Disebalik kejayaan ibu bapa meraikan anak-anak yang mendapat keputusan SPM minggu lalu, bekas finalis Dewi Remaja, Didie Alias turut berkongsi momen bahagia apabila anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.
Didie meluahkan, walapun tidak dapat bersama di hari istimewa anaknya itu, dia tetap berbangga dengan usaha dan kejayaan yang diperoleh Dhaniyah Ridzuan. Doa ibu yang sentiasa meniti di bibir antara kunci kejayaan seorang anak. Lebih membanggakan, Dhaniyah turut menerima anugerah Naib Canselor.
Sebelum ini, Didie pernah berkongsi kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza yang menerima Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Walaupun pernah bergelar ibu tunggal, jelas sekali bahawa selebriti ini seorang ibu yang cekal dan mampu membesarkan anak-anak dengan baik.
Malah, di ruangan kapsyen juga tertulis “Kakak nampak kesusahan kite selama nie, Allah bagi hadiah yang paling berharga buat mumy.” Sudah tentu ia menggambarkan perasaan bangga seorang ibu kerana berjaya memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
Ads
Kejayaan ini juga turut mendapat perhatian pengikutnya di instagram yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kepada Dhaniyah kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Master in Visual Communication and New Media.
Ads
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat anak perempuan Didie Alias, Dhaniyah Ridzuan. Walaupun sudah bergelar seorang ibu namun tetap berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal dan anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeyong baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya meraih kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan dalam latihan perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.
Memetik laporan media Korea Selatan, sejak mula menjalani latihan ketenteraan, para peminat NCT iaitu NCTZEN sememangnya sedia maklum dengan komitmen dan kemampuan Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Tae Yong (30) daripada menjadi seorang pelatih biasa dalam pasukan ketenteraan Angkatan Laut kemudian naik kepada kelas satu, koperal dan kini secara rasmi diiktiraf sebagai sarjan.
Pada masa yang sama, peminat dari seluruh dunia turut meluahkan rasa bangga mereka terhadap idola kesayangan di media sosial. Selain itu, ramai yang memuji dedikasi Taeyong dan bagaimana pelantun lagu ‘Love Theory’ dan ‘Long Flight’ mampu membawa semangat sama seperti di atas pentas ke medan ketenteraan, membuktikan bahawa beliau bukan hanya seorang idola biasa.
Walaupun jauh dari spotlight K-pop buat sementara waktu, perkembangan Taeyong dalam ketenteraan tetap mendapat perhatian serta NCTZEN menyifatkan ini sebagai satu inspirasi, terutamanya buat golongan muda yang mengikuti perjalanan kerjaya beliau sejak awal.
Kenaikan pangkat Taeyong ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kerjaya tenteranya, tetapi juga mencerminkan karakter sebenar beliau yang disiplin dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Sekadar info, pangkat koperal adalah satu tahap penting dalam struktur ketenteraan. Seorang koperal biasanya diberi tanggungjawab untuk mengawasi prestasi anggota bawahan di bawah arahannya, dengan tugasan yang datang terus daripada sarjan.
Sementara itu, dalam konteks perkhidmatan tentera, koperal dianggap sebagai antara pangkat permulaan dalam kalangan pegawai bintara dan berperanan sebagai ketua bagi satu unit kecil atau regu tentera.
Kini setelah dinaikkan pangkat, Taeyong memegang status sebagai sarjan iaitu satu pangkat yang diberikan kepada anggota tentera yang telah menunjukkan kemahiran, disiplin dan pengalaman yang kukuh, bertugas memimpin pasukan, bertanggungjawab dalam aspek latihan, kebajikan, dan disiplin anggota di bawahnya.
Menerusi status baharu sebagai sarjan, tak mustahil prestasi Taeyong akan terus menyerlah. Apa yang pasti, peminat akan terus menyokong dari jauh sehingga hari beliau kembali semula ke dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu Rock ‘n’ Roll, Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun di Küsnacht, Zurich, Switzerland, pada Rabu.
Berita duka mengenai pemergian penyanyi popular era 1980-an yang pernah popular di seluruh dunia dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu diumumkan melalui laman media sosial rasmi miliknya, termasuk di Facebook dan Instagram.
“Dengan dukacitanya kami mengumumkan pemergian Tina Turner. Melalui muzik dan semangatnya terhadap kehidupan, beliau telah memukau berjuta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa hadapan.
“Hari ini kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat yang meninggalkan karya terbesarnya kepada kita semua iaitu muziknya. Takziah kepada keluarganya. Tina, kami akan merindui anda,” jelas di media sosial mendiang.
Punca kematian Tina tidak dinyatakan namun difahamkan, beliau sebelum ini mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik selepas tahun 2009.
Sekadar informasi, Tina atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock dilahirkan di Brownsville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 26 November 1939.
Kerjaya muziknya bermula pada tahun 1957 bersama kumpulan Kings of Rhythm yang ditubuhkan bekas suaminya, Ike Turner.
