
Masalah yang selalunya orang perempuan hadapi selain daripada nak pakai baju apa, mereka juga sering pening kepala nak pilih warna tudung yang sesuai untuk dipadankan bersama pakaian.
Ada juga yang tak berani nak cuba semua color combination ni sebab rasa tak confident dan takut nampak pelik lagi-lagi bagi warna-warna yang terang.
Chill la sis, sesekali nak cuba benda baru apa salahnya kan?
Kalau ada yang masih terfikir-fikir dan buntu untuk combine warna tudung dan baju, berikut merupakan color chart yang korang boleh refer untuk dijadikan sebagai reference.


Ini merupakan antara rangkaian untuk padanan warna pastel. Lebih lembut dan sesuailah untuk korang yang girly tu. hiks!

Amacam gaiss, dah dapat gambaran tak macam mana nak pilih warna tudung dan baju yang sepadan lepas ni?
Sesekali nak try color blocking apa salahnya kan. Berani dalam fesyen tapi make sure korang tak jadi fashion victim okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
20 Ciri Rumah Yang Tak Akan Dimasuki Malaikat, No 8 Pasti Terkejut Kalau Tahu

Rumah merupakan tempat berlindung dari panas dan hujan. Ia satu keperluan asas manusia abad ini. Tak kisahlah rumah bagaimana kita duduki, janji penghuninya bahagia di dalam. Betul tak?
Tapi kenapa sebahagian remaja bosan duduk di rumah sendiri? Kenapa suka lepak di luar dengan kawan-kawan?
Semak, 20 ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat. Apa tanda-tandanya?. Mesti korang terkejut kalau tahu faktanya? Bagaimana kita nak pastikan rumah yang dihuni sekarang ini dipenuhi rasa bahagia dan malaikat pun tak segan-segan singgah di rumah kita.
Sedikit info, malaikat adalah ciptaan Allah yang ghaib. Yang tidak mempunyai nafsu dan fikiran. Tidak berbapa dan tidak beribu. Juga tidak beranak. Malaikat hanya mengerjakan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat ada banyak tetapi ada 10 wajib diketahui.
Keimanan kepada malaikat termasuk dalam rukun Iman yang kedua. Maka setiap orang Islam yang mengaku muslim harus mengimani keberadaan Malaikat.
Ini ciri-ciri rumah yang malaikat sama sekali tak akan singgah.

1) Sweet kalau boyfriend hadiah bear tapi malaikat takkan memasuki rumah kalau ada patung di dalamnya – Biasakan kita dengar hal ini di mana malaikat takkan singgah kalau dalam rumah itu ada menyimpan patungpatung seperti teady bear. Banyak kekasih suka nampak sweet menghadiahkan patung ini tapi kalau boleh jangan simpan di dalam rumah (lainlah kalau teady bear itu jadi mainan anak-anak kecil, dipijak-pijak atau dilempar-lempar. Ini tak mengapa).
2) Gambar potret hidup juga antara sebabnya – di rumah kita suka menggantung gambar manusia hidup yang telah dipotretkan. Memang nampak macam bestkan framekan gambar terima ijazah dan sebagainya tapi malaikat memang takkan memasuki rumah sebegini.
3) Rumah yang penghuninya ada memelihara anjing – Apa lagi ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat?. Baca seterusnya dengan teliti. Kalau boleh disimpan, dibuang atau sebagainya, terpulanglah bagaimana nak buat.
4) Rumah yang penghuninya suka makan harta anak yatim –Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah) “Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka apa yang mereka makan di akhirat kelak adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa’ir.” (an-Nisa’: 10).
5) Rumah orang yang suka makan harta riba – Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang menghancurkan (maksudnya tujuh dosa besar). Mereka (para sahabat) bertanya; ‘Apa saja, wahai Rasulullah?’ Beliau bersabda; ‘Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita mukminah yang baik-baik berbuat kekejian (zina).” HR. al-Bukhari dan Muslim). Larangan memakan harta hasil riba juga berlaku bagi orang yang membayar atau memberi riba kepada orang lain, baik secara individu mahupun keuntungan seperti faedah bank, gadaian dan sebagainya.
6) Rumah yang penghuninya tak pernah berselawat dan berzikir – Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
7) Penghuni rumah suka bergaduh – Mengeluarkan perkataan caci maki dan bahasa kesat. Nabi saw seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a “dua orang yang saling mencaci bertanggungjawab atas kata-katanya. Maka dosa orang yang mengawalinya itu akan muncul hingga yang dicaci maki melampaui batas dalam membela diri.

8) Rumah yang penghuninya suka memasang dan mendengar lagu yang melalaikan –Contoh suka berkaraoke, lagu cinta, rock, dangdut dan sebagainya. Hati-hati ya dengan ciri ke lapan ini kerana siaran radio dan tv banyak menjurus kepada kelalaian ini. Ini memang banyak dilakukan konon untuk berseronok tapi tak sangka malaikat pun tak suka singgah.
9) Rumah yang ada loceng. Malaikat rahmat tidak akan mendampingi suatu kaum yang terdiri atas orang-orang yang berteman dengan anjing. Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. [hdis riwayat Muslim]
Imam Nawawi dalam pendapatnya : “Hadis di atas memberikan petunjuk bahawa membawa anjing dan loceng pada perjalanan merupakan perbuatan yang dibenci dan malaikat tidak akan menemani perjalanan mereka.
10) Rumah yang penghuninya suka minum arak – Walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak tetap haram. “Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar (arak) dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91).
11) Rumah yang dijadikan tempat bermain judi dan menyembah berhala – Hukum bermain judi jelas haram tetapi tetap digemari oleh kebanyakan mereka yang mahu hidup kaya dengan mudah. Semoga kita menjauhi perbuatan ini.
12) Rumah yang dijadikan tempat bacaan mentera dan perbuatan syirik.
13) Rumah yang ada bau yang kurang menyenangkan – Contoh melumurkan kunyit di seluruh tubuh, penggunaan colok, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan sebagainya.
14) Rumah yang penghuninya hidup boros –“Sesungguhnya Allah meredhai tiga hal bagi kalian dan murka apabila kalian melakukan tiga hal. Allah redha jika kalian menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan (Allah redha) jika kalian berpegang pada tali Allah seluruhnya dan kalian saling menasihati terhadap para penguasa yang mengatur urusan kalian. Allah murka jika kalian sibuk dengan desas-desus, banyak mengemukakan pertanyaan yang tidak berguna serta membuang-buang harta.” (HR. Muslim)
15) Penghuninya melakukan maksiat secara berterusan – Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).
16) Rumah yang dijadikan tempat melakukan dosa besar seperti pelacuran – Banyak orang mengambil jalan mudah kerana mengejar wang tanpa menyedari diri dan rumah semakin jauh dari rahmat Allah.
17) Derhaka kepada ibu bapa – Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”.
So korang, jangan lakukan ini langsung kerana bukan saja malaikat tak masuk ke rumah, hidup pun tak akan mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
18) Penghuni rumahnya dalam keadaan berhadas besar @tidak mandi menyucikan diri dari hadas besar – Rasulullah saw bersabda, “Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq.” (HR. Al Bazzar; shahih).
19) Rumah yang penghuninya suka memutuskan silaturahim – Orang yang suka memutuskan silaturahim ini tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi saw: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).
20) Rumah yang penghuninya langsung tidak bersolat – “Ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Sebagaimana kita mahukan keredhaan Allah di akhirat, kita juga harus memperolehnya di dunia dahulu. Jika ada 20 ciri di atas, segeralah alert ya. Jangan sampai hidup ini sia-sia sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warganet Terhibur Lihat Maryam Buat Cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ Di TikTok

Kehidupan wanita Korea, You Narae mungkin telah berubah selepas berkahwin dengan jejaka Malaysia dari Kelantan Ryzal Ibrahim yang merupakan seorang pempengaruh media sosial. Selepas memeluk Islam, isteri kepada pempengaruh itu menukar nama Islamnya iaitu Maryam.
Ramai yang sudah sedia maklum, masyarakat Malaysia memang meminati industri hiburan Korea, maka dengan itu mungkin tuah juga menyebelahi Maryam kerana rakyat kita begitu selesa menerima kehadirannya.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Maryam pasti mendapat perhatian ramai, tambahan pula wanita itu seorang yang lucu, lebih-lebih lagi apabila dia cuba untuk mempelajari bahasa Melayu.
Terbaharu, Maryam ada memuat naik video melakukan cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ di laman TikTok, di mana beberapa ayat dalam bahasa Indonesia perlu di teka dengan penggunaan bahasa Korea yang betul.
@uyounikMana senang♬ 오리지널 사운드 – Duriankimchi
Pasti ramai yang menganggap Maryam dapat menjawab kesemuanya dengan betul, namun dia gagal menterjemah satu perkataan iaitu ‘Kangen’ dalam bahasa Korea. Sesuai dengan kapsyen yang dibuat olehnya, ‘Mana senang’.
Rata-rata warganet terhibur dengan video yang telah dimuat naik itu dan memberi komen ia terlalu mudah untuk Maryam.




Malah, ramai yang memberikan komen ‘sarkastik’ bergurau dengan kemampuan Maryam berbahasa Korea dengan baik.



Suaminya turut membuat cabaran itu dan berjaya menjawab kesemuanya dengan betul.
@uyounik @mr_jiejie ♬ 오리지널 사운드 – Duriankimchi
Tidak hairanlah sekiranya pasangan suami isteri ini dapat menjawab cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ dengan baik kan? Ramai juga peminat k-drama mampu memberikan jawapan yang betul dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan Sekali Lafaz, Shuib Sepahtu Sah Milik Watie Hanifiah

Dengan sekali lafaz, usahawan dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, di sini.
Bersaksikan Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor, pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.
Selain itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM 8,288 dan manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
BACA LAGI: Shuib & Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi

Walimatulurus pada malam ini dihoskan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.
Majlis itu bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakam detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu yang berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu turut menemui peminat secara eksklusif bermula 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

