
Saban tahun, ada saja resepi baru yang diperkenalkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) agar pelangga tak mudah bosan.
Tahun ini saja di Malaysia, KFC telah memperkenalkan Mexico Wrap, Cheezy Mushroom Crunch dan ayam Golden Egg Crunch. Itu pun kita masih mengadu tak tahu nak makan apa. Hiks!
Namun, KFC Singapura nampaknya baru saja memperkenalkan satu menu yang masih belum pernah ada di Malaysia iaitu ayam panggang atau grilled chicken. OMG nak jugaaa..


Sudah tentu, ayam panggang jauh lebih menyihatkan berbanding ayam goreng kegemaran ramai daripada KFC. Mungkin juga ini adalah salah satu cara KFC memancing pelanggan baru yang obses dengan diet makanan sihat seperti eat clean.
Menu yang baru dijual bermula hari ini (1 Ogos) itu dikenali sebagai KFC Grillers Signature Grilled Chicken dan didatangkan khas bersama Garden Salad dan kuah Soy Sesame. Memang sihat sangat uols! Okay, bukanlah 100% sihat tapi better daripada ayam goreng pada setiap hari.

Bagaimanapun, jika korang terutamanya yang menetap di Johor Bahru ingin mencubanya pada hujung minggu di Singapura, kami ingin berpesan satu perkara mengenai ayam panggang KFC ini agar korang tak terkejut.
Ia dijual pada harga SGD8.95 hingga SGD19.95 ataupun sekitar RM60 untuk satu set. Fuhh, pokai kalau makan setiap hari weh.
Penulis berharap agar menu yang sama akan dijual di Malaysia pada harga yang jauh lebih mampu milik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
EV-Tech Ciptaan Pelajar UMP Diiktiraf Ke-14 Terpantas Shell Eco Marathon Asia 2018

Baru-baru satu pertandingan penciptaan jentera kereta paling efisen telah diadakan oleh Shell Eco Marathon Asia 2018 yang bertempat di Changi Exhibition Centre, Singapura.
Kejohanan yang mempertandingkan jentera paling efisen dari sudut kadar kecekapan ini bermula seawal Ogos 2017 dengan tiga peringkat saringan melibatkan pasukan seluruh benua Asia.
Bermula dari 300 penyertaan pada peringkat awal, seramai 125 pasukan terpilih ke peringkat akhir di Singapura yang perlu melepasi peringkat pemeriksaan layak menyertai perlumbaan.
Apa yang membanggakan, Universiti Malaysia Pahang yang mencipta EV-Tech telah terpilih ke peringkat akhir apabila berjaya menghabiskan 9 pusingan berterusan di bawah 25 minit yang akan direkodkan percubaan serta kadar kecekapan kuasa.


Remaja sempat menemuramah pelumba kereta berkenaan, Muhamad Ezzat Emeer bin Mohd Rizan pelajar tahun 3 dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan), Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Mengakui gembira dengan kejayaan tercipta, Ezzat Emeer berkata, kejayaan ini milik seluruh pasukan UMP Tech yang mana mereka sudah bekerja kerasa sejak 6 bulan lalu.
“Kami bertanding dalam kategori Prototype Bateri Electric. UMP –Tech disenaraikan sebagai pasukan ke 14 terpantas keseluruhan Asia bagi kategori ini,” kata pelajar tahun 3 dan di semester ke-2 ini.
Bangga dengan pencapaian pasukan dan universiti diwakilinya, kata Ezzat Emeer dia sejak kecil dia memang begitu meminati dunia permotoran.
“Lanjutan ini bila berada di universiti khususnya dalam kos Teknologi Kejuruteraan (pembuatan), ia lebih mendorong untuk saya melibatkan dalam bidang penciptaan. Asalnya saya pemandu kedua tetapi mungkin ketua melihat saya dapat menyesuaikan diri dengan litar dengan lebih baik, akhirnya saya menjadi pemandu utama,’katanya yang menyifatkan pertandingan anjuran Shell ini begitu kerana mendedahkan pelajar dalam bidang pembuatan dan penciptaan.


Dalam masa yang sama, Ezzat Emeer berkata, diaw menjadikan pelumba dari negara China sebagai “idola” ketika di litar kerana China sudah biasa mendapat tempat dalam kejohanan yang disertai ratusan pasukan dari seluruh Asia.
“Saya mengekorinya dari arah belakang. EV-Tech ciptaan UMP-Tech sebenarnya boleh pergi lebih dari 50km sejam tetapi saya selaku pemandu bimbang kalau terlanggar tembok kerana semua itu akan dikira sebagai markah bagi pasukan. Menewaskan kereta ciptaaan dari seluruh Asia dengan pencapaian kami ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya yang melahirkan rasa bangga dengan kerja berpasukan mereka semua.


