Bahasa Melayu bersifat dinamik. Oleh itu, bahasa Melayu menerima banyak kata serapan dan kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Belanda dan sebagainya. Kata serapan ialah kata yang sudah lama terserap dalam bahasa Melayu manakala kata pinjaman merupakan kata yang baharu dijadikan bahasa Melayu.
Kata seperti “insurance” dan “audience” daripada bahasa Inggeris juga diserap masuk dalam bahasa Melayu. Jadi, bagaimanakah ejaan yang betul? Adakah “insuran” atau “insurans”? Adakah “audien” atau “audiens”?
Menurut Buku Canggihnya bahasa Melayu Sistem Ejaan Rumi Kemas Kini dan Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf gugus konsonan “nce” yang melambangkan gugus “ns” yang hadir di akhir kata dalam bahasa sumber disesuaikan menjadi huruf gugus konsonan “ns” dalam bahasa Melayu.
Ads
Contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu insurance insurans audience audiens science sains ambulance ambulans
Ads
Berdasarkan contoh di atas, huruf gugus konsonan “nce” dalam kata “insurance” dan “audience” disesuaikan menjadi huruf gugus konsonan “ns”. Oleh itu, ejaan “insurance” dan “audience”dalam bahasa Inggeris diubah menjadi “insurans” dan “audiens” dalam bahasa Melayu.
Siapa yang tidak mahu ada pencapaian tersendiri di peringkat pengajian tinggi. Sememangnya bukan calang-calang orang bagi dua figura ini apabila terpilih menerima anugerah khas pada majlis konvokesyen. Pastinya pelbagai keringat telah dilunaskan oleh mereka berdua ini sewaktu bergelar mahasiswa.
Azlan Nizam yang merupakan graduan Akademi Pengajian Islam dan Ng Jia Shin pula graduan dari Fakulti Sains telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dan dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-62.
Menerusi satu perkongsian di entri Instagram universiti tersebut, anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Canselor UM, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Anak kelahiran negeri di bawah bayu itu berkongsi, antara cabaran yang dihadapi sepanjang waktu pengajian beliau adalah semasa penularan wabak Covid-19 melanda. Malah, dia terpaksa pulang ke Sabah dan menghadapi kesukaran akses internet dan juga elektrik semasa menjawab soalan peperiksaan.
“Istiadat Konvokesyen kali ini merupakan kali pertama saya dapat membawa keluarga saya datang ke Semenanjung dan kedua ibu bapa saya dapat lihat sendiri kampus di mana tempat saya menimba ilmu, saya sangat terharu dan gembira keluarga saya bersama-sama saya pada hari ini,” ujar Azlan ringkas.
Bagi wanita berbangsa Cina itu pula, bagi pelajar-pelajar yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti nombor satu itu agar dapat meneruskan dan menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Selain dapat meneruskan usaha sehingga dapat menjejakkan kaki ke Dewan Tunku Canselor pada hari konvokesyen kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu-persatu, personaliti tempatan popular tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir bermula minggu ini. Kebanyakannya turun padang di sekitar Lembah Klang di mana penduduk di sesetengah kawasan masih terkesan dengan keadaan kediaman yang dilanda lumpur.
Namun buat personaliti media sosial, Azfar Heri; dia telah mengambil kesempatan untuk ke Bentong, Pahang dan memberi pertolongan kepada mangsa banjir di sana pada hari Selasa (22 Disember 2021).
Ini memandangkan keadaan penduduk di sana dimaklumkan agak terdesak dek ketiadaan jumlah bantuan yang meluas seperti yang dicatatkan di Lembah Klang, contohnya.
Azfar tidak keseorangan apabila dia ditemani seorang lagi personaliti media sosial merangkap usahawan, Khairul Aming serta pasukan sukarelawan mereka ketika membeli beberapa barangan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Bentong. Antara termasklah seperti ubat gigi, berus gigi, roti, biskut, kaya, sabun, syampu, tuala wanita dan beberapa barangan lain.
Setelah tiba di sana, Azfar terkejut untuk melihat betapa dalamnya kesan lumpur di kawasan penduduk setelah air banjir surut. Selain menyerahkan sumbangan, mereka turut berkesempatan menolong penduduk membersihkan kesan lumpur di salah sebuah kediaman.
Azfar berkongsi bahawa mereka akan kembali semula esok bagi menyambung kerja amal tersebut dengan lebih banyak peralatan disiap sediakan serta lebih ramai tenaga kerja.
Bencana banjir yang melanda negara sekarang sekaligus membibitkan perasaan dukacita dalam kalangan rakyat. Sewajarnya, semua pihak harus bertindak sensitif dalam hantaran di media sosial dan itulah yang cuba dipraktikkan oleh Azfar sekarang.
Katanya pada minggu ini, dia tidak akan memuat naik sebarang kandungan video di saluran YouTube demi menghormati keadaan semasa.
“Saya hendak fokus dalam memaklumkan saluran bantuan kepada followers dengan cara retweet di media sosial; selain cuba untuk turun padang memberi sumbangan mengikut kemampuan.”
“Saya percaya kita kena ada sedikit ‘social empathy’ kepada mangsa banjir. Saya ingin menghormati situasi banjir sekarang dengan tidak memuat naik kandungan video yang menunjukkan saya sedang berseronok.
“Lagipun pada bencana kali ini, ramai kawan saya yang ‘terkena’. Kita pun faham apa yang mereka rasai walaupun tidak berada di tempat mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azfar turut mengumumkan bahawa dia akan mengembalikan semula produk popularnya, NYALA Gift Box (set lilin aromaterapi) bermula 12 tengah hari esok (22 Disember 2021). Demi membantu mangsa banjir, sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan dihuluukan kepada yang memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat kata ganti nama singkat atau singkatan iaitu, “kau” (singkatan daripada engkau), “ku” (singkatan daripada aku), “mu” (singkatan daripada kamu) dan “nya”.
Kata ganti nama singkat “kau” dan “ku” sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contoh:
1. “Kaudengar lirik lagu ini, sungguh sedih.”
2. “Kulihat seluruh kaki pengemis itu sudah berkudis dan bernanah.”
3. “Kini baru kusedari betapa ikhlasnya cintamu terhadapku.”
.
Kata ganti singkat “ku”, “mu” dan “nya” sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contoh:
1. Cantik sungguh keretamu itu.
2. Sudah lama keretanya dihantar ke bengkel.
3. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti tentang kesedihanku ini.
4. Aku pasti menjemputmu nanti.
5. Kasihku, mengertilah tentang perasaanku ini.
Kata ganti nama singkat bagi merujuk Tuhan menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang “-“. Contoh:
1. Sesungguhnya, ampunkanlah hamba-Mu ini.
2. Mereka memohon hidayah-Nya.
Kata ganti nama singkat ini sering digunakan dalam penulisan cerpen dan novel. Justeru, sambil membaca dan bersantai pasti kita mendapat sedikit info berkaitan dengan kata ganti nama singkat ini.
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Faridah Mohamad Saad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...