Ramai penonton drama Sweet Dreams yang menyangka bahawa malam ini merupakan episod terakhir drama tersebut di saluran Astro Ria.
Menurut perancangan awal, sepatutnya drama trending tersebut hanya berlarutan sehingga 18 episod. Namun dek kerana popularitinya sejak episod pertama hinggalah sekarang, ia telah dipanjangkan sehingga menjadi 20 buah episod.
Kejutan tersebut bukan hanya untuk para penonton saja. Menerusi video live Instagram yang melibatkan pelakon utamanya, Ben Amir dan Mira Filzah, mereka turut tak menyangka yang pengarah drama itu iaitu Michael Ang dan Astro memutuskan untuk menambah 2 episod ekstra.
Ads
“Serius, kami pun baru tahu malam ini. Tak sangka,” kata Ben yang bakal terbang ke Brunei esok.
Mira juga menganggap ia sebagai hadiah istimewa untuk peminat drama Sweet Dreams.
Apapun, ramai netizen yang tak sabar untuk menonton episod esok setelah menyaksikan bahagian sedutan ‘episod seterusnya’ sebentar tadi.
Menerusi sedutan itu, Karl lakonan Sean Lee telah membuat kemunculan khas dan mengejutkan Puteri.
Manakala, Qash Adam lakonan Ben pula dijangka akan menjalankan operasi pembedahan setelah Puteri dilihat berada di dalam bangunan mirip koridor hospital.
Nak menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, kalau kena dengan usaha dan cara, tak ada yang mustahil untuk korang capai. Tentu saja ramai antara kita yang bercita-cita nak turunkan berat badan, terutamanya bila tiba tahun baru. Yelah kena la ada ‘azam baru’ kan.
Pernah tak korang diet, tapi malas sebab dah tetapkan dalam pemikiran makanan diet ini tak sedap dan membosankan? Sebenarnya, kalau kita pandai dan rajin mengira kalori, pelbagai makanan enak dapat dimakan dan tak perlu terliur melihat makanan orang lain.
Menerusi perkongsian saudari bernama Eza melalui Diet Suku Suku Separuh, pelbagai makan sedap dapat dinikmati dengan menggunakan cara diet suku-suku separuh dan kalori defisit.
Ia adalah perkongsian oleh saudari Eza yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 28 kg dalam tempoh 1 tahun!
Wahh, banyak tu kan?
GABUNGAN MAKANAN SUKU-SUKU SEPARUH
Beliau mengamalkan diet suku suku separuh sehinggalah sekarang turun. Rahsianya adalah dengan menjaga makan secara konsisten.
” Pada mulanya saya tidak melakukan senaman disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi 100% pada jaga pemakanan sahaja. Selepas dah boleh keluar rumah saya bersenam hujung minggu sahaja dengan jogging/brisk walk… bila hari bekerja kadang-kadang saya brisk walk dan lompat tali pada sebelah petang/malam kat rumah…”
Jom lihat menu yang diamalkan oleh Eza.
Sempat memberi pesanan kepada korang yang sedang menurutkan berat badan.
” Pesanan sy ilmu, azam dan konsisten kena selari… bila ada ketiga2 ni kita akan enjoy proses perubahanan habit makan kita, dalam masa sama tanpa sedar berat turun dan paling berharga kesihatan akan bertambah baik’.
Semoga anda semua boleh juga dapat semangat untuk turunkan berat badan dan amalkan teknik diet suku-suku separuh juga ya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.
Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.
Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.
Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu.
“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid).
“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,” katanya.
Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.
“Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar.
“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat menjengkelkan sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat.
“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.
Leona
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu dengan komen-komen yang menjengkelkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sedang hidup di dunia yang mana wanita dan lelaki tiada lagi halangan untuk berjaya dalam kehidupan. Setiap individu memiliki peluang yang sama untuk menjadi orang yang penting dalam masyarakat. Namun kelmarin tular sebuah video tentang kenyataan Prof Muhaya mengenai isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh?’.
Menerusi video tersebut dia yang merupakan seorang ahli motivasi dan juga pakar mata berkata, “Kita wanita menghormati lelaki kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macammanapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan?
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
“Masih yang laki-laki itu, so orang perempuan walau macam mana uols please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki. No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.
“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana.”
Dalam tinjauan Remaja ke laman Instagram Prof Muhaya, video tersebut masih lagi ada disiarkan di laman Instagramnya. Rakaman tersebut sudah menjadi tular dan dibahaskan oleh warganet termasuklah individu ternama seperti Dr. Amalina Che Bakri.
.
Dalam kenyataan di laman Twitternya, wanita berusia 34 tahun itu berkata, “Saya minta maaf, tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi bodoh-bodoh sikit di depan lelaki supaya saya boleh bertemu jodoh. Anda memberikan mesej yang salah kepada wanita muda. Wanita tidak seharusnya merendahkan tahap intelektual mereka hanya kerana untuk menarik perhatian lelaki.”
Selain Dr. Amalina, Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman yang merupakan seorang figura terkenal dalam bidang kesihatan di Malaysia turut menyuarakan pendapatnya, “Ini merupakan kali kedua hari ini saya hilang kata-kata. Agaknya kita perlu menghantar beberapa bacaan yang bagus kepada Prof tentang bagaimana memperkasakan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi sosial dan pembangunan ekonomi, antara lainya.”
.
Pada pandangan penulis, isu wanita yang tidak boleh menjadi terlalu dominan tidak lagi menjadi satu isu di dalam dunia yang semakin maju kini. Setinggi mana wanita itu mencapai kejayaan, tidak kiralah di dalam perniagaan dan juga kerjaya mereka pasti tahu yang akhirnya suami, ayah, abang dan orang lelaki mereka adalah imam dalam melakukan ibadah solat. Mereka tetap ketua dalam keluarga, pendapat Prof Muhaya yang tentang perkara ini ada benarnya. Namun apabila menyentuh isu menjadi bodoh-bodoh, itu yang menjadikan ramai warganet meluahkan kemarahan.
Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah sendiri merupakan seorang ahli perniagaan berjaya sebelum bertemu jodoh dengan Rasulullah SAW. Harta kekayaan yang dimiliki bukanlah menjadi penghalang untuk menghormati suaminya bahkan digunakan untuk pembangunan agama membantu suaminya.
Jadi untuk pembaca Remaja yang perempuan terutamanya, jangan pernah membodohkan diri anda untuk seorang lelaki. Jodoh dan ketentuan semuanya berada di tangan Allah SWT, InsyaAllah. Capailah kejayaan yang anda inginkan untuk membantu keluarga dan juga memberi kesan positif kepada masyarakat. Kalau sudah berjaya jangan pula menjadi seseorang yang penuh dengan ego.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.