Bila beli kereta baru, ramai yang tak ambil kisah apa fungsi-fungsi keselamatan yang telah dibekalkan oleh pihak pengeluar. Ramai yang ambil mudah. Hanya setakat tahu on/off radio, isi minyak dan kemudian jalan sejauh mungkin selagi larat memandu.
Tak sempat pun nak fikir berapa isi padu sebenar bacaan tayar, berapa inci rim dan lain-lain perkara asas. Sebabnya kita tahu kereta baru dan tentu tak ada sebarang masalah pun.
Namun sering kali kita terbaca insiden kereta “melompat”, “terbang” dan lain lagi semasa memulakan pemanduan. Sebenarnya tanpa korang sedar, pihak pengeluar ada menampilkan banyak ciri-ciri keselamatan terutama butang Shift Lock yang ada di kereta bertransisi auto ini.
Perkongsian ini mungkin dapat membantu bagi pemandu wanita khususnya apa fungsi butang shift lock ini dan bagaimana kegunaan. Jika anda tahu fungsinya, insya Allah kereta tak melompat lagi pun sebaik korang start enjin.
BAGI pemandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan dengan punat kunci anjakan atau shift lock (selepas ini akan dirujuk sebagai shift lock) yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimana pula mahu menggunakannya?
Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:
Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.
Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi bagi kereta moden hari ini, ada tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.
Bagaimana shift lock ini berfungsi. ikuti langkah di bawah.
MATIKAN GEAR ENJIN PADA GEAR P
Ads
Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi meriliskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
CABUT KUNCI SEPERTI BIASA
TEKAN TOMBOL SHIFT LOCK DAN JANGAN LEPASKAN, MASA YANG SAMA TARIK TOMBOL GEAR
Ads
UBAH KE GEAR N DAN KEMUDIAN LEPASKAN BUTANG SHIFT LOCK
LEPASKAN BREK TANGAN DALAM KEADAAN FREE
* Model kereta: Perodua Axia SE
INFO EKSTRA
Punat shift lock bagi sesetengah kereta memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Anda boleh balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.
Sebagai inisiatif kekal relevan pada era digital, Hot FM mencipta sejarah dengan memperkenalkan deejay radio AI (kecerdasan buatan) pertama berbahasa Melayu, dikenali sebagai Aidil Fikri.
Berkongsi personalitinya, Aidil adalah jejaka berusia 25 tahun serta berasal dari Wangsa Maju di sini, yang baru menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi dan Pengajian Media khusus dalam bidang penyiaran.
Aidil dianggap langkah besar Hot FM dalam melengkapkan pengalaman pendengar dengan teknologi terkini dan terunggul.
Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 dan Digital, Shah Hayatudin berkata, pembaharuan itu diharapkan mampu memperkuatkan lagi kedudukan Hot FM sebagai pilihan utama dalam dunia penyiaran radio Malaysia.
“Kami di Hot FM sentiasa berinovasi dan menjadi peneraju dalam mencipta kandungan dan berinteraksi dengan pendengar.
“Memiliki Aidil di Hot FM adalah salah satu cara untuk menjadi lebih unggul dan mencuba perkara baharu.
“Inisiatif seperti ini membolehkan kami belajar dan lebih memahami apa yang diingini pendengar. Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan sesuatu yang baharu untuk terus ke depan dan menjadi nombor satu di hati pendengar,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Aidil muncul di udara bersama rakan penyampai, Ayu dalam carta Hotify Hot Flix pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai jam 10 malam hingga 11 malam.
Untuk lebih mengenali Aidil, Hot FM membuka akaun Instagram (IG) rasmi penyampai A.I itu dengan menggunakan nama, @aidilfikri_hotfm.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Aidil Fikri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial yang juga anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian warganet apabila meraikan ibunya pada Hari Bapa, baru-baru ini.
Menitipkan dedikasi teristimewa buat ibu tercinta yang selama ini membesarkan mereka, Cik B berkata ibunya layak diraikan kerana telah melakukan tugas sebagai seorang bapa selama ini.
Video yang meraih lebih sejuta juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya keberadaan bapa kandung Cik B.
Tidak kurang juga berpendapat DSV memang layak diraikan pada Hari Bapa kerana telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau korang masih ingat akan kes bunuh diri selebriti Korea, Kim Jonghyun tahun lalu, ia telah membuka mata seluruh dunia terhadap isu depresi yang dilalui oleh ramai orang muda.
Bekas ahli kumpulan SHINee itu didapati dalam keadaan tak sedar diri di apartmennya oleh anggota polis dan sukarelawan setelah dia menelefon kakaknya, Kim So-dam untuk mengucapkan selamat tinggal.
Walaupun dibawa segera ke Konkuk University Hospital dan mendapat rawatan pernafasan, Jonghyun gagal untuk bangun daripada koma dan disahkan meninggal dunia pada usia 27 tahun, pada 18 Disember 2017.
Kini setahun kemudian, ramai yang memperingati tragedi tersebut semalam terutamanya di kalangan selebriti Korea.
***
Penyanyi IU mendedikasikan sebuah persembahan semalam di Singapura untuk Jonghyun dengan menyanyikan lagu berjudul Gloomy Clock.
iu singing gloomy clock feat. jonghyun on today’s concert in sg.
i started shaking once i heard jonghyun’s voice. oh how i missed that voice ㅠㅠ
and i couldn’t help but make a noise when i heard his voice ?
Ia juga adalah lagu yang ditulis oleh Jonghyun sendiri. REMAJA difahamkan, Gloomy Clock pada asalnya tidak ada dalam senarai setlist, namun IU ingin lakukan sesuatu yang istimewa untuk kawan baiknya itu.
Pentas juga dilihat berubah warna kepada hijau akua atau turquoise, iaitu warna rasmi SHINee.
Rakan kumpulannya, Key memuat naik video di Instagram. Di dalam video tersebut, Jonghyun kelihatan sedang duduk di atas pentas untuk sesi rehearsal.
Leeteuk dari Super Junior juga berkongsi gambarnya bersama SHINee dan menulis, ‘Setahun telah berlalu dengan sangat pantas. Walaupun selepas setahun, kami masih rindu dan fikirkan tentangnya. Walaupun bukan pada setiap hari, tolong ingatinya, even if it is just today.
Rakan baik Jonghyun iaitu Nine9 dari Dear Cloud memilih gambar mereka berdua di atas pentas dengan caption beremosi, “I miss you so much.”
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.