Craving nak makan aiskrim? Jangan risau, Nestle Ice Cream kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa perlu keluar rumah kerana masih patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Korang boleh memilih pelbagai perisa aiskrim yang berbeza, termasuklah aiskrim KitKat yang tengah popular sekarang.
Confirm terliur kan?
Bagaimana nak buat pesanan? Mudah saja, korang boleh terus ke laman web ini, https://bit.ly/NIChomedelivery atau telefon hotline yang kami akan sertakan dibawah untuk pesanan dan mereka akan membuat penghantaran straight to your doorstep.
Harga, promosi dan caj penghantaran mungkin berbeza mengikut kawasan dan setiap pembelian dijual secara karton dan bukannya mengikut bilangan bagi memudahkan pengedar membuat penghantaran dengan selamat dan segera.
Ala korang share-share la dengan jiran sebelah sebelum ambil order tu. Hiks!
Berikut merupakan beberapa cara secara online yang korang boleh lakukan untuk membuat pesanan tersebut. Jangan risau kerana setiap link pesanan telah dikategorikan mengikut kawasan di seluruh Malaysia.
· Syarikat Agrobest Tawau: +6012-8123801 (https://bit.ly/0128123801) [Area Bandar – Fajar/ Sabindo/ Ice Box/ Jalan Dunlop/ Jalan Mawar/ Area Apas – Bt 1 – Bt 4/ Area Sin On – Taman Fuji Mart hingga Taman Capital/ Area Kuhara – Taman Gaya hingga ke Taman Semarak]
· Len Ong Sdn Bhd Kota Kinabalu: +6013-8592226 (https://bit.ly/0138592226) [Inanam/ Menggatal/ Telipok/ Sepanggar/ Likas/ Kota Kinabalu/ Luyang/ Jln Tuaran (sebelum hospital Tuaran)
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, ternyata pengacara dan pelakon berusia 26 tahun ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, Bahkan punya latar belakang pendidikan yang boleh dibanggakan
Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad ada berkongsi foto di laman Instagram miliknya memaparkan keputusan peperiksaan yang cemerlang ketika mengikuti pengajian Asasi Undang-undang di UiTM.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, Uyaina merupakan pelajar yang pintar.
Melihat keputusan cemerlang Uyaina, ramai yang berasa kagum dengan kebijaksaan yang dimiliki pengacara tersebut, disifatkan sebagai ‘beauty with brain’. Antara rakan artis yang komen termasuklah penyanyi remaja, Wani Kayrie.
Sebagaimana kita tahu, Wani Kayrie bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik juga dan juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang juga di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam.
Sepatutnya Bergelar Lawyer Namun…
Bagaimanapun, Uyaina mengakui bahawa rezekinya lebih terarah kepada bidang hiburan dan pengacaraan meskipun mempunyai kelulusan undang-undang dan sepatutnya bergelar peguam.
“Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer, Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas…”
Selain itu ada ramai juga rakan-rakan selebriti lain yang turut berbangga dengan Uyaina.
Untuk info sebenarnya ramai juga selebriti di Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan jurusan undang-undang, antaranya Yuna, Datuk Aznil Haji Nawawi, Azwan Ali dan Lisa Surihani.
Memang ‘beauty with brain’ la Uyaina ni, bukan senang ye nak dapat CGPA 4 flat tiap sem lagi-lagi jurusan law. fuh…
Sumber : Instagram Uyaina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan mempromosikan produk vape melalui sebuah podcast yang disiarkan kepada umum dua tahun lalu.
Majistret Ezrene Zakariah turut memerintahkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, dipenjara selama satu tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Kes Shuib didenda promosi vape ini menjadi antara kes berprofil tinggi melibatkan selebriti sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dikuatkuasakan.
Mengikut pertuduhan, Shuib selaku penerbit Dol’s Podcast didakwa mengambil bahagian dalam promosi produk vape jenama Soundvape menerusi satu siaran audio siar yang dimuat naik ke platform YouTube.
Kandungan tersebut disifatkan sebagai menggalakkan orang awam merokok atau mempromosikan produk pengganti tembakau.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 4.26 petang, 22 Oktober 2024 dan dikesan oleh Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil pemantauan terhadap kandungan digital yang disiarkan kepada orang ramai.