Selain diiktiraf sebagai pasukan ke 14 terbaik keseluruhan Asia bagi kategori Bateri Electric, pasukan UMP-Tech turut menerima pengiktirafan sebagai pasukan ke 9 terpantas keseluruhan pasukan Asia pelbagai kategori dan No 3 terpantas keseluruhan pasukan Malaysai pelbagai kategori.
“Pertandingan kali ini adalah yang terbaik untuk Universiti Malaysia Pahang. Sebelum ini telah ada wakil bagi tahun-tahun sebelumnya tetapi kali ini pasukan kami berjaya mencipta dengan kepantasan berbeza.
“Saya memang sangat minat dalam dunia penciptaan. Ini satu permulaan baru dan diharapkan pasukan UMP akan mampu mencapai kejayaan berganda untuk tahun-tahun seterusnya,”katanya yang mencurah ilmu biar selepas tamat pengajian.
Menyeru agar golongan remaja lebih memanfaatkan peluang ketika belajar, kata Ezzat Emeer, dia turut berkongsi pendapat bahawa golongan pelajar dan remaja harus berusaha keras dan bukan terus “mengikut” tanpa tahu arah tujuan dan pilihan hidup.
“Budaya ikut-ikutan boleh tetapi di pengakhirannya, kita kena tahu apa kebaikan yang kita peroleh. Jangan ikut tetapi akhirnya menjadi lebih buruk,”katanya mengakhiri perbualan.
Syabas dari Remaja untuk pasukan UMP-Tech yang telah menaikkan nama universiti dan Malaysia di peringkat Benua Asia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Stail Baju Raya Pilihan Remaja Di Astro Screening, Siapa Paling Letop!

Tinggal 17 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.
Sudah tentu, persiapan baju Raya masih on-the-way untuk kebanyakan remaja yang menantikan momen harga turun menjunam. Ke ada di antara korang yang dah settle beli semua baju Raya untuk tahun ini?
Iyalah, kebanyakan daripada koleksi baju Raya paling laku keras adalah koleksi yang dijual secara online seawal 2 bulan yang lalu lagi. Dengan kempen dan promosi hebat oleh pengeluar koleksi baju Raya besar seperti Fashion Valet dan Zalora.my, tak hairanlah ramai orang termasuklah selebriti Malaysia sudahpun mendapatkan baju Raya masing-masing.
Jom tengok baju mana yang dipakai oleh mereka semalam di acara berbuka puasa dan screening program Raya Astro.
01
Yana Samsudin

Dah lama juga tak nampak Yana Samsudin di kaca TV. Tapi Yana pasti akan meluangkan masa setiap tahun untuk berada bersama kami di majlis berbuka puasa Astro seperti tahun-tahun sudah.
Tahun ini, Yana memilih warna merah menyala daripada koleksi mawar.red Lebaran 2018, specifically busana Maroon Malpua yang mempunyai rekaan draping di bahagian depan. Walaupun kelihatan lebih moden berbanding baju kurung biasa, ia boleh dipakai semula ke acara lain seperti open house nanti.
02
Scha Elinnea

Bercakap tentang Yana, semalam pelakon drama Mr. Grey, Scha Elinnea pun sempat untuk bergambar bersama. Memilih baju raya dengan keemasan dengan perincian puffed bell sleeves, Scha hanya membiarkan rambut dan aksesorinya ringkas saja dengan tas tangan Kenzo.
03
Adriana Adnan

Adriana pernah memuat naik baju ini beberapa hari yang lepas dan sejak itu, kami pun obses dengan baju Raya brocade oleh fabulousheejab ini! Ringkas tetapi cantik, busana Darleena Brocade berwarna krim ini memang laku keras. Setakat yang kami tahu, tinggal saiz S je yang masih available.
04
Daiyan Trisha

Bagi yang sukakan warna pastel dengan rekaan minimal lagi selesa, this is the perfect baju Raya for you. Daiyan memilih untuk mengganding busana Diana Modern Kurung daripada koleksi Alia B RTW oleh Zalora ini bersama subang mutiara dempak. Nampaklah padan dengan perincian manik pada baju.