Pada 1984, album Private Dancer yang mengandungi lagu hit What’s Love Got To Do With It memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Album Terbaik dan lagu itu merupakan yang pertama dan satu-satunya yang menduduki tempat pertama dalam Billboard Hot 100.
Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi tersebut. Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa rahsia video influencer Malaysia, Johanis Sani sehingga boleh mencapai 3.5 juta tontonan? – “There really is no secret.”
Girl, please.
Tapi itulah yang diakui oleh pemilik nama Johanis Sani ini yang sering menjadi perhatian para followers-nya di semua media sosial. Tak kiralah di YouTube, Twitter ataupun Instagram, Jo seakan mempunyai magnet mudah untuk menarik pengikutnya mengikuti satu-persatu content yang dimuat naik olehnya.
“Betul…. (many exclamation marks needed here), saya tidak mempunyai apa-apa rahsia. Saya bermula pun kerana kakak saya Johanna Sani dari band Joanna & Co. selalu ‘memaksa’ saya untuk menyanyi.
“Saya ingat lagi video saya menyanyi No One sambil menutup mata, SAMBIL memegang berus rambut. Like that was my big break walaupun saya tak rancang apa-apa pun untuk video tersebut. So like I said, tak ada rahsia pun,” katanya yang kemudian memuat naik video cover Price Tag oleh Jessie J di YouTube.
Peluang menjadi seorang ‘insta famous’ seperti dirinya tidak datang semudah yang disangka oleh netizen di luar sana. ( #jangankecam ). Jo sendiri perlu menolak sebarang rasa malu untuk berdepan dengan kamera dan Jo sekarang yang periang dan bubbly bukanlah sama seperti Jo dahulu.
“Saya telah banyak berubah. Daripada seorang yang pemalu di hadapan kamera kepada individu yang lebih yakin dengan diri sendiri, dengan cara saya bercakap dan dengan APA yang saya cakapkan.
“My mum kept on telling me, ‘Tak ada mulut ke nak cakap. (ketawa). So I thought to myself, I should definitely put myself out there and speak my mind. Peluang hanya datang sekali dan kalau saya enggan membuang rasa malu itu, ada orang lain yang akan ambil tempat saya.”
Antara content yang sering mendapat likes dan shares yang (oh-my-goodness) terlampaulah banyak merupakan video yang dilakukan oleh Jo secara suka-suka. Mungkin kerana followers-nya mampu relate kepada karakter Jo yang bersahaja dan dapat merasakan Jo sebagai kawan YouTube mereka ketika menonton.
Kebetulan pula, salah satu video kegemarannya adalah video The Spicy Ramen Challenge dan video What Is In My Mouth Challenge. Video challenge berbentuk impromptu sedemikian tidak memerlukan skrip dan kerana itulah, dia tak perlu menjadi orang lain.
Namun itu tidak bermakna Jo tidak memikirkan untuk memuat naik video yang ‘lebih serius’ pada masa akan datang.
“Saya percaya dengan platform yang saya ada sekarang, saya mampu bersuara tentang isu semasa. Kadangkala isu kritikal seperti gender inequality masih diperlekehkan – compared to say – siapa boyfriend selebriti A sekarang.
“Kita mudah untuk menghakimi sesuatu perkara tetapi kita tidak lakukan atau suarakan apa-apa untuk mengubah situasi itu. Do not forget that we, too have a voice, no matter how young we are.
“Pada tahun lalu, saya sempat untuk mengikuti acara larian Women Empowerment di Kuala Lumpur dan malangnya, saya menerima banyak komen negatif di media sosial kerana rata-rata memandang negatif tentang isu feminism. Mereka mempersoalkan mengapa saya menyokongnya, walaupun mereka sendiri pun tak faham apa itu feminism.
“Sebab itulah saya rasakan influencer Malaysia mempunyai peluang untuk mengajar seperkara dua mengenai perkara yang jarang dibincangkan oleh netizen. Janganlah selalu kejarkan clickbaits je.
“Kamu tahu kamu ada ruang untuk sampaikan sesuatu yang positif tapi kamu lebih pentingkan clickbaits. Kebanyakan influencer sudah kurang membincangkan isu yang benar-benar penting. The opportunity that they have is not being used wisely and that is such a waste. Sudah tiba masanya untuk kita lakukan perubahan mengikut cara kita.”
Johanis Sani bersama remaja lain di dalam Majalah Remaja ‘Speaks Up’ issue untuk April-Jun 2018.
Umur bukanlah kayu pengukur kepada kematangan seseorang. Walaupun Jo yang kita lihat kelihatan muda (as she should) dan suka lakukan perkara yang menyeronokkan seperti merekod vlog dan challenges, ini tak bermakna dia tidak memikirkan isu semasa.
Go Girl ! And Happy Birthday from all of us !
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih belum sampai seminggu selepas majlis perkahwinan anak kepada pemuzik popular Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan Alyssa Daguise berlangsung dengan meriah di...