Berita baik buat rakyat Malaysia, kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati dengan hanya harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
Walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Ads
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih. Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Boleh dikatakan hampir RM10 harga dikurangkan daripada harga sebenar kit ujian kendiri. Dengan pengurangan harga ini, diharap ia tidak lagi menjadi beban buat masyarakat untuk mendapatkan kit ujian kendiri bagi melakukan saringan COVID-19 di rumah.
Dengan situasi kenaikan harga barangan basah di Malaysia sekarang, tidak hairanlah harga makanan serta minuman mula dinaikkan oleh pengusaha restoran
Khabarnya, menu wajib rakyat Malaysia iaity roti canai juga akan menerima nasib sama seawal akhir Jun ini. Pengusaha restoran mamak di Lembah Klang dijangka menaikkan harganya pada kadar 20 sen hingga 50 sen sekiranya harga bahan mentah terus meningkat.
Kongsi Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) iaitu Datuk Jawahar Ali Taib Khan, ini berikutan kenaikan harga seguni tepung gandum seberat 25 kilogram. Jika sebelum ini, harganya diletakkan pada kadar RM45, kini ia dijual pada harga RM65.
“Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum akhir Jun ini. Bagaimanapun, sebarang kenaikan harga makanan akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya semalam.
Buat pengusaha restoran di sesetengah kawasan pula, harga roti canai telahpun mereka naikkan sejak dua minggu lalu. Namun, harga baharunya tidaklah sedrastik yang disangka. Ada roti canai yang telah dinaikkan harga dari RM1 kepada RM1.20 hingga RM1.50 bersesuaian dengan kos penyediaannya.
Adakah kawasan korang juga mengalami kenaikan harga roti canai ini? Hhm..
Jika korang tidak sanggup untuk membayar lebih untuk hidangan seperti roti canai, apa kata korang sediakan sendiri di rumah je.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular tentang isu doktor kontrak di hospital kerajaan kerana para doktor kontrak ini tidak mendapat jawatan tetap setelah berkhidmat sebagai doktor selama bertahun lamanya. Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak 20 tahun yang lalu.
Namun apa yang berlaku pagi tadi, kumpulan doktor kontrak di hospital kerajaan telah pun mengadakan protes di seluruh negara bagi menuntut jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.
Menerusi sesi live yang dibuat oleh Sinar Harian, dilihat sekumpulan doktor membawa plakad dengan tulisan antaranya “Fight for our Healthcare System’s Future”, “We want permanent job” dan “We want career security”.
Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Omar, beliau telah berkhidmat di Hospital Shah Alam selama 5 tahun. Jelasnya, walaupun ada pihak atasan yang melarangnya untuk melakukan protes itu, namun beliau dan beberapa lagi rakan doktor tetap ingin memperjuangkan hak mereka.
Jelasnya lagi, lebih daripada separuh doktor di Hospital Shah Alam adalah doktor kontrak dan jika mereka semua berhenti, siapa yang bakal merawat pesakit yang ada?
“Kami hanya ingin meminta hak yang sama rata dan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kita kena faham jadi doktor ini dari satu generasi ke generasi yang lain, pelapis negara. Doktor yang berumur 50 tahun nanti akan bersara dan siapa yang akan menggantikan tempat mereka? Adik-adik inilah yang akan menggantikan mereka. Tetapi mereka telah dinafikan hak,”
“Kami ada menerima mesej sekiranya melakukan protes ini akan dikenakan tindakan tatatertib, kata dua daripada kami, sama ada saya dah tamat perkhidmatan bulan 12 ini atau saya akan ditamatkan perkhidmatan pada bulan Ogos ini. Beza empat bulan sahaja, sebab itu kami turun,”
“Sejujurnya, saya melakukan ini adalah untuk adik-adik saya, ramai lagi doktor muda yang menerima nasib yang sama. Kita tengok rakyat mengadu tunggu lama, rawatan lambat, semuanya kita dah tahu sebab kekurangan doktor. Bukan hanya doktor, tetapi petugas kesihatan yang lain seperti jururawat dan pembantu doktor,” jelas doktor itu lagi.
Tidak lama selepas doktor itu ditemu bual oleh wartawan, mereka disuruh berhenti oleh pihak polis.
Difahamkan, antara lokasi tunjuk protes yang lain turut dilakukan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Melaka, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Sultanah Aminah ( HSA) Johor Bahru, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu dan Hospital Pulau Pinang.
Sama-samalah kita berdoa agar doktor kontrak ini mendapat keadilan dan pembelaan kerana jika lebih ramai doktor berhenti, makin tidak teruruslah sistem perubatan di negara kita.
Semalam baru sahaja diumumkan keseluruhan Malaysia kecuali Sarawak perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh. Semakin hari kes semakin meningkat, kelmarin jumlah pesakit kes aktif positif Covid-19 di negara kita adalah seramai 39,464 orang.
Dalam kemelut pandemik ini, semalam seorang petugas barisan hadapan kesihatan telah meninggal dunia selepas jatuh sakit.
Menurut kenyataan dalam sebuah hantaran di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia setelah jatuh sakit akibat terlalu penat dan letih selain kurang masa untuk berehat apabila bertugas sebagai petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19. Dalam kenyataan itu lagi, Dr Ali tertidur setika bertugas sebelum jatuh pengsan.
AYUH BANTU FRONTLINERS
Sedih mendengar kisah kematian seorang doktor yang tidak kenal penat dalam berjuang. Kita boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita berganding bahu dalam menurunkan kes.
Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai mask sentiasa tidak kiralah sewaktu bercakap sekalipun. Jangan ada sentuhan dan kekalkan penjarakan sosial. Ini mampu mengelakkan virus merebak. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk melindungi diri kita sebaliknya kita turut membantu para frontliners agar mereka tidak terlalu penat melayan kes yang semakin meningkat.