Setelah spekulasi tak sudah-sudah yang dilemparkan oleh media hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood, akhirnya Miley Cyrus dan Liam Hemsworth telah melangsungkan perkahwinan mereka!
Bagaimanapun, Miley dan Liam tidak keseorangan apabila seorang lagi penyanyi pop iaitu Meghan Trainor turut memilih bulan Disember 2018 untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Daryl Sabara.
Pasangan yang seringkali berpacar secara on-off ini dalam diam telahpun bersama hampir sedekad lamanya setelah mereka bertemu untuk kali pertama di set penggambaran The Last Song pada tahun 2009.
Miley dan Liam melalui beberapa keping gambar di Instagram menunjukkan mereka telah berkahwin pada hari Ahad lalu di Tennessee.
Ads
We cannot help but to notice her white dress. Girl, Miley kelihatan cukup chic dalam persalinan satin dengan potongan vintaj tersebut. Gaun cold-shoulder dengan perincian korset itu dipercayai direka khas oleh pereka fesyen kegemarannya iaitu Vivienne Westwood.
Portal fesyen pantas cuba mengecam (bukan kecam okay!) gaun tersebut kerana ia kelihatan hampir sama dengan gaun ‘Long Cocotte’ oleh Westwood, seperti di bawah.
Menariknya, sepanjang concert tour yang dijayakan Miley sepanjang tahun ini, dia telah memilih Westwood untuk menyiapkan kesemua baju persembahannya. Ouuhh, sepakat eh! Liam pula dilihat selesa dengan stail kasual sneakers putih bersama tux klasik.
Berlainan pula dengan Meghan Trainor yang memilih gaun glamor sarat dengan perincian manik. Namun ia dilihat bersesuaian dengan keadaan persekitaran majlis kahwinnya dalam suasana country side, di Los Angelas.
Hanya sekadar mengundang kurang daripada 100 orang tetamu, majlis penuh intim itu menyaksikan Meghan menyarung gaun rekaan Berta yang cukup elegan. Sepatunya daripada Badgley Mischka manakala aksesori pula daripada Norman Silverman.
Menurut Meghan, “Saya inginkan sesuatu yang berkilau dan saya ingin menunjukkan curves saya. Iyalah, saya telah bekerja keras untuk mendapat tubuh idaman dan tiba masa untuk saya tonjolkannya.
“Saya enggan menjadi glamor seperti seorang pop star, saya hanya ingin menjadi seorang pengantin yang cantik seperti yang pernah diidamkan semasa saya berusia 13 tahun.”
Meghan dan suami, Daryl bertemu setelah diperkenalkan oleh rakan pelakon, Chloe Grace Moretz dan terus mula berpacaran! Cepatnya sis…
Apapun, tindakan Meghan itu nyata betul apabila kini mereka telah bergelar suami isteri.
Personally, penulis menyukai stail gaun Miley yang lebih moden, vintaj dan ringkas – all in one.
Korang pula bagaimana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja baru saja melabuhkan tirainya, tahniah kepada semua Dewi-dewi pemenang! Pastinya korang ada favorite Dewi korang kan? Apa kata korang test personality korang ni. Mana tahu sebenarnya dah dekat dah personality korang ni dengan dewi-dewi kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Hafeez dan pasangan!
Dengan sekali lafaz, pelakon tampan, Hafeez Mikail kini sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor pada 6 Mei yang lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Mengenakan busana tradisional Jawa serba putih, Hafeez menitipkan kesyukuran dan menzahirkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handainya yang telah membantu dalam menjayakan majlis perkahwinannya itu.
Selain itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut tidak lupa berterima kasih buat semua para tetamu yang hadir pada acara resepsi perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah saya dan isteri saya selamat diijab kabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.
“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang process majlis kami dijalankan,” coretnya panjang.
Terdahulu, Hafeez dan isteri mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.
Malah, dia sempat memberi peringatan kepada Azira untuk bersedia dengan kecaman netizen dan perhatian yang diberikan apabila bergelar isteri kepada seorang artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah kami ucapkan buat Yonnyboii dan pasangannya Nik Nazira!
Hanya mengambil masa sebulan bertunang, penyanyi muda berbakat besar Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bernikah semalam iaitu pada 26 November 2021 dengan pasangannya Nik Nazira Nariman, 22.
Gambar Pertunangan: Instagram Nik Nazira
Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu selamat bernikah. Alhamdulillah.
Hal ini agak mengejutkan kerana sebelum ini mereka memaklumkan majlis perkahwinan mungkin diadakan pada Januari 2022. Yonnyboii memuat naik satu perkongsian di laman sosial dengan caption ringkas memperkenalkan isterinya.
Malah menerusi Instagram isteri kepada pelantun suara lagu ‘Salahku’, Nik Nazira turut memuat naik gambar persandingan selepas mereka bernikah. Majlis ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan ia dijalankan secara tertutup.
Walau bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada tahun hadapan berkemungkinan sama tarikh dengan perancangan awal yang didedahkan kepada media.
Posting tersebut dibanjiri komen positif dari rakan artis, kenalan rapat dan juga peminat mereka. Rata-rata mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar penikahan Yonnyboii dan Nik Nazira terus berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.
Gambar : Instagram Yonnyboii
Dah jodohkan…bagus la mempercepatkan benda yang baik. Sama cantik sama padan pasangan ni kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.