Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
Ads
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 dalam balutan busana Alia Bastamam.
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Ads
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Gaun rona biru rekaan Alia Bastamam untuk Miss Universe Malaysia 2013. Sumber gambar via International Business Times
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan terkenal Dolla, Syasya Rizal akui sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menonton muzik video lagu terbaharu berjudul Here4U.
Menurut Syasya, lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan oleh mereka berempat, namun akur apabila dia sudah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut.
“Sebenarnya saya sudah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.
“Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, menangis juga lah saya dan sangat comel,” katanya.
Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual oleh penyampai radio segmen 3 Pagi Era.
Walaupun dirinya tidak lagi bersama Dolla, Syasya memberitahu dia tidak akan berhenti memberikan sokongan buat ketiga ‘kakak’ kesayangannya itu.
“Apa pun berlaku, saya tetap menyokong Dolla. Kepada kakak-kakak saya (Tabby, Angel, Sabronzo) yang amat saya sayangi, terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui sejak dari awal kita mula.
“Terima kasih beri layanan yang sangat baik dan anggap saya sebagai adik bongsu kalian. Saya akan sentiasa sokong kalian dan bawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa. Buat Malaysia dan kelab peminat bangga,” tuturnya lagi.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Sekadar info, Dolla ditubuhkan pada April 2019 yang dianggotai oleh empat gadis muda yang berbakat dalam nyanyian dan tarian iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita harus akui, terdapat beberapa pemimpin menerusi parti Barisan Nasional yang sebenarnya begitu dekat dengan hati rakyat. Mereka disayangi bukan kerana memberi ‘gula-gula’ setiap kali perlu meraih sokongan rakyat.
Namun mereka benar-benar melakukan tugasan mereka sebaik mungkin demi melihat negeri serta kementerian yang dikelolakan oleh mereka itu berkembang dalam tempoh tampuk pemerintahan.
Antara pemimpin yang selalu disebut-sebut termasuklah YB Khairy Jamaluddin, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10), Datuk Seri Ir. Idris Haron (Ketua Menteri Melaka ke-10) dan tentunya, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir iaitu Menteri Besar Perak ke-11.
(Dari Kiri): Khairy Jamaluddin, Idris Haron dan Mohamad Hassan.
Dato Seri Zambry umpamanya disifatkan sebagai seorang Menteri Besar yang mudah memberi inspirasi kepada rakyat Perak, terutamanya. Perubahan tampuk kepimpinan negeri Perak pada kali ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada rakyat Perak yang menyenangi cara Dato Seri Zambry bekerja, termasuklah jurugambar beliau, Airil Ezuan.
* * * * *
Menerusi dua perkongsian di Instagram miliknya, Airil menceritakan bagaimana cara dia melihat Dato’ Seri Zambry sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat:
Sepanjang hampir 5 tahun aku ada di depan, kanan, kiri dan belakang dia.
2014, aku ditugaskan sebagai seorang jurugambar YAB Menteri Besar Perak. Aku sendiri macam tak percaya yang aku akan nampak dunia politik. Sedangkan aku tak ambil tahu pasal politik dan tak percaya dengannya.
Biasalah fasa umur anak muda, semua benda nak memberontak dengan kerajaan atas sebab terikut-ikut ataupun sifat benci pada sesuatu.
Tak lama lepas itu, aku slow-slow terima semua yang ada depan aku iaitu dunia politik. Aku ni tak lah power politik but aku tau mana yang baik dan mana yang buruk. Aku rasa cukup bertuah dapat kerja yang aku sendiri tak pernah terfikir. Walaupun kerjanya berisiko. Hilang jawatan, hilanglah aku.
Dalam tempoh aku berkhidmat untuk dia, banyak benda aku belajar. Apa yang dia selalu pesan pada rakyat, aku dengar dan aku fikir untuk diri aku. Lagi-lagi bab untuk terus berjaya walaupun peluang itu kecil. Tengok pada diri dia seorang anak nelayan sampai dia jadi seorang pembela nasib rakyat.
Aku sendiri tak tahu struggle dia nak hadapi macam-macam dalam hidup dia macam mana. Hati dia aku rasa cukup rapat untuk rakyat. Cuma sesetengah pihak saja yang tak nampak. Dalam diam aku kerja, ada sesuatu aku belajar.
Dalam tempoh aku berkhidmat sampailah hari Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).
Tiba masa pengumuman keputusan PRU14 sampai tengahari semalam, dah 3 hari aku tak nampak dia. Aku risau. Risau yang aku terfikir, macam mana dia hadapi semua ini? Sebabnya dia mungkin kecewa dan terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Siapa tahu? Ibarat dia hilang dari radar mata aku yang selalu ada depan kamera aku.
Tadi (kelmarin) aku sendiri tak sangka boleh jumpa dia dalam kediaman rasmi, aku nampak dia, dia nampak aku. Dia panggil aku. Aku letak kamera, aku terus peluk dia. Aku tak tahu nak cakap perasaan masa itu macam mana. Dalam pelukan hanya air mata saja yang keluar.
Dari raut wajah dia aku tau dia tahan mcam-macam. Lain dari biasa aku tengok. Itu pun salah sebab aku tak tahan sebak. –
“ …you’re a good photographer. Don’t worry. Ini hari baru untuk you.”
Terima kasih untuk 5 tahun yang cukup bermakna bagi saya. Saya tahu siapa Zambry Abd Kadir. Semoga perjuangan Dato’ Seri terus dan menerus untuk rakyat dan Malaysia. Keep me and everyone else inspired, always. May Allah bless you sir.
InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi macam satu syarat utama bila nak bergelar seorang model, korang mestilah cantik, handsome dan mempunyai perwatakan menarik.
Nah, semua tu klise la weh!
Kalau korang tengok model-model dekat oversea semuanya berperwatakan berbeza. Ada yang kulit gelap, bersaiz besar dan jangan terkejut sebab model di kalangan albino pun ada.
Macam ni la baru tak dikatakan stereotaip.
Berikut kami senaraikan 10 model yang berani buktikan bahawa perbezaan bukanlah satu halangan untuk bergelar seorang model.
A post shared by Connie Chiu (@aneveningbreeze) on
Connie Chu merupakan model albino pertama dalam dunia fesyen dan pernah membuat penampilan dalam memperagakan koleksi designer terkenal, Jean Paul Gaultier.
Selepas itu, Connie Chiu meneruskan karier modeling, malah dia mula membina kerjayanya dalam bidang muzik juga. Model albino ini sudah pun menjangkau usia 49 tahun.
Ketika berusia 14 tahun, gadis ini sudah pun dilamar oleh agensi modeling. Freya seorang yang mempunyai freckles, bertelinga besar dan ada sepasang mata yang cantik membuatkan agensi percaya bahawa dia boleh menjadi seorang model yang hebat dan luar biasa.
Gadis ini menjadi muse untuk jenama terkenal dunia antaranya adalah seperti Mulberry, Chloe dan Celine.
Sophia secara tak sengaja mewarnakan kening semula jadinya dengan warna hitam dan menjadi penyokong utama kening tebal.
Ye la kadang perempuan kan rasa tak confident bila kening tebal sikit nak dicukurnya. Tapi Sophia menjadi popular dan ramai pengikutnya kagum kerana dia bersifat terbuka serta melanggar semua norma kecantikan.
Model Amerika ini bangga dengan penampilan dirinya dan biasanya, dia memang jarang menggunakan produk solek sebab nak menunjukkan pigmentasi kulitnya. Kokie juga tidak mahu terlalu menghabiskan masanya dalam dunia modeling dan kerana itu dia juga merupakan seorang pelajar dalam jurusan biologi.
Walaupun pernah membenci mukanya dan menjadi mangsa buli, sekarang Sarah tidak malu lagi dan banyak berkongsi gambar-gambarnya di Instagram. Dia tidak langsung edit atau mengenakan sebarang mekap kerana sememangnya gadis ini sangat adore dengan natural beauty!
Di usia 3 tahun, lelaki ini telah didiagnos dengan alopecia dan sebab tu dia tak ada kening, bulu mata dan rambut. Tapi, Bice telah Berjaya menakluk pentas catwalk di New York.
Amanda telah didiagnos vitiligo ketika berusia 18 tahun. Untuk membina semula semangatnya, gadis ini mula menyiarkan video di YouTube dan berkongsi gambarnya di media social. Ramai suka dengan mesej yang disampaikannya dan terus memberikan sokongan.
Gadis ini mempunyai tangan bionic dan impiannya untuk bergelar model jadi kenyataan bila dia dipanggil untuk beraksi di pentas peragaan New York Fashion Week.
Lilianna merupakan seorang model British yang mempunyai freckles. Gadis ini telah menandatangani kontrak Bersama pengurusan model dan telah menghasilkan beberapa foto yang luar biasa cantik.
Tess Holliday adalah seorang model bersaiz besar Amerika dan menjadi wanita bersaiz besar pertama yang menerima kontrak Bersama agensi modeling terkenal.
So guys, nampak tak sebenarnya korang hanya perlu confident dan berani untuk mencuba. Jangan takut di reject sebelum try.
Setiap individu mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Mungkin bagi korang tak cantik tapi seribu mata lain yang memandangnya terpersona dengan kecantikan semula jadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!