Di saat Trump tidak mempercayai sistem undian yang dilihat lebih memihak kepada calon Demokrat dan menggunakan kuasa mahkamah untuk pengiraan semula, pesaing terdekatnya, Joe Biden dilihat terus steady dan menjadi pilihan rakyat Amerika Syarikat untuk menduduki Rumah Putih.
Hampir pasti diangkat sebagai presiden terbaru negara Uncle Sam itu, Joe Biden disebut-sebut sebagai orang nombor satu Amerika Syarikat kerana terus mendahulu Donald Trump dalam pengiraan undi. Malah sokongan melebihi 70 juta orang diperolehnya menjadikan lelaki berusia 78 tahun ini mendapat undian lebih dari pernah diperoleh oleh Barack Obama semasa menjadi calon Presiden dahulu.
Siapa Joe Biden
Untuk pengetahuan, jika Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat, dirinya adalah calon presiden paling tua pernah dimiliki negara tersebut. Usianya sudah mencecah 78 tahun sekaligus ramai yang tertanya-tanya adakah dirinya mampu menerajui pentadbiran dan berapa lama tempoh pemerintahannya?
Hidup penuh kisah tragis
Tidak dinafikan, Amerika Syarikat sering membuat dasar luar yang membuatkan negara-negara Islam berasa “geram”. Malah semasa pentadbiran Trump, lelaki agak bongkak itu telah menyokong Israel dengan menyokong zionis itu memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sehingga memukul gendang “perang” dengan negara Islam yang tidak pernah menyokong Israel sebagai sebuah negara.
Jika diangkat Joe Biden pun, tiada siapa tahu adakah dirinya masih sama “perangai” seperti Trump tetapi dapat dilihat Biden lebih menyokong China dan ada perniagaan sendiri di negara besar itu.
Ads
Dalam pada itu, ada banyak kisah tragis dan kesedihan melingkari kehidupan Biden sepanjang perjalanan kehidupannya.
Pernah jatuh bangun dalam politik negara itu, bakal Presiden ini pernah mahu membunuh diri selepas anak perempuan dan isterinya mati dalam kemalangan jalan raya. Sementara anak lelakinya, Beau yang juga pegawai tentera mati akibat kanser otak pada tahun 2015.
Sering dibuli kerana gagap
Ternyata trend membuli sudah ada sejak dulu lagi. Hanya kerana seorang individu ada kekurangan, maka dialah sasaran.
Joe Biden yang lahir pada tahun 1942 di Kota Rust Belt di Scranton, Pennsylvania merupakan anak sulung dari empat beradik. Semasa kecil dia dibesarkan oleh neneknya kerana keluarganya ada masalah kewangan.
Ads
"Ayah saya selalu berkata, 'Champ, saat kamu jatuh, kamu perlu bangkit kembali,"' kata Joe.
Semasa sekolah, dia gemar dalam suka, bermain bola sepak dan besbol untuk sekolah menengahnya tetapi disebabkan dirinya gagap, dia selalu menjadi mangsa buli rakan sebayanya. Pergh..kalau rakan-rakannya masih hidup, memang rasa menyesal kerana membuli seorang bakal Presiden Amerika.
Dan kerana gagap itulah, Biden ada gelaran iaitu DASH.
Ketika dirinya di kelas tujuh, dirinya dimalukan oleh seorang biarawati yang mengejek di saat dia cuba membacakan satu kertas.
Kerana malu, dia balik begitu sahaja hingga ibunya naik angin dan menghantarnya kembali ke sekolah dan mengeluarkan kata-kata akan mengambil tindakan undang-undang jika anaknya dimalukan di kelas lagi.
Tapi anak kecil gagap ni menunjukkan kecemerlangan dalam akademik apabila terpilih memasuki Syracuse University College of Law pada tahun 1968 dan ia diterima di bar Delaware pada tahun berikutnya. Bahkan ketika anak muda wajib menyertai akademi tentera untuk menentang Vietnam ketika itu, Joe Biden berjaya mengelak sebanyak lima kali.
Ahli Senat termuda dipilih
Biden menjadi perhatian negara pada 1972 apabila menjadi orang termuda yang dipilih mengganggotai Senat pada usianya 29 tahun dengan menyertai parti Demokrat. Dan selepas itu kerjayanya politiknya terus cemerlang hingga kini.
Apa pun, kala ini trending di twitter perkataan Bye Bye Trump!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam di seluruh negara dek kerana bantuan khas kewangan yang bakal diserahkan oleh kerajaan.
Biarpun ekonomi dikatakan sedikit suram akibat pandemik Covid-19, tahun 2021 tidak terkecuali daripada pemberian tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kerajaan bersetuju memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Buat golongan ibu bapa kita yang bergelar pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Kedua-dua pemberian kepada kira-kita dua juta rakyat Malaysia ini adalah demi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat kepada rakyat terutamanya semasa negara berdepan tempoh yang mencabar ini.
Ia akan mula diagihkan seiring dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Pembayaran awal ini dilakukan agar rakyat dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini.
Disamping itu, ia juga dilihat sebagai pemangkin semangat buat penjawat awam untuk terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka sebelum cuti perayaan dan pada bulan-bulan seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu berita duka untuk umat Islam apabila mengikut laporan Quds News Network, Masjid Al-Aqsa dalam keadaan bahaya apabila daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran.
Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan.Sementara itu, api telah mula merebak di kawasan hutan di bahagian barat, bersebelahan Masjid Al-Aqsa.
Dilaporkan juga, 13 jet pemadam kebakaran telah diterbangkan untuk mengelakkan api daripada merebak, namun setakat ini kebakaran masih belum dapat dikawal.
Gambar: Quds News NetworkGambar: Quds News NetworkGambar: Quds News NetworkKredit Foto : Via www.timesofisrael.com Photo by Yonatan Sindel/Flash90
🇮🇱 The huge forest fire west of #Jerusalem now. Thousands are being evacuated from the villages and communities in its path. 10 fire fighting planes and firemen from across the country are battling the blaze thats out of control. #PrayForJerusalempic.twitter.com/lBoGgpwMo1
Menurut info, api tersebut bermula di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan evakuasi terhadap penduduk terjejas.
Sebagaimana kita tahu, Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj. Di sini juga Baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut. Di sini juga banyak fadhilat apabila bersolat di Masjid Al-Quds.
Mari la kita sama-sama doakan keselamatan Masjid Al-Aqsa dan semoga “Kiblat Pertama Umat Islam” ini dilindungiNYA.
Sebelum ini, Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat berjaya memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dianggap sebagai kota suci umat Islam.
Inilah dikatakan rezeki yang sudah tertulis buat penghantar makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara bermula Mac lalu.
Di saat keadaan ekonomi menggusarkan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), kemurahan hati rakyat Malaysia tetap terserlah.
Sepanjang tempoh itu, pemandu dan penghantar Grab dilapor menerima tip terkumpul berjumlah lebih RM2.4 juta.
Jumlah keseluruhan sumbangan tip ini mencatatkan peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sebelum PKP, kongsi syarikat e-hailing Grab di laman web rasmi.
Malah, seorang pengguna aplikasi itu dilapor menyumbang tip berjumlah RM500 sebagai tanda penghargaan. “Tidak kira apa pekerjaan atau situasi anda, kita semua boleh saling membantu antara satu sama lain.
"Ia hanya memerlukan satu tindakan baik,” kata pengguna itu dalam komennya yang dikongsikan di laman web Grab.
Lembah Klang merekodkan jumlah pengguna paling ramai menyumbang tip dengan lebih RM160,000 secara kumulatif.
Ia diikuti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Sementara itu, Kuala Terengganu pula mencatatkan purata tip tertinggi bagi setiap tempahan menerusi aplikasi itu.
Menurut Grab, analisis mereka mendapati trend sumbangan tip semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sepanjang pelaksanaan PKP, satu tip direkodkan dalam 30 tempahan menerusi Grab berbanding satu tip bagi setiap 100 tempahan sebelum tempoh PKP.
Secara purata, rakyat Malaysia menyumbang tip berjumlah lebih RM30,000 setiap hari kepada pemandu dan penghantar Grab.
Rata-rata rakyat semakin banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran barang dan makanan apabila premis perniagaan perlu ditutup dan rakyat dikehendaki duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.
Antara semua perkhidmatan yang disediakan Grab, penghantaran makanan atau GrabFood meraih sumbangan tip tertinggi dengan jumlah kumulatif lebih RM2 juta.
Ekoran trend pemberian tip yang semakin meningkat, Grab kini membenarkan pengguna memberi tip ketika perjalanan masih berlangsung.
Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi menunggu sehingga perjalanan atau perkhidmatan diselesaikan untuk menyumbang tip. Sumber : Astro Awani / Foto : Sam Fong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!