Semalam, 31 Januari 2018 beberapa buah dunia dapat menyaksikan gerhana bulan penuh iaitu Super Blue Blood Moon di mana matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis. Saat itu, bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.
Fenomena yang berlaku secara serentak iaitu Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon yang membentuk Super Blue Blood Moon kali terakhir dapat disaksikan pada 31 Mac 1866 sekitar 152 tahun dahulu.
Ramai yang hadir ke Planaterium Negara sejak petang namun hujan menghalang penglihatan kelompok awan menutupi bulan.
Bagaimanapun, Planetarium Negara tidak menghampakan pelawat apabila menyiarkan siaran secara langsung fenomena itu dari Balai Pencerapan Griffith, Nasa selama kira-kira 30 minit selain menyiarkan penampakan gerhana itu dari Balai Cerap Kebangsaan Langkawi untuk orang ramai melihat fenomena tersebut.
Bagaimanapun fenomena Super Blue Blood Moon ini dapat disaksikan di seluruh dunia malah ramai yang menyuarakan rasa kagum melihat keagungan dan kebesaran Allah taala ini.
Tidak kira jurugambar mahupun individu turut merakam fenomena jarang terjadi ini dan upload ke fb masing-masing dari seluruh dunia. Saksikan gambar-gambar Super Blue Blood Moon yang dirakam dari seluruh dunia.
Jika kluster oversea demand hingga pasukan perubatan terasa jengkel dengan sikap mereka, nampaknya pasukan keselamatan pula teruji dengan sikap warga asing yang tidak bertamadun. Ini kerana ada sebahagian dari warga asing ini sanggup melempar bungkusan berisi air kencing mereka sebagai tanda protes kerana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India.
Dalam laporan Sinar Harian, warga asing ini didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.
Anggota keselamatan perlu memakain helmet untuk mengelak air kencing dilemparkan oleh penghuni bangunan yang dikenakan PKPD
Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.
Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.
“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.
“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun sumber itu menambah, keadaan kini makin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.
Katanya, mereka juga tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni terlibat.
“Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu manakala bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India pula dikuatkuasakan sejak Selasa lalu.
Pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini ibarat minggu yang amat bermakna untuk penggiat dan peminat seni perfileman dan drama di Malaysia.
Semalam, netizen akhirnya disajikan dengan tayangan filem Dukun terbitan Astro Shaw selepas 12 tahun penantian. Satu tempoh yang cukup lama untuk sesebuah filem diperam tanpa khabar berita.
Hari ini pula, drama bersiri Gantung The Series terbitan Red Communications pula yang menemui peminat novel keluaran Fixi; Gantung menerusi Astro First setelah tempoh hampir dua tahun selepas penggambarannya siap dijalankan.
Gantung The Series terlebih dahulu ditayangkan di Indonesia melalui aplikasi Tribe pada akhir bulan Disember tahun lalu. Walaupun peminat Gantung di Malaysia mempertikaikan mengapa ia tidak ditayangkan secara serentak di kedua-dua buah negara memandangkan Gantung The Series melibatkan kru dan pelakon daripada Malaysia dan Indonesia.
Pada awalnya, khabar angin mengatakan ia akan dapat ditonton secara rasmi di Malaysia pada Januari. Memasuki bulan Februari, Gantung The Series masih kekal menjadi tanda tanya.
Sehinggakan pada bulan Mac, drama tersebut telah disebarkan secara ‘haram’ di platform media sosial dan WhatsApp.
Sempat juga penulis bersembang dengan Nadia Khan berkenaan isu tersebut.
Sebagai penulis novel dan skrip untuk drama ini, perasaannya bercampur baur. Gembira kerana akhirnya penonton dapat menikmati dan menilai karya tersebut. Pada masa yang sama, risau sekiranya harapan untuk melihat Gantung The Series disiarkan secara rasmi terkubur begitu saja memandangkan isu tayangan ‘haram’ merebak dengan terlalu pantas.
Namun kini, Nadia Khan, para pelakon, kru dan semua yang terlibat akhirnya boleh tersenyum setelah ia dikeluarkan secara rasmi menerusi Astro First secara mengejut.
Dikeluarkan dalam format 8 episod original selama 45 minit setiap satu, korang boleh membeli pakej drama bersiri ini hanya pada harga RM15.90 untuk tontonan 10 hari.
Walaupun ramai yang sudah menonton Gantung The Series, Nadia Khan and co. masih memerlukan sokongan korang untuk menontonnya secara ‘halal’ agar harapan peminat Gantung untuk melihat Gantung The Series musim kedua mampu menjadi kenyataan okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang ya dapat kenal pasti dalam masa 15 minit saja. SECARA RAWAK!
Siapa sangka dalam masa empat tahun saja, seorang kanak-kanak lelaki bernama R Visham telah menempatkan namanya dalam Malaysia Book of Records setelah berjaya meneka sebanyak 147 bendera negara dalam masa 15 minit saja.
Menurut bapa Vishan, Dr G Rajasekaran kepada rakan media di Harian Metro, anak tungalnya itu masih belum boleh membaca namun telah dapat mengingati warna dan corak bendera kebangsaan antarabangsa yang mewakili lebih 100 buah negara berbeza.
Sumber Foto : HMetro
“Dia begitu suka dengan objek berwarna sejak kecil. Lebih memeranjatkan apabila dia boleh mengingati kembali dengan jelas walaupun ia berlaku beberapa hari lalu.
“Saya membeli satu set kad menampilkan 10 bendera negara berlainan. Dalam tempoh beberapa hari, dia sudah dapat menghafal nama negara bendera berkenaan. Selepas itu, saya dapatkan kad bendera negara lain bagi memudahkan dia tidur selepas menghadal nama negaranya.”
Demi terus menguji tahap keupayaan Vishan, Dr Rajasekaran menghubungi Malaysia Book of Records dan sesi ujian tersebut telahh dilakukan pada bulan Julai lalu secara maya.
Setelah Vishan berjaya mengenal pasti 147 bendera negara secara rawak dalam masa 15 minit, rekod itu terus disahkan pada 26 Julai lalu. Fuh memang hebat adik Vishan ini! Orang dewasa pun belum tentu dapat melakukannya. Hehe..
*
Sebagai info, kajian terhadap hubung kait di antara memori manusia dengan warna serta bentuk objek telah lama dilakukan. Seperti dijangka, ada bukti kukuh yang mengaitkannya terutama peranan warna yang membantu ‘visual processing’.
Warna juga mempengaruhi paras fisiologikal dan psikologikal kita. Sebab itulah, pen dan pensil warna selalu digunakan oleh pelajar ketika membuat ulang kaji atau nota. Ia juga menjelaskan mengapa bangunan taska dan tadika selalunya dicatkan dengan warna yang pelbagai. Bukan sekadar untuk cantik tau.. ia demi mempengaruhi daya ingatan kanak-kanak yang sudah mula mudah ‘meresap’ memori pada usia tersebut.
Selain itu, warna juga boleh mempengaruhi keinginan manusia untuk membaca sebanyak 8- peratus, meningkatkan motivasi dan keinginan untuk turut sama sebanyak 80 peratus serta mempengaruhi keputusan kita untuk menerima atau menolak sesuatu benda.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.