Nama Suzy Perez cukup pupular sekitar tahun 1990-an dan awal 2000-an, imejnya yang cukup menawan dan seksi menjadikan dia model pilihan pelbagai majalah. Dia juga pernah membintangi muzik video penyanyi terkenal seperti Jennifer Lopez. Selain itu dia turut pernah bekerja dengan P.Diddy sebagai penari untuk persembahan rapper terkenal itu.

Berasan dari Dominican Republic, Suzy berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menceburi dunia peragaan dan juga hiburan. She is living her American Dream, memiliki kekasih dan memiliki rumahnya sendiri. Malahan dia juga mempunyai seorang anak yang kini sudah berusia 22 tahun.

Kisah Sedih Seorang Penari & Model Popular. Akibat Dianiaya, Kini Jadi Pengemis Jalanan

Namun nasibnya menjadi malang apabila dia dikatakan telah ditipu oleh pihak yang menyamar sebagai agensi peragaan. Laporan menyatakan bahawa lelaki tidak dikenali membius, merogol, dan menganiayainya . Tubuh Suzy semakin terbiasa dengan dadah sehingga membawa kepada ketagihan.

Dia hilang selama beberapa bulan sebelum muncul semula dan ditemui di jalanan New York pada tahun 2005. Keadaannya sangat menyedihkan dengan makan makanan terbuang dari tong sampah serta meminta sedekah.

IKLAN
Kisah Sedih Seorang Penari & Model Popular. Akibat Dianiaya, Kini Jadi Pengemis Jalanan
Menghiasi majalah sebagai model.

CUBAAN PEMULIHAN

Pada 2019, Suzy telah bertemu semula dengan anaknya. Dia kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya itu atas faktor dirinya seorang penagih dadah dan juga pengemis.

Pertemuan tersebut dirakam oleh saluran televisyen Univision yang mana wartawan Genela Solano mendekati wanita malang itu. Suzy memberitahu Solano bahawa dia telah berperang dengan ketagihan heroin selama beberapa tahun. Menjadikan situasinya lebih teruk, kematian ibu memberi kesan kepada mental sehingga dia gagal mengawal keadaan diri.

IKLAN
Kisah Sedih Seorang Penari & Model Popular. Akibat Dianiaya, Kini Jadi Pengemis Jalanan
Suzy bersama anaknya saat dipertemukan oleh Univision. DIa ditemubual oleh Solano.

Perjumpaan dengan anak tunggalnya yang dikenali sebagai Senna Celestino menjadi titik tolak kepada perubahan positif dalam kehidupan Suzy. Dia kemudian memiliki akaun Instagram yang mana dia menyiarkan imej yang menunjukkan progres dirinya. Dia dilihat berjaya menambah berat badan dan menonjolkan kapsyen disemat kata-kata positif. Peminat turut meninggalkan mesej meraikan pemulihan bekas model itu.

Kisah Sedih Seorang Penari & Model Popular. Akibat Dianiaya, Kini Jadi Pengemis Jalanan
Suzy melalui perubahan positif sebelum dia kembali menjadi penagih dadah dan hidup di jalanan.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Biarpun dia dilihat seperti semakin pulih. Namun segalanya berubah apabila dia kembali menagih dadah dan kembali ke jalanan. Akaun Instagramnya juga tidak dikemas kini sejak April 2020. Anaknya menggesa orang ramai dalam Tweet yang telah dipadam supaya berhenti meminjamkan wang kepada ibunya kerana dia akan menggunakan wang itu untuk dadah.

IKLAN

“Saya menghargai sokongan yang diberikan kepada ibu saya,etapi dia menggunakan wang yang kamu berikan di jalanan untuk membeli dadah,” tulis Senna di Twitter. Anak saudara Suzy juga menulis di Instagram bahawa keluarga telah cuba meyakinkan Suzy untuk menghadiri pemulihan, tetapi dia menolak.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI