Aura positif sentiasa terpancar di wajah Puan Seri Tiara Jacquelina sekaligus menyerlah kecantikan sebenar pemegang watak utama dalam Filem Puteri Gunung Ledang.
Puan Seri Tiara Jacquelina kelihatan sangat teruja menceritakan aktiviti sihat yang dilakukan hampir sedekad dalam usianya.
Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
Ads
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.
“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya.
Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.
Ads
“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.
“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
Info Tambahan : Khasiat Kobis Bunga untuk Kesihatan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap bulan semua perempuan mempunyai masalah yang hampir sama, iaitu mengalami period pain. Sama ada kronik atau tidak, senggugut ketika datang bulan dah jadi perkara biasa untuk mereka.
Bagi individu yang sering berhadapan dengan masalah period pain yang teruk, seorang pengguna Twitter telah berkongsi tip tentang penggunaan herbal plaster yang dapat membantu mengurangkan rasa senggugut daripada asyik menelan pil tahan sakit.
Betul juga tu, kalau terlalu bergantung pada ubat je pun tak elok sangat, jadi apa kata korang cuba inisiatif lain yang dikongsi oleh Hanis Rodzmi ini.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan penggunaan plaster yang boleh korang dapatkan di Daiso. Harga pun jauh lebih murah dan dapat memberikan kesan yang sama.
Harapnya kaedah ini dapat membantu perempuan di luar sana dalam menyelesaikan masalah ‘bulanan’ mereka. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun pandemik covid-19 melanda negara, itu tidak menjadi penghalang bagi organisasi Miss Grand Malaysia untuk mencari wakil yang seterusnya bagi menggalas tugas mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang dijangka berlangsung pada Disember tahun ini.
Mengadakan pertandingan secara virtual. Seramai 23 peserta yang menyertai pertandingan ini dikecilkan menjadi 5 finalis sahaja. Kelima-lima finalis ini diadili dalam beberapa peringkat dan juga cabaran selama sebulan pada Julai lalu. Akhirnya Lishalliny Kanaran, 24, dinobatkan sebagai juara.
.
Dia yang mendapat markah 80.2 peratus secara keseluruhan mendahului pertandingan dengan margin yang sangat besar. Berada di tempat kedua pula ialah Malveen Kaur dengan 72.2% diikuti dengan Poorani Raju, Anya Kimberly dan Kelly Kahil masing-masing memperolehi 71.8%, 68.3% dan 68%.
.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini bukanlah asing bagi pertandingan ini. Ini merupakan percubaan kali ketiganya dan ternyata tidak sia-sia. Nampaknya usaha yang ditonjolkan membuahkan hasil dan dia kini bergelar Miss Grand Malaysia 2021. Merupakan pelajar dalam bidang seni bina, Lishalliny membawa advokasi untuk memberi kesedaran mengenai kemiskinan haid dan juga pendidikan kanak-kanak.
.
Organisasi Miss Grand Malaysia sudah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 2013. Dalam tempoh itu dua wakil berjaya menjadi semifinalis menerusi Ranmeet Jassal yang berada dalam kelompok top 20 pada tahun 2016 dan Jesabel Robert yang berjaya berada di kedudukan top 10 pada edisi 2020.
Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada Lishalliny!
Terasa seperti selebriti, sosialit dan usahawan popular, Kim Kardashian baru sahaja mengandungkan anak pertamanya bersama Kanye West satu masa dahulu. Pejam celik, lapan tahun telah berlalu dan anak-beranak itu kini telah berubah menjadi lebih matang.
Well, we are not talking about Kim or Kanye. Sebaliknya, kami lebih tertarik dengan perkembangan imej terbaru anak dara mereka yang kini sudahpun berusia lapan tahun iaitu North West.
Kim semakin kerap memuat naik foto bersama North kebelakangan ini apabila mereka sering dilihat berada di lokasi yang sama termasuklah di lokasi perkahwinan Kourtney Kardashian dan Travis Barker di Portofino, Itali. Selalunya, mata akan tertumpu kepada kehadiran Kim. Namun kali ini berlainan sedikit apabila warganet lebih tertarik dengan North yang dilihat lebih matang berbanding usianya.
Pasangan ibu dan anak itu dilihat gemar tampil ‘matchy-matchy dalam persalinan mereka. Sebagai contoh sewaktu berada di sebuah restoran, Kim dan North memilih persalinan hitam dan kelabu ibarat BFF. Sambil menari bersama, North dilihat sudah semakin menghampiri ketinggian Kim dan kini berada di paras bahu ibunya itu.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan Kourtney, Kim dan North juga dilihat amat rapat serta saling melengkapi dalam kepingan foto yang dimuat naik. Ada peminat yang berkata North perlahan-lahan semakin menyerupai Kim. Ada juga yang menganggap North umpama kembar Kim.
Namun, tidak semua warganet yang mempunyai tanggapan positif terhadap imej matang North. Ada yang tidak bersetuju dengan keputusan Kim membenarkan anaknya memakai sepatu setinggi dua inci pada usia semuda lapan tahun. Malah, pemakaian korset (di luar bajunya), rantai jenis choker dan imej bersolek North juga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemerhati.
Hhm, apa pendapat korang?
Buat masa ini, Kim dan Kanye masing-masing berkongsi hak penjagaan North dan tiga lagi anak mereka yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa Pak Azad, mengambil tindakan tegas apabila mendedahkan wajah beberapa individu yang didakwa melakukan...