Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff KL memaklumkan hal berkenaan kira-kira jam 9.30 malam tadi selepas ia mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan acara berkenaan.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada pembatalan tersebut adalah kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran. Menganjur juga berkata pembatalan ini tidak disebabkan oleh mana-mana rakan strategik, penaja atau vendor yang terlibat.
Feby PutriInsomniacksNadin Amizah
“Tuff KL mengambil tanggungjawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.
Ads
“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik dan vendor.
“Sokongan anda amat kami hargai dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” ujar Tuff KL.
Ads
Dalam pada itu, pengunjung yang telah membeli tiket masuk boleh menghubungi penganjur untuk proses pemulangan dana. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasminya di akaun Instagram @olmfest_ dalam masa terdekat.
Ads
One Love Music Festival sebelum ini menyenaraikan barisan artis dari Malaysia dan Indonesia bagi menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut. Antaranya terdiri daripada Nadin Amizah, Salma Salsabil, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo, Hujan Band, Drama Band, Feby Putri, 53 Universe dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budak-budak 90-an pasti ingat nama-nama yang bakal kami sebutkan ini, tidak kiralah sama ada penyanyi mahupun model, kemunculannya di kaca tv mampu membuat penonton cair dengan auranya.
Ini dia top 5 selebriti yang pernah mencuri hati kita suatu masa dahulu.
Lakonannya dalam filem A Walk to Remember memberi kesan di hati semua penonton terutamanya golongan remaja yang suka kan filem genre romantik.
Sejak itu, Shane sering muncul di dalam drama dan filem berkaitan dengan kehidupan remaja.
Penyanyi yang punyai ‘wajah jambu’ ini pernah menjadi kegilaan gadis remaja baik di luar negara mahupun di Malaysia.
Mula melangkah masuk ke dalam industri dengan menyertai kumpulan boy band, Dream Street, tuah Jeesey lebih menyerlah apabila dirinya mula menyanyi solo untuk lagu Beautiful Soul dan merupakan pencipta lagu ‘Bleeding In Love’ nyanyian Leona Lewis.
Kalau korang nak tahu dia lah Justin Bieber untuk remaja 90an.
Matanya yang redup membuatkan ramai para gadis cair dengan kekacakannya. Tinggi lampai dan punyai rambut blonde cukup lengkap untuk dikategorikan sebagai lelaki idaman para gadis.
Malah namanya juga sangat terkenal di kalangan gadis remaja. Bukan sahaja peminat, malah selebriti seperti Lindsay Lohan dan Hillary Duff juga pernah bergaduh kerananya.
Antara filem popular yang pernah di bintanginya adalah Dawson’s Creek, Gilmore Girl, One Three Hills, A Cinderella Story dan Freaky Friday.
Karakter nerdy yang sering dibawa olehnya sentiasa mencuri hati peminat. Berambut hitam, Adam mula dikenali sejak memegang watak Seth Cohen di The O.C Adam terus di beri kepercayaan untuk berlakon dalam Mr. & Mrs. Smith, Jennifer Body, Scream 4 dan banyak lagi.
Sama seperti Chad Michael Murray, Adam juga mula diberi kepercayaan sejak berlakon dalam drama Gilmore Girls yang ditayangkan sejak 2000 sehingga 2007.
Namun jangan terkejut, sejak meninggalkan dunia lakonan, Adam berubah wajah menjadi seorang yang berterampilan, super hot dan lari dari watak nerdynya!
Siapa yang tidak kenal dengan wajah jejaka ini. Pernah menjadi fenomena kerana watak adiwira, Superman dalam Smallville, Tom terus memikat hati penonton selama 11 tahun dalam drama yang sama tanpa menjemukan sesiapa.
Namun komitmen terhadap drama bersiri membuatkan Tom tiada masa untuk berlakon dalam mana-mana filem kecuali Cheaper by the Dozen yang ditayangkan pada 2003.
Jadi mana satu hero favorite korang suatu masa dahulu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Korea antara yang berpengaruh setanding dengan artis ternama antarabangsa lain kerana mempunyai pengaruh yang kuat di seluruh dunia. Buktinya, negara kita sendiri mempunyai jumlah pengikut selebriti Korea yang besar, tak kira bagi drama mahu pun nyanyian.
