Media sosial menjadi medium orang ramai menyuarakan apa yang mereka ingin sampaikan. Ada kalanya baik untuk bacaan semua pihak tapi ada juga yang boleh mengelirukan jika ia tidak tepat terutama dalam soal agama.
Berikutan tidak mahu masyarakat terkeliru dalam bab talak terutama bagi perkahwinan di usia muda, Ustaz Dr Syed Shahridzan Ben-Agil telah berkongsi ilmu mengenai lafaz kinayah iaitu kata-kata kiasan dalam bab talak.
Lafaz Kinayah (kiasan) dalam bab talak
Ilmu wajib disampaikan dengan penuh amanah, fakta mestilah tepat dan tidak mengelirukan para pendengar dan pembaca. Jangan sampai sesuatu penyampaian itu menimbulkan salah faham dan salah amal terhadap sesuatu perkara. Jika ia berlaku, tanggungjawabnya berat yang perlu dijawab di hadapan Allah.
Ads
1) Berkenaan poster ini, sangat mengelirukan orang awam Sepatutnya tidak boleh dipaparkan sebegini tanpa perincinan.
2) Lafaz-lafaz dalam poster tersebut adalah kinayah(kiasan), jadi ia bergantung pada niat, kalau niat kinayah dilafazkan dengan niat mentalakkan isteri maka jatuh talak itu. Ini kerana lafaz kinayah(kiasan) boleh memberi maksud yg lain, tak semesti maksud talak. Ini dijelaskan boleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya "Al-Iqna' bi Hall Alfaz Abi Syuja": وكناية وهو ما يحتمل الطلاق وغيره فيحتاج إلى نية لإيقاعه. Maksudnya: "(Talak) Kinayah ialah apa-apa (lafaz) yang membawa makna talak dan selainnya, maka ia memerlukan niat untuk menjatuhkannya".
Ads
3) Oleh itu apa-apa sahaja lafaz selain dari lafaz yang jelas dan nyata(sarih) maka ia memerlukan niat, seperti seorang lelaki berkata kepada isterinya, "Saya tak nak tengok muka awak lagi". Lafaz ini dikira sebagai talak JIKA si suami berniat di dalam hati untuk menceraikan isterinya.
4) Jika si suami menafikan niat cerai di mana berkemungkinan si suami berniat lain(seperti menyampah dan marah sahaja), maka hakim wajib mengambil kata-kata zahirnya dan talak tidak jatuh. Meskipun si suami berbohong(sebenarnya di hati berniat cerai), maka itu adalah urusan si suami dengan Allah Ta'ala kerana urusan hati hanya milik Allah dan dia akan bertanggungjawab di hari pembalasan nanti.
Ads
5) Manakala lafaz talak yang jelas dan nyata(sarih) tidak memerlukan niat talak/cerai, iaitu ia tetap jatuh talak walaupun tanpa niat talak seperti lafaz "Aku ceraikan kau" dan "Aku talakkan kau". Ini dijelaskan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam kitab yang sama:
صريح وهو ما لا يحتمل ظاهره غير الطلاق, فلا يحتاج إلى النية لإيقاع الطلاق. Maksudnya: "(Talak) sarih ialah apa-apa (lafaz) yang tidak membawa makna zahirnya selain dari (makna) talak, maka ia tidak memerlukan niat untuk menjatuhkan talak".
6) Bagi mereka yang merasakan diri kurang pengetahuan terutamanya ilmu agama, hendaklah berhati-hati dalam menyampai fakta, ilmu dan berita. Jangan sampai kita dipertanggungjawabkan oleh Allah kerana kelalaian kita yang disengajakan sehingga tersebarnya fakta yang salah. Lebih teruk lagi apabila orang ramai beramal dengan ilmu salah yang telah kita sebarkan. Wallahu A'lam Abu Ruqayyah Ba 'Alawi. Sumber / gambar : FB Ustaz Dr Syed Shahridzan Ben-Agil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara umum, ‘nasi bajet atau menu bajet’ merujuk kepada hidangan lengkap dan dijual dengan harga murah. Biasanya, ia selalu dikaitkan dengan para pelajar di kampus.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini juga banyak mendorong orang ramai memilih nasi bajet kerana ia jauh lebih menjimatkan.
Tapi jangan tak percaya, ada berita baik buat peminat makanan kedai ‘Mamak’. Ada satu menu bajet akan diperkenalkan di lebih 10,000 restoran mamak di seluruh negara. Hal ini bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40 di kawasan bandar yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Foto Via Utusan Malaysia
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, inisiatif tersebut akan dibincangkan di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam tempoh terdekat.
Setakat ini, harga menu berkenaan belum lagi dapat didedahkan, namun ianya dikatakan akan diselaraskan bersesuaian dengan jenis makanan dan tempoh waktu tertentu.
“Sajian pada harga mampu milik atau bajet itu akan selaras di semua restoran mamak sama ada pada waktu siang atau malam.
