Roket Long March 5B semasa pelancarannya, April lalu.

 

Seperti yang pernah dilaporkan oleh REMAJA beberapa hari lalu, roket Long March 5B dijangka akan jatuh terhempas ke bumi pada hujung minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Hilang Kawalan, Roket China Seberat 31 Tan Bakal ‘Menghentam’ Bumi Minggu Ini – REMAJA

Biarpun berita tersebut telah mengusarkan masyarakat mengenai kesan hempasan yang mungkin terjadi di negara masing-masing, pakar astrofizik telahpun memberi kepastian bahawa penduduk bumi akan terselamat daripada apa-apa serpihan roket yang akan jatuh ke bumi.

Lantaran itu, roket milik negara China itu dilaporkan telah selamat memasuki atmosfera bumi kira-kira pada jam 10.24 pagi tadi waktu Malaysia.

IKLAN

Serpihan Roket Milik China Akhirnya Terhempas Juga Hari Ini

Jurucakap pejabat kejuruteraan angkasa China berkata, serpohan daripada roket terbabit dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi. Ia kemudian telah gugur di Lautan Hindi, berdekatan dengan kepulauan Maldives.

IKLAN

Beijing juga berkata insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kerosakan besar.

Untuk pengetahuan, roket Long March 5B telah dilancarkan China pada 29 April lalu dari Hainan, China dengan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal milik negara itu.

IKLAN
Serpihan Roket Milik China Akhirnya Terhempas Juga Hari Ini
Roket Long March 5B.

Sebelum ini, pihak Amerika Syarikat menerusi data ketenteraan mereka pernah menjangkakan serpihan roket tersebut akan terhempas di Lautan Mediterranean.

Dengan perubahan lokasi ke Lautan Hindi seperti yang berlaku pada pagi tadi, China telah dikritik oleh Amerika Syarikat berkenaan kurangnya data yang dikongsikan kepada orang ramai berkenaan insiden ini.

Ini penting kerana mana-mana negara yang berdepan dengan situasi seperti ini perlu memastikan piawaian tanggungjawab terhadap serpihan dari angkasa dipatuhi demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada mana-mana pihak.

Sumber : (1) (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI