Kes jenayah penipuan melibatkan pembelian online dilaporkan meningkat dan jumlah itu akan menunjukkkan peningkatan lebih ketara apabila menjelangnya Ramadan kurang sebulan dari tarikh sekarang.
Kecederungan masyarakat yang gemar membeli secara online khususnya melibatkan pembelian telefon bimbit, cenderamata, pakaian dan sebagainya dilihat sebagai satu peluang untuk penjenayah memerangkap mangsa.
Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta. Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12 (Utusan 2011).
Atas inisiatif menyedari pembeli ramai tertipu, Polis DiRaja Malaysia dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial melancarkan satu portal iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.
“Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Ads
Sekali pun portal ini masih dalam tempoh percubaan tetapi ia telah dilayari lebih dari 629, 950 orang.
Bagaimana nak semak sama ada akaun peniaga online itu palsu atau tidak.
Selepas itu, boleh click di Others dan korang akan ternampak ini.
Ads
Tekan Check For Scams. Kalau peniaga ini ada jenayah penipuan online sebelum ini, akan tertera bahawa akaun ini pernah terlibat dengan jenayah penipuan. Langkah selamat, jangan buat belian dengannya kerana ianya fake akaun.
Jadilah pengguna bijak ya, jangan sebarangan membuat bayaran kerana bukan mudah mencari wang hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesedapan terlampau Burger Sotong Cheese Neleh yang diusahakan oleh dua anak muda iaitu Mohd Izham Fahmi Mohamad, 25 dan Mohd Sharif Ngah, 22 menjadi viral di media sosial sehingga mereka mampu menjual 60 bungkus burger setiap hari yang berharga RM14 ke RM17 bagi setiap satu.
Menggunakan seekor sotong segar yang stoknya diambil terus dari jeti Marang, setiap hari, sotong segar ini dikelar nipis di bahagian atas badannya.
Selepas dimasak sempurna, sotong segar ini kemudiannya disalut dengan tiga jenis sos iaitu sos cili, thousand island, mayonis. Tapi apa yang paling istimewa ialah kesedapan sos lada hitam resipi rahsia turun temurun keluarga. Ditambah dengan cheese leleh, tak hairanlah rasanya begitu mengancam. Roti burger sotong ini adalah dari roti membuat oblong dan kemudian diletakkan dalam bekas yang ngam-ngam nampak penuh. Pergh, memang syok makan.
Inilah burger sotong cheese neleh yang viral di Marang
Menurut Izham, sehari dia mampu menjual sekitar 60 bungkus burger sotong cheese neleh (disebut meleleh oleh orang bandar) dan pendapatan mampu mencecah RM600 sehari.
“Pernah jualan kami capai sehingga RM1000 sehari. Tapi dalam satu malam antara jam 8-12.30 malam, jualan keseluruhan mencecah RM600 lebih,” katanya ketika dihubungi.
Kata anak muda ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka burger sotong cheese nelehnya menjadi viral dan gerainya diserbu peminat.
“Bagi saya ini rezeki dari Allah taala. Memang tak sangka akan sampai ke tahap ini,” katanya yang berkata, di masa akan datang, dia akan memperkembangkan perniagaannya ke beberapa lokasi lain berikutan permintaan hangat.
Anak muda ini memulakan perniagaan seawal jam 8 malam sehingga 12.30 malam setiap hari
Bekalan sotong segar digunakan setiap hari dan diambil terus dari nelayan di jeti Marang
Nampak sedap betulkan tapi memang sedap sehingga burger ini jadi viral. Izham (kanan) dan Sharif
Jelasnya, memang ada penduduk sekitar Terengganu iaitu di Hulu Terengganu, Ajil dan beberapa lokasi bertanya adakah boleh Cash On Delivery (COD) tapi jelas Izham dia tidak berkemampuan melakukannya.
“Kos penghantaran mahal. Lagipun kalau sampai ke tangan pengguna, tidak tahu bagaimana keadaannya berbanding datang dan makan di sini,’katanya yang agak ramah.
Di sebalik kejayaannya hari ini dengan pendapatan RM600 semalam hanya dengan menjual burger sotong cheese neleh, sebelah pagi jelas Izham dia membawa van untuk kanak-kanak ke sekolah.
“Habis saja SPM, saya bekerja di kedai Tutti Fruity dengan pendapatan RM800 sebulan. Kerja beberapa bulan saya berhenti kerana abang tawarkan kerja dengannya sebagai tukang bakar ikan. Lama-lama bila berborak dengan kawan, kami terfikir untuk berniaga sendiri. Adalah jual burger daging dan ayam tapi tak jalan sangat sampai saya syorkan try niaga burger sotong kerana tak ada orang buat lagi. Alhamdulillah berjaya. Ramai yang cakap sos lada hitam ini jadikannya special kerana cara pembuatan sos ini memang diajar oleh abang saya sendiri,”katanya lagi.
Ditanya apa harus anak muda lakukan untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, Izham memberi tips.
“Jangan takut untuk mencuba kerana tak try tak tahu.Jangan ragu-ragu dengan keputusan dibuat. Kena yakin pada kemampuan diri dan last sekali buat saja, try and error,” katanya lagi.
So, kalau korang teringin sangat nak makan burger sotong neleh yang viral dari Marang ini, mana yang datang dari bandar Kuala Terengganu, boleh lalui jalan ke Padang Midin. Nampak saja trafik light Tun Telanai, Marang, di situlah gerai burger ini berada. Manakala bagi yang datang dari Kuala Lumpur, boleh turun di exit Ajil menuju ke bandar Kuala Terengganu. Ikut jalan yang sama ya, confirm tak sesat!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Victoria’s Secret Fashion Show telahpun berlangsung pada 8 November lalu. Yes, tetapi video penuh acara tersebut dan gambar rasmi hanya akan ditayangkan pada 2 Disember ini. Ini termasuklah sesi temu ramah di karpet merah jambu dan skop BTS di belakang pentas yang menjadi kegemaran kami!
Di Mana?
Pada tahun ini, Victoria Secret kembali ke New York selepas ia berlangsung di Shanghai, China pada 2017. Ingat lagi tak drama tahun lalu seperti kegagalan visa milik Gigi Hadid dan model kelahiran China, Ming Xi yang terjatuh di pentas runway?
Siapakah Model Yang Terlibat?
Terdapat beberapa supermodel yang membuat kemunculan semula selepas tak muncul untuk beberapa tahun. Ada juga 18 model baru yang menyertai Victoria’s Secret Fashion Show pada tahun ini. Siapa agaknya mereka ini?
Kendall Jenner
Tahun lalu, Kendall tak menyertainya akibat jadual yang terlalu padat.
Gigi Hadid
“Always the show of my dreams.”
Yes! Gigi juga melakukan comeback pada tahun ini di New York. Dia berkongsi pengalaman berjalan di runway Grand Palais, Paris pada tahun 2016. “Sebaik saja musik bermula, saya terus berasa teruja! I will nevel be able to put into words – betapa acara ini cukup bermakna untuk saya.
Bella Hadid
Tahun lalu, Bella mengejutkan ramai orang apabila dia ‘tersenyum’ semasa berjalan di runway. Jika korang merupakan peminat supermodel ini, pasti korang tahu Bella gemar menunjukkan ‘poker face’ dan wajah serius di pentas peragaan.
Winnie Harlow
Model popular yang berdepan dengan isu kulit ‘Vitiligo’ ini terus mencabar dunia fesyen untuk membuka peluang kepada semua jenis model agar dapat berjalan di pentas runway.
Karlie Kloss
Model yang baru saja berkahwin ini juga akan lakukan comeback!
Kelsey Merritt
“We did it Phillippines!”
Ya, Kelsey menjadi model Filipino pertama untuk mewakili negaranya di pentas Victoria’s Secret.
Maia Cotton
Sementara itu, Maia menjadi model kedua dari New Zealand yang terpilih untuk acara ini selepas seniornya, Georgia Fowler. “Saya tak pernah termimpi untuk mendapat peluang melalui sesi ujibakat, apatah lagi terpilih di kalangan beratus-ratus model lain.”
Shanina Shaik
Antara model kegemaran kami! Shanina merupakan pro di atas pentas Victoria’s Secret. Selepas 2 tahun, Shanina akhirnya kembali untuk berjalan bagi jenama tersebut.
Barbara Fialho
Bercakap mengenai senioriti, Barbara sudah dipilih oleh Victoria’s Secret selama 7 tahun berturut-turut! Model dari Brazil ini pastinya mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan dengan model muda lain.
Alexina Graham
Kalau korang pengguna tegar product L’Oreal, mesti korang boleh recognize wajah dutanya ini di poster kempen pada tahun ini. Ini adalah kali pertama Alexina akan memperagakan pakaian lingerie di pentas ini.
Ming Xi
Yes, she will back! Walaupun terjatuh pada tahun lalu, Ming Xi sudah membuktikan dia adalah model profesional setelah menjadi rebutan ramai pereka fesyen semasa Minggu Fesyen New York dan Paris.
Nadine Leopold
Nadine pernah terlibat di dalam rancangan realiti saluran E! berjudul Model Squad. Jom tengok sama ada model Austria ini telah cukup bersedia untuk berdamping dengan supermodel atau tidak.
Sui He
Sejak berjalan untuk Victora’s Secret 8 tahun lalu, nama Sui He tak pernah terlepas daripada barisan model yang terpilih. Bukan je Sui He merupakan model kegemaran VS, dia juga merupakan wajah tetap untuk acara runway Ralph Lauren, Dior, Chanel, Dolce & Gabbana dan banyak lagi.
Asian represent, indeed!
Devon Windsor
Devon juga merupakan senior di kalangan model lain. Katanya, orang selalu sangkakan dia mudah untuk berdepan dengan pentas Victoria’s Secret setelah 6 tahun bersama mereka. Tetapi menurutnya, akan ada cabaran baru pada setiap tahun dan dia perlu bekerja lebih keras agar terpilih, terutamanya dengan kehadiran ramai moel baru.
Aiden Curtiss
Mungkin inilah antara model muda yang dimaksudkan oleh Devon. Aiden baru je menjadi model sejak akhir tahun 2016 tetapi dia telah berjalan untuk lebih daripada 100 pertunjukan fesyen, seluruh dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.
Pernah tak korang terfikir tentang kandungan makanan ringan yang selalu korang ambil? Sama ada ia baik atau tidak untuk tubuh badan.
Nah, jangan tak ambil peduli langsung tentang perkara ini. Penting untuk korang tahu kandungan sebenar yang ada dalam setiap makanan yang diambil.
Ada beberapa produk yang telah disahkan merbahayakan kesihatan oleh KKM dan pastinya korang terkejut kerana makanan ini sangat popular dan sering dimakan.
Antara produk-produk tersebut adalah:
1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)
Produk ini telah diambil sampel dan Analisa makmal mendapati mengandungi siklamat pemanis dan kadmium.
Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa. Manakala Kadmium, cemaran logam yang boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan.
Siklamat juga boleh memberi risiko kanser Ia biasanya dapat memberi kesan jangka panjang terutama penyakit kanser.
Siasatan pihak KKM mendapati bahawa maklumat pengeluar produk ini adalah palsu.
Ha, korang mesti familiar dengan produk makanan ringan ni kan?
Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Walau bagaimanapun, amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan.
Namun begitu, korang dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan seperti ini kerana ia tidak sesuai untuk kesihatan, terutamanya kandungan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.