Pelakon berbakat besar, Hafidz Roshdi yang sebelum ini menjadi bualan hangat warganet apabila terpalit dengan isu curang dan polemik rumah tangga bersama Nurul Shuhada.
Baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menzahirkan kesyukuran buat pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tempatan.
Selain itu, Hafidz turut mengakui kata-kata semangat yang dititipkan penerbit terkenal tanah air, Tuan Jaja Ishak buat dirinya adalah sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Hafidz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak.
“Seorang Penerbit yang saya hormati dan segani. Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
Ads
“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian,” coretnya pada hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali berkhidmat sebagai seorang pelakon demi menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan bapa selain untuk mencari rezeki yang halal.
“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
Ads
“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang halal,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini.
Ads
Dia juga berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini selain memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz.
“Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu apabila mereka berkongsi berita gembira bakal bertunang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi satu perkongsian di Instagram sebagai tanda lamaran rasmi kepada Bella.
“Saya melamar, dia kata ya.
“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan,” katanya.
Menerusi video yang dimuat naik, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka menjalani misi mendaki di Gunung Kinabalu sebelum ini.
Lebih manis, beliau turut mengimbas kembali detik awal perkenalan mereka yang bermula atas dasar kerja, sebelum bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” ujarnya.
Difahamkan, majlis pertunangan pasangan ini akan berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir dua tahun diharamkan, kini perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride kembali beroperasi hari ini dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, khususnya untuk belia dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Dego Ride turut menawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan. Penunggang berdaftar dengan syarikat e-panggilan perkhidmatan pengangkutan menggunakan motosikal itu yang diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Dego Ride menjadi bualan orang ramai sebaik memulakan perkhidmatan teksi motosikal pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50, namun hanya terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.
Kewujudan perkhidmatan yang disifatkan sebagai ‘pengangkutan pengantara’ itu bagaimanapun diharamkan oleh kerajaan terdahulu dengan alasan boleh mendatangkan pelbagai risiko dan membahayakan pengguna serta menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dego Ride Mula Beroperasi 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, 700 daripada lebih 4,000 permohonan sudah diluluskan untuk menjadi penunggang Dego Ride termasuk 50 daripada 100 pemohon wanita.
Penunggang lelaki hanya dibenarkan membawa penumpang sama jantina dan begitu juga sebaliknya dengan perjalanan dihadkan sejauh 10 kilometer. Perkhidmatan yang menyamai ‘Gojek’ di Indonesia dan ‘Motorsai Rap Chang’ di Thailang menawarkan tambang sebanyak RM3 bagi kilometer pertama, diikuti tambahan RM1 bagi setiap kilometer seterusnya di sekitar Lembah Klang.
“Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian,” katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.
Dego Ride juga bakal menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini menggunakan kereta tetapi fokus utama ketika ini adalah perkhidmatan teksi motosikal.
So apa pendapat korang dengan teksi motosikal ini? Tapi apa pun penulis nasihatkan agar korang menjaga keselamatan, yang paling utama.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, aplikasi komunikasi dalam talian bagi penggemar K-Pop antarabangsa, Dear U telah menerima kritikan hangat daripada peminat apabila pihak mereka mengumumkan bakal melancarkan aplikasi “AI Pet Bubble” yang pada awalnya bertujuan menghubungkan artis dan peminat dengan lebih dekat.
Pada 12 Februari lalu, kucing kepada penyanyi Taemin SHINee yang bernama Daeng-i adalah visual pertama yang diperkenalkan dalam aplikasi tersebut dalam versi yang mempunyai karakter tersendiri.
Kucing Taemin Sebagai Visual Pertama Dalam Aplikasi AI Pet Bubble
Menurut Dear U, perkhidmatan AI Pet Bubble tidak akan berbeza dengan perkhidmatan Bubble idola K-Pop yang sudah sedia ada seperti sebelum ini.
Namun, menerusi aplikasi terbaru ini, haiwan peliharaan yang dikuasakan oleh Artificial intelligence (AI) akan mencipta ruang sembang, dimana pengguna boleh berkomunikasi dengan haiwan peliharaan.
Selain itu, Dear U turut menyatakan bahawa para selebriti dan haiwan peliharaan mereka juga dijangka bakal mengambil bahagian dalam perkhidmatan aplikasi AI Pet Bubble tidak lama lagi.
Aplikasi AI Pet Bubble
Walau bagaimanapun, selepas pengumuman tersebut dikeluarkan, ramai di antara peminat K-Pop yang berkumpul di ruang komuniti internet dan media sosial meluahkan rasa kesal dan memberi beberapa tanggapan yang berbunyi:
“Seberapa jauh bisnes ini akan berkembang?”
“Buat duit dari fandom, siapa yang akan sanggup bayar untuk berbual dengan AI?”
“Chat dengan haiwan peliharaan? Lepas ni mereka akan buat versi berbual dengan orang tua pula”
“Apa benda ni? Ingatkan akan berbual dengan penyanyi tapi kali ini borak dengan binatang pula”
Wah, nampaknya semakin maju teknologi, macam-macam idea pelik pula yang keluar ya. Sekadar info, setakat ini terdapat banyak platform untuk berhubung dan berkomunikasi bagi artis dan peminat K-Pop seperti Bubble, Fancafe, Vlive, dan Weverse selain daripada media sosial seperti X, Instagram dan Tiktok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!