Kalau ada di antara peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) dan AADC 2 masih tak puas dengan pengakhiran jalan cerita filem tersebut 2 tahun lepas, well, ada berita gembira untuk korang!
Starvision dan Miles Films Indonesia baru-baru ini mengumumkan, filem sequel kepada AADC 2 akan menemui penonton di pawagam pada bulan Disember tahun ini. Namun pada kali ini, ada sedikit twist pada jalan ceritanya.
Jika dahulu, Rangga dan Cinta menjadi peneraju utama dan jalan cerita AADC berkisar daripada hubungan cinta mereka. Kali ini, watak sampingan Milly dan Mamet pula yang akan menjadi peneraju utama!
O M G.
Walaupun Milly dan Mamet hanyalah watak sampingan dalam dua filem terdahulu, penampilan mereka berbekas dalam ingatan semua orang disebabkan oleh gelagat mereka. Sudah tiba masa Milly dan Mamet diberikan spotlight seperti ini.
Ads
Ramai yang mengagak ia akan menjadi sebuah filem bergenre komedi kerana kehadiran Sissy Prescillia (Milly) dan Dennis Adhiswara (Mamet).
Namun, ada sesuatu mengenai filem ini yang membuatkan penulis merasakan ia tidak akan dipenuhi dengan gelak tawa dari awal sehingga penghujung walaupun ia mengenai Milly dan Mamet.
Ads
Iyalah, mana ada kehidupan yang tidak mempunyai rasa sedih dan perasaan down. Mungkin melalui filem ini, penonton dapat menyaksikan kehidupan sebenar karakter Milly dan Mamet.
“Ini Bukan Cinta & Rangga”..? Ouch.
Buat masa ini, kita hanya mengetahui tentang filem tersebut melalui pengarahnya, Ernest Prakasa. Dalam sebuah posting di akaun Instagram-nya, dia berterima kasih kerana diberikan kepercayaan untuk mengendalikan filem tersebut.
“Saya bersyukur, untuk filem keempat saya ini, saya diberi kesempatan untuk sekali lagi mencuba sesuatu yang baru iaitu filem berbentuk spin-off. Lagi-lagi, ia diambil dari salah satu karya fenomena dalam sejarah layar perak Indonesia.
“Terima kasih Mirles dan Rizariri, I promise to give everything I have.”
Tak sabarnya nak tunggu bulan Disember ini! Agak-agak, karakter AADC 2 yang lain turut serta atau tidak di dalam filem ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat peminat K-Drama The King: Eternal Monarch, episod 13 drama tersebut tidak akan disiarkan hari ini (29 Mei 2020) kerana menurut sumber, SBS akan menyiarkan filem Contagion.
Ha, kenapa pula?
Menurut Soompi, sumber menjelaskan bahawa tayangan filem tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Korea tentang COVID-19. Ini kerana jumlah pesakit virus itu telah meningkat dua hari berturut-turut, mencapai 70 pesakit dalam sehari untuk pertama kalinya dalam tempoh hampir dua bulan.
“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut. Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.
Mungkin ini salah satu cara bagi stesen televisyen di sana untuk mengingatkan kepada masyarakat supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar bagi mengekang penularan wabak ini.
Walau bagaimanapun, episod 13 The King: Eternal Monarch akan ditayangkan pada hari Sabtu, 30 Mei 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 dalam balutan busana Alia Bastamam.
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Gaun rona biru rekaan Alia Bastamam untuk Miss Universe Malaysia 2013. Sumber gambar via International Business Times
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...