Laman Instagram menjadi antara platform yang digunakan oleh kebanyakan selebriti untuk berkongsi foto dan cerita kepada para peminat. Selebriti Korea juga tidak terkecuali daripada mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
Berikut kami senaraikan kedudukan carta selebriti lelaki Korea yang mempunyai pengikut tertinggi di Instagram setakat ini (April 2021).
Inisiatif mikro-drama universiti, UniDramaXRemaja anjuran seeNI dengan kerjasama Remaja secara rasminya melabuhkan tirai menerusi acara Watch Party yang menghimpunkan enam kumpulan terbaik daripada lima institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Watch Party tersebut menyaksikan penyertaan daripada University of Cyberjaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), UiTM Puncak Perdana, TVET UniRazak, Politeknik Seberang Perai serta Kolej Vokasional Sungai Petani. Keenam-enam kumpulan ini mempamerkan kekuatan penceritaan, keaslian idea serta keupayaan menghasilkan karya berimpak dalam format drama vertikal dan kandungan short form.
Pelbagai genre diketengahkan di peringkat akhir termasuk horor, horror komedi, drama dan romantik komedi. Kepelbagaian ini sekali gus menyerlahkan keberanian serta variasi suara generasi muda dalam mengolah naratif yang dekat dengan realiti, emosi dan pengalaman masyarakat masa kini.
Selari dengan objektif seeNI sebagai pentas baharu untuk pencipta muda mengilap bakat dan bercerita dengan berani, karya-karya yang dipertandingkan telah dinilai oleh barisan juri industri berpengaruh terdiri daripada Datuk Ahmad Izham Omar (Pengasas Komet Productions), Nik Amir Mustapha (Pengarah dan Penerbit Lumatic Films), Hj Md Fadzil Teh (Penerbit Zeel Productions), Adly Shairy Ramly (Ketua Thinker Studios) serta Nazihah Dalhar (Ketua Astro Gempak).
Kehadiran barisan juri ini bukan sahaja memastikan penilaian menyeluruh dari sudut kreativiti, kekuatan penceritaan dan potensi komersial, malah memperkukuh peranan UniDramaXRemaja sebagai jambatan antara dunia akademik dan industri kreatif profesional.
Dalam ucapannya, Encik Lokman Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif turut menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan kreatif, malah memberi impak signifikan terhadap pertumbuhan platform tersebut.
“Melalui penganjuran pertandingan ini, kami menyaksikan impak yang sangat positif terhadap pertumbuhan aplikasi seeNl.
“Aplikasi ini mencatat peningkatan keseluruhan sebanyak 10%, manakala jumlah pengguna aktif bulanan meningkat kepada 30,000 pengguna mewakili lonjakan signifikan sebanyak 50% dari bulan ke bulan.
“Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti jelas bahawa kandungan yang autentik dan segar daripada bakat muda mampu menarik perhatian serta memupuk komuniti yang terus berkembang,” katanya.
Watch Party UniDramaXRemaja sekali gus menjadi kemuncak perjalanan pertandingan ini dalam usaha mencungkil bakat baharu, membina keyakinan pencipta muda serta membuktikan bahawa penceritaan berimpak tidak semestinya memerlukan produksi berskala besar, sebaliknya idea yang jujur, relevan dan berani.
Senarai Pemenang UniDramaXRemaja
Bagi edisi sulung ini, pihak penganjur menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan kepada juara. Tempat kedua pula membawa pulang RM4,000 bersama trofi dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga menerima RM3,000 berserta trofi serta sijil penghargaan.
Gelaran juara menjadi milik drama Bangkai terbitan Cineman Pictures dari UiTM Puncak Perdana yang berjaya memikat hati juri menerusi kekuatan penceritaan dan aspek teknikal yang mantap, sekali gus membawa pulang RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
Tempat kedua diraih oleh Missing 7, hasil produksi Cassano Heist Production dari Kolej & Politeknik Pulau Pinang yang menerima RM4,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Anomali terbitan Imaginasi Rembulan dari ASWARA yang membawa pulang RM3,000 bersama trofi serta sijil penghargaan.
Turut diberikan pengiktirafan khas menerusi Anugerah Pilihan Juri ialah drama One Night oleh 23II dari ASWARA yang menerima wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan atas keunikan idea dan keberanian pendekatan penceritaannya.
Dengan berakhirnya edisi sulung ini, UniDramaXRemaja membuktikan bahawa platform digital kini menjadi ruang signifikan buat generasi muda mengekspresikan kreativiti dan siapa tahu, mungkin inilah titik mula lahirnya pengkarya besar industri suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!