Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).
Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi.
Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.
Ads
Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.
Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana
Menurut wanita ini, banyak juga kelebihan sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Antaranya:
1. Proses pengajaran semakin kreatif
Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.
Ads
2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)
Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.
3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan
Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.
Ads
Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.
Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan umum. Jadi, korang fikir-fikirlah sendiri ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sehingga semalam, kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan jumlah sebanyak 27,831 kes dan hal ini menyebabkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM memaklumkan keputusan penangguhan ini dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan. Melalui mesyuarat berkenaan, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan istiadat konvokesyen yang membabitkan seramai 27,287 graduan.
Penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan dijangka akan dilaksanakan semula pada Jun hingga Julan 2022.
Menurut kenyataan UiTM, keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan keprihatinan Kementerian Pengajian TInggi berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara.
Foto: Konvokesyen UiTM (Gambar hiasan)
Penangguhan itu juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pihak pengurusan UiTM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau boleh hubungi 03-55443110 atau 03-55443114.
Walau bagaimanapun, keputusan ini nampaknya mendapat reaksi berbeza daripada segelintir masyarakat yang kesal dengan penangguhan tersebut.
Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar segala urusan para graduan dipermudahkan dan semoga penularan COVID-19 dapat dikurangkan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon yang popular dengan lakonan dalam drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk dilaporkan kini bercinta dengan bekas ahli Hello Venus, Nara.
Memetik laporan Newsls, kedua-dua mereka bertemu ketika Nara masih lagi merupakan ahli Hello Venus dan bibit-bibit cinta mula berputik apabila Lee Jong Suk ingin idol itu menyertai agensinya, A Man Project.
Perkara tersebut disahkan oleh sumber dalam agensi tersebut.
“Ketua A Man Project adalah Lee Jong Suk dan dia bertanggungjawab menjaga semua aktiviti Kwon Nara. Setelah kontrak penyanyi itu bersama Fantagio tamat, dia (Lee Jong Suk) menghabiskan masa yang banyak untuk karier Nara,” katanya.
Dipercayai, kedua-dua mereka sering kelihatan pergi dating dan Nara juga sering mengunjungi kafe Lee Jong Suk iaitu 89 Mansion.
Kedua-dua mereka kelihatan serasi bersama dan difahamkan Lee Jong Suk juga merupakan peminat kepada Nara.
Walaupun kini pelakon drama Pinocchio itu kini sedang menjalankan khidmat tenteranya, namun Nara sering melawatnya.
Bagaimanapun, agensi pengurusan kedua-dua mereka iaitu A Man Project pantas mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin itu adalah palsu! Untuk pengetahuan, Lee Jong Suk dan Nara hanya rapat sebagai senior dan junior sahaja,” kata kenyataan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dilihat video kejadian buli yang dimuat naik di laman Facebook mahupun YouTube, ramai yang merah telinga dan panas hati kerana geram.
Pengguna Facebook membuat hantaran mengenai dakwaan perbuatan khianat dan wujudnya budaya gengsterisme di sekolah berasrama. Kes mengenai baju sekolah anaknya yang diconteng dan digunting. Foto Via Kosmo
Buli berlaku apabila seseorang cuba melakukan sesuatu dengan niat untuk membahayakan atau menakut-nakutkan orang yang lain yang dianggap lemah.
Seperti dua hari lalu, kecoh di laman sosial dengan kes buli yang terjadi di sebuah sekolah di Pahang.
Perkara itu didedahkan seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya dibuli apabila pakaian seragamnya diconteng dan rambutnya digunting semasa tidur. Wanita tersebut mendakwa kejadian berkenaan sudah lama terjadi kepada anaknya sejak Jun lalu, namun apabila membuat laporan kepada warden asrama dan pihak sekolah, tiada tindakan selanjutnya diambil.
Mengambil berat tentang isu ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan ‘spotcheck’ atau pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah berasrama di negeri berkenaan.
Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, kes buli semakin diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini meskipun pelbagai usaha dilakukan.
“Kerjasama daripada mangsa buli dan ibu bapa juga diperlukan bagi membolehkan tindakan awal diambil dan siasatan dapat dilakukan.
“Alhamdulillah setakat ini makluman kepada saya, JPN sentiasa memantau dan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar,” katanya.
Sambung beliau, sepanjang dilantik menjadi Exco hanya terdapat satu sahaja kes buli dikesan dan berjaya diatasi dalam tempoh masa yang singkat.
Rais berharap agar pihak JPN Melaka agar sentiasa memantau keadaan pelajar di asrama dari semasa ke semasa.
Pada pendapat korang, berkesan tak cara ini? Apa-apapun, isu buli ini memang perlu dipandang serius kerana ianya boleh meninggalkan kesan trauma buat mangsa, malah ada yang turut terkorban gara-gara sikap negatif yang ada pada segelintir pelajar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!