“Namun, ia mungkin bergantung kepada tempoh waktu tertentu dan harganya akan ditetapkan nanti selepas perbincangan dengan kementerian berkaitan,” katanya yang dipetik oleh wartawan Iskandar Shah Mohamed dari Utusan Malaysia.
Menurutnya lagi, inisiatif itu juga kelak akan dipantau sepenuhnya oleh kementerian bertanggungjawab bersama dengan pihaknya. Pihaknya menjangkakan menu bajet itu akan dilaksanakan pada awal tahun 2023.
Alhamdulillah, ada juga berita gembira di zaman semua barang mahal ini. Happy tak peminat ‘makanan mamak’?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, personaliti YouTube Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa ‘naik angin’ di media sosial.
Segalanya berpunca daripada perasaan ingin tahu netizen mengenai susur galur keluarga Athisha yang berskala agak besar.
Apabila muncul acara keraian seperti majlis perkahwinan Mohamed Aqif (adik Noor Neelofa) dan Aina Syahira hujung minggu lalu, ahli keluarga Athisha pasti akan berkumpul untuk meraikannya beramai-ramai.
Seperti kebiasaan, foto dan video acara akan dimuat naik dan ramai mula tertanya-tanya mengenai hubungan ahli keluarganya. Senang cerita, who is who, which is which.
Tidak salah pun untuk netizen mempunyai rasa ingin tahu itu memandangkan ramai yang meminati ahli keluarga Athisha seperti dirinya, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.
Yang salahnya adalah apabila ada netizen yang memuat naik spekulasi tidak berasas mengenai keluarganya. Mulalah ada netizen yang melontarkan cercaan, tohmahan malah fitnah terhadap mereka tanpa selidik.
Justeru sebagai salah seorang ahli keluarganya, Athisha enggan lagi berduduk diam dengan situasi tersebut dan memberi amaran menerusi akaun Twitter-nya, semalam.
“Sekiranya sesiapa ingin mengatakan sesuatu mengenai ibu bapa saya tanpa mengetahui apa-apa, let me make this clear to you, **** you”
“Kamu tahu saya tidak akan menggunakan perkataan seperti itu di online melainkan saya benar, benar marah. Tolong belajar untuk ada perasaan hormat.
Belajar untuk mempunyai sedikit rasa hormat kepada diri sendiri. Rasa malu sikit, kasihan kepada ibu bapa kamu,” jelas Athisha.
Amaran tersebut adalah berasas memandangkan kita semua perlu melakukan segala daya untuk mempertahankan keluarga kita daripada kata-kata negatif orang lain.
Jika sekali dua, tak apalah juga untuk kita memaafkan. Tetapi kalau dah kerap sangat, siapa saja yang tidak akan ‘meletup’?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat julung kalinya, sebuah program realiti digital pertama pencarian makeup artist, Nona Fabulous MUA 2019 dengan kolaborasi jenama kosmetik, Farmasi Color Cosmetic (FCC) dilancarkan hari ini.
Bertempat di Sogo i-City Shah Alam, program tersebut dilancarkan oleh editor majalah Nona, Kiffy Razak bersama Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail.
“Terima kasih sangat-sangat kepada FCC kerana berkolaborasi dengan majalah Nona, terima kasih saya juga kepada semua MUA Malaysia yang mewarnai majalah Nona sepanjang 34 tahun di Malaysia.
“Tanpa mereka ini tak mewarnailah majalah Nona itu. Dan untuk mewarnai lagi industri makeup di Malaysia maka lahirkan Fabulous MUA.
“Kita nak cari bakat yang terbaik, kita memang dah ada yg terbaik, yang professional jadi kita nak lahirkan lagi ramai. Saya tahu ramai skill makeup banyak jadi kita nak blast lagi, nak ada nilai, ada aura, kita nak bawa mereka ke level seterusnya, jelasnya ketika majlis pelancaran program realiti tersebut.
Untuk pengetahuan, Nona Fabulous MUA 2019 akan mengadakan tarikh uji bakat pada 14 dan 15 September depan di Performing Arts Theatre, MSU, Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Untuk join, para peserta boleh mendapatkan boring pendaftaran melalui majalah Nona edisi September 2019 dan membawa portfolio solekan atau hasil kerja mereka. Selain itu, resit pembelian barangan FCC juga perlu disertakan.
Terdapat juga tiket fast lane yang dibuka kepada para peserta di mana mereka perlu memuat naik video kreatif bersama produk FCC dan majalah Nona serta memuat naik video tersebut di Instagram beserta #Fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc. 30 pemenang bertuah akan mendapat tiket fast lane ini.
Sementara itu, program tersebut bakal disiarkan sebanyak 6 episod bermula pada 1 November jam 8 malam di platform digital Youtube Majalah Nona dan Facebook Majalah Nona.
Pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai, hotel penginapan, barangan kemas dan juga set penjagaan diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Izzahan Isman, bekas pelajar tahfiz tajaan MARA, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Amerika Syarikat dengan CGPA 3.72 serta meraih pelbagai anugerah akademik dan kepimpinan.