquelina sekaligus menyerlah kecantikan sebenar pemegang watak utama dalam Filem Puteri Gunung Ledang.
Puan Seri Tiara Jacquelina kelihatan sangat teruja menceritakan aktiviti sihat yang dilakukan hampir sedekad dalam usianya.
Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.
“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya.
Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.
“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.
“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
Info Tambahan : Khasiat Kobis Bunga untuk Kesihatan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Nampaknya percaturan organisasi ratu cantik Afrika Selatan menghantar Lalela Mswane sebagai peserta Miss Supranational 2022 menjadi apabila gadis berusia 25 tahun ini dinobatkan sebagai juara.
Menerusi kemenangannya ini, dia menjadi peserta pertama dari Afrika Selatan berjaya memenangi mahkota tersebut.
Sebelum ini, sebagai pemenang Miss South Africa 2021 dia telah di hantar untuk mewakili negaranya ke pentas Miss Universe 2021. Biarpun penyertaannya ketika itu menuai kritikan kerajaan dan segelintir rakyat negaranya sendiri dek pertandingan yang di adakan di Israel, namun dia tidak mengalah dan akhirnya bergelar pemenang tempat ketiga.
Siapa sangka dari pemenang tempat ketiga, kini dia menjuarai sebuah pertandingan ratu cantik lain yang turut sama memiliki prestij yang tinggi. Sudah menjadi pilihan ramai sebagai salah seorang peserta mega-favourite, Lalela menembusi kesemua halangan dari peringkat top 24 ke top 12 sehingglah top 5 sebelum diumumkan sebagai juara.
Saat berada di peringkat lima terbaik, dia telah ditanyakan soalan berkenaan mengapa manusia takut kehilangan perkara yang mereka tidak miliki. Lalela menjawab, “Saya fikir ia berpunca daripada ketakutan mengenai kesempurnaan, atau tekanan dunia dan cuba mencari kebahagiaan yang tidak dimiliki.
“Orang ramai cenderung mengalami rasa tidak puas hati dengan apa yang mereka ada, jadi saya fikir kita perlu mengubah mentaliti tersebut. Sikap bersyukur harus menjadi sesuatu pegangan yang kita tanam dalam diri setiap hari.”
Pertandingan yang diadakan buat kali ke-13 ini menyaksikan wakil Thailand, Praewannich Ruangthong dikedudukan naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Huynh Kim Duyên pula ditempat ketiga. Melangkapkan senarai top 5 ialah wakil Indonesia, Adinda Cresheilla dan wakil Venezuela, Ismelys Velásquez, mereka masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.
Untuk edisi ini, seramai 69 peserta dari seluruh dunia terbang ke Poland untuk bertanding. Wakil negara kita, Melisha Lin hanya berjaya mara bergelar peserta top 24 sebelum gagal untuk ke peringkat top 12.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, “Sebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.”
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.