05
Sweet Qismina

Apalah yang Sweet buat tu? Hehe. Ini adalah kali pertama kami mendengar tentang jenama Mayang By Anntsya and we just fell in love with this creation! Bukan saja ia moden, sopan tetapi kami pasti ia boleh dibawa ke banyak acara lain selepas tamat Syawal nanti. Kalau buat sebagai baju bridesmaids pun cantik kan.
06
Janna Nick

Ini merupakan salah satu baju kurung moden daripada koleksi Shades of Black Raya oleh Ezuwan ismail dan kami sukakan rekaan ini pada figura Janna yang tinggi lampai. Lebih glamor berbanding baju Raya kebiasaan, Janna bijak membiarkan saja dirinya tanpa solekan atau dandanan rambut berlebih-lebihan. Tas tangan metalik jadi pelengkap gaya untuk musim perayaan.
07
Elfira Loy

Boleh tak sesiapa beritahu kami dari mana boleh kami dapatkan baju yang dipakai oleh Elfira Loy ini?! Because we are just obsessed with it! Nampak manis dan ringkas, Elfira hanya memperlukan solekan untuk menjadikan look ini lebih wow. Mudah saja dengan teknik smokey eyes dan gincu coral.
08
Eyra Hazali

Bagi korang yang hendakkan momen dramatik semasa melangkah masuk ke open house kelak, boleh memilih busana Peplum Ross II oleh Shelle Belle Azura Couture ini. Siap ada rekaan mullet lagi di bahagian belakang, bolehlah korang kibar-kibar nanti hehe.
09
Liyana Jasmay & Lisa Surihani

Nampak gayanya, ada paten yang sama di kalangan koleksi baju Raya pilihan selebriti pada tahun ini. Lisa Surihani juga memilih Baju Kurung Pahang Cannes Tiles daripada jenama Emel by Melinda Looi. Kami pernah melihat beberapa lagi selebriti lain seperti Ayda Jebat dan Sharifah Amani turut memakai rekaan ini.
Liyana Jasmay pula cukup cantik dalam busana dusty lavender Kurung Shah Alam oleh Fiziwoo untuk Fashion Valet.
10
Scha Alyahya

Dan sudah tentulah, kami sukakan gaya Scha Alyahya dalam busana Jakel Textiles dengan potongan rambutnya yang baru! We just love any celebrity who can pull off their own collection dan Scha tidak teragak-agak untuk mewakili koleksi kolaborasi mereka sekeluarga dengan Jakel pada acara buka puasa semalam.
* * * * *
So siapa paling letop?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sekurang-Kurangnya Perlu Ada Degree..” – Lisa Surihani Titip Nasihat Buat Bakat Baru

Sejak berusia 11 tahun, pelakon terkenal Datin Lisa Surihani sudah mula mengorak langkahnya di dalam industri seni hiburan. Penampilan pertama beliau di layar kaca menerusi drama Gergasi (2002) berjaya menangkap perhatian penonton sehingga kini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kena ‘Adapt’ Dengan Generasi K-Pop, Ajai Titip Nasihat Buat Peserta Big Stage

Meski bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara, model dan jurucakap produk semenjak di bangkuk sekolah, insan berbakat ini sentiada mengutamakan aspek pendidikan dalam hidupnya.
Beliau yang baru-baru ini ditemui di acara larian Daia Go Aktif, sempat mengupas pandangannya berkaitan isu bakat baru yang lebih mengutamakan ‘job’ lakonan berbanding pendidikan mereka sendiri.
“Saya mula berlakon dari umur 11 tahun dan memang setiap hari akan pergi sekolah. Hanya pada hujung minggu sahaja waktu untuk kerja akan diperuntukkan,
“Kemudian bila sudah melangkah ke universiti, keutamaan masih diberikan untuk menuntut ilmu,
“Bagi Lisa, sokongan dan pengetahuan yang saya dapat dari menuntut ilmu amat membantu dalam memperbaiki cara saya bekerja sebenarnya,” jelasnya.

Graduan ijazah sarjana muda undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom ini percaya bahawa segulung ijazah itu penting sebagai ‘backup plan’ sekiranya kerjaya seni tidak mekar.
“No matter what, sekurang-kurangnya perlu ada degree. Kita perlu sedar bahawa meski ini jalan yang kita pilih, namun tak semestinya ini jalan yang ditentukan oleh-Nya,
“Jadi saya perlu mempersiapkan diri dengan sokongan lain untuk masa hadapan kelak,” komen Malaysia’s Sweetheart ini.

Beliau yang turut prihatin dengan nasib bakat baru yang masih di bangkuk sekolah turut menitipkan nasihat agar mereka lebih bijak dalam menguruskan masa supaya karier dan pendidikan itu saling melengkapi.
“Kerana dengan ilmu inilah yang akan membantu kita untuk navigate our life. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan pengalaman itu sendiri adalah ilmu. Iya, betul dan saya tidak nafikan perkara itu,
“Namun bagi saya kedua-duanya sama penting terutama bagi pelakon muda,” nasihat beliau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Lisa Surihani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