Akta Kawalan Produk Merokok Digunakan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i), Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Akta ini diperkenalkan bagi mengekang penularan promosi produk merokok dan vape yang dilihat semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Semasa prosiding, peguam bela Ahmad I’zzudin Ahmad Nadzri memaklumkan bahawa perjanjian promosi berkenaan telah dimeterai sebelum akta tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya pada 10 April 2025.
Menurut beliau, Shuib juga telah bertindak segera menurunkan kandungan podcast tersebut sebaik menyedari wujud pelanggaran undang-undang, sekali gus menunjukkan kerjasama dan usaha mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Video berkenaan tidak memberi kesan besar kepada masyarakat kerana telah diturunkan dalam tempoh yang singkat. Ini membuktikan OKS bertindak secara bertanggungjawab dan wajar dikenakan hukuman minimum,” katanya.
KKM Tegas Lindungi Kesihatan Awam
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa KKM, Kua Ah Kiong menegaskan tindakan Shuib tetap merupakan satu kesalahan serius kerana melibatkan promosi produk yang memudaratkan kesihatan awam.
Beliau turut menekankan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah serta pengaruh besar selebriti terhadap peminat, terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh dengan kandungan di media sosial.
“Sebagai figura awam, promosi oleh OKS berpotensi mendorong kanak-kanak dan remaja mencuba produk tersebut tanpa menyedari kesan jangka panjang terhadap kesihatan,” katanya.
Dalam prosiding sama, Pengarah Syarikat Bangsawan Distribution, Mohd Redzuan Hamizan Rahim, 34, turut didenda RM10,000 atau penjara setahun selepas mengaku bersalah menaja siaran podcast berkenaan bagi tujuan promosi vape.
Mohd Redzuan didakwa menaja kandungan audio siar yang disiarkan kepada umum melalui YouTube pada tarikh sama dan pertuduhan dibuat mengikut peruntukan undang-undang yang serupa.
Amaran Kepada Selebriti dan Pempengaruh
Kes Shuib didenda promosi vape ini dilihat sebagai isyarat jelas kepada selebriti, pempengaruh serta pencipta kandungan digital agar lebih berhati-hati dalam menerima tawaran promosi, khususnya melibatkan produk yang memberi kesan buruk kepada kesihatan awam.
Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuib gagal apabila beliau dipercayai menggunakan laluan lain dan tidak melalui kawasan lobi mahkamah selepas prosiding berakhir.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedang kita sibuk terikut dengan lagu dan tarian K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.
Noraniza lebih mesra disapa Kak Ani cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama Malaysia dan etnik kreatif.
Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Dikir Puteri itu melangkah setapak kehadapan apabila melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.
Sebahagian daripada 565 penari yang mengiringi persembahan Noraniza.
Disertai Pelajar Sekolah dan Pelajar UPM
Mengikut laporan, acara yang berlangsung di Dataran Merdeka itu disertai oleh 565 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.
Malah, kesemua peserta itu turut menarikan tarian asas tradisional mengiringi persembahan Kak Ani menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama durasi tujuh minit.
Usaha Noraniza memartabatkan kesenian tradisi mendapat pengiktirafan MBOR.
Mengulas mengenai kejayaan melakar rekod terbabit, Kak Ani menghela nafas lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
Inisiatif Kak Ani
Acara persembahan ini diiktiraf dan disahkan oleh Yang Teramat Mulia, Dato’ Mohammed Abdullah, Undang Luak Johol, Penaung Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise”.
Acara ini dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan luar negara yang berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Malaysia.
Objektif utama acara mencipta rekod ini adalah untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti perbengkelan dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang melibatkan merit peserta pelajar.
Usaha ini adalah salah satu inisiatif Kak Ani selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Program Mencipta Rekod Terbaharu merangkap pengasas & penggubal modul Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise” menerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.
Dalam masa sama, Kak Ani berharap agar acara seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan lebih serius dan irama Malaysia tidak terus hilang dalam jiwa anak-anak generasi pelapis sebagai keberlangsungan usaha menyemai semangat patriotisme sebagai halwa jatidiri rakyat Malaysia secara tidak langsung.
Bagus usaha Kak Ani mempertabatkan warisan tarian tradisional Malaysia ini. Tabik spring juga pada yang terlibat, you guys did a good job!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai perkahwinan bintang pop terkenal, Taylor Swift bersama pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce semakin hangat diperkatakan apabila laluan menuju